*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi betullah Umno/BN tidak sempurna apabila ramai-ramai ahli-ahli umno
(sekarang dah jadi bekas) membantah/berdemo/mengkritik Dr.M/Umno. What an
argument!!! Begitulah mentaliti akhbar Utusan.
Kalau kejadian umpama ini akhbar Utusan mengatakan sebagai BUKTI, saya kira
apabila kejadian yang lebih telah hebat berlaku pada Dr.M adalah BUKTI yang
lebih hebat (kena baling dengan botol plastik di PWTC, kena boo, dsb). 
Tak gitu??? Well ini adalah argument yang saya ceduk dari Utusan, argument
dari Timbalan Dekan you!!! ....
Or maybe she is actually trying to say yang Umno sebenarnya jauh lebih
parah, tapi segan dan takut kena 'victimized' dek puak umno,  so kata kat
pihak Pas.... kan? kan? kan?
Rusuhan: Bukti Pas Kelantan belum sempurna
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Penglibatan ahli Pas dalam rusuhan dan perhimpunan
haram bagi membantah Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Pegawai Tadbir
Negeri (PTN) membuktikan kerajaan negeri pimpinan Pas di Kelantan masih
belum sempurna. 
Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM)
Prof. Dr. Ramlah Adam berkata, majlis yang diadakan itu turut melibatkan
kerajaan negeri, sehubungan itu, penentangan ahli Pas menunjukkan mereka
masih tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri. 
''Majlis itu majlis rasmi melibatkan kakitangan dan kerajaan negeri maka
jika ahli-ahli Pas sendiri membantah, ia bermakna kerajaan Pas masih belum
sempurna dari sudut pandangan ahli-ahlinya,'' katanya ketika dihubungi di
sini, hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di Kelantan
melibatkan 500 orang berjubah dan berserban yang berhimpun di hadapan sebuah
hotel bagi mendesak majlis tersebut dibatalkan kerana ia menyelitkan acara
hiburan. 
Perhimpunan tersebut dikatakan anjuran Pas. Tiga lelaki yang ditahan polis
kerana disyaki terlibat dengan rusuhan dan perhimpunan haram itu dikenal
pasti ahli Pas. 
Menurut Dr. Ramlah, kejadian rusuhan yang dikatakan dianjurkan oleh Pas itu
mungkin ada kaitannya dengan cara berpolitik Pas yang ekstrem. 
Katanya, sebagai majlis yang dihadiri oleh Sultan Dan Raja Perempuan serta
Exco Kerajaan Negeri, tentunya pihak penganjur memastikan ia berlangsung
dalam suasana sopan bukan sebaliknya. 
''Nora bukan objek seks, dia seorang penyanyi yang sopan, perkara-perkara
seperti ini mesti mereka pertimbangkan,'' ujarnya. 
Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata,
kejadian rusuhan dan perhimpunan haram itu berlaku berikutan sikap
pemimpin-pemimpin Pas yang mengamalkan politik benci dan maki hamun. 
Katanya, cara berpolitik yang tidak sihat itu telah menyebabkan kebanyakan
ahli Pas terlalu taksub dengan parti sehingga mendorong mereka bertindak
ganas. 
''Itulah risiko yang harus ditanggung oleh Pas. Politik cara keganasan walau
dilakukan oleh sesiapapun ia bukan cara Islam. Parti itu selama ini
mengamalkan politik maki hamun dan kebencian, maka Tuhan itu maha adil,''
katanya. 
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis (PBPM), Mansor Mat
Jaafar berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu
perkara sepatutnya menggunakan saluran tertentu untuk menyatakannya bukan
melalui rusuhan. 
Katanya, kejadian di Kelantan itu tidak melambangkan tamadun masyarakat
negara ini yang penuh dengan adab sopan. 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke