*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikumussalam,

Pada hemat saya, pendedahan aurat wanita adalah salah satu faktor yang
menyumbang kepada lelaki berlaku sumbang, bukan sepenuhnya. Selaku pemimpin,
saya kira adalah amat wajar sekiranya pihak pemimpin berusaha untuk
melaksanakan segala option yang terdaya didalam bidang kuasa untuk menjamin
keselamatan ummah.

Sebagai contoh didalam Islam pengharaman arak bukan setakat haram pada
meminum sahaja, malah haram menanam anggur untuk dijadikan arak, haram
mengilang/memproses arak, haram menjual/membeli, menghidang dsb.

Begitulah indahnya Islam. Pencegahan bukan setakat pada maksiat itu sahaja,
malah pada perkara yang boleh mendatangkan maksiat itu sendiri.

Adalah satu jangkauan yang tidak masuk akal bila penulis mengandaikan jika
bertutup dan berkurung 
juga tidak dapat menolong lelaki mengawal nafsu, maka perlu wanita dibunuh
sejak kecil seperti zaman jahiliah agar lelaki dapat mengawal nafsu mereka?
I am very sure 100% that the leadership of Pas would not even have the
slightest idea to do such thing as mentioned by Nihaz. What an absurd!!!

Dan sekali saya tidak bersetuju bila sdr Nihaz mengandaikan "Bagi
orang-orang Pas, segala sesuatu di dunia ini, kecuali diri mereka sendiri
adalah bertanggungjawab terhadap iman atau nafsu mereka; terutama sekali
wanita."
Saya kira kerana atas dasar bertanggungjawab-lah pucuk pimpinan Pas menyuruh
kaum hawa menutup aurat bagi membendung/mengurangkan maksiat. Pemimpin yang
tidak bertanggungjawab-lah yang mengabaikan usaha untuk membendung maksiat
ini dan perkara-perkara yang boleh menjadi puncanya.

Seperkara lagi, bukankah menutup aurat itu wajib. Apa TGNA suruh tu adalah
sesuatu yang wajib. Adakah penulis nak mengHALALkan mendedah aurat??

Saya kira atas dasar nafsu-lah setengah-setengah golongan yang tidak mahu
menegakkan undang-undang dan hukum-hukum Islam kerana mereka lebih akur
dengan nafsu mereka sendiri hingga membelakangkan perintah Allah swt. Kerana
nafsu juga-lah mereka kira mereka lebih bijak dari undang-undang dan hukum
yang diturunkan oleh Allah swt.

-----Original Message-----
From: kita . [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, October 20, 2000 3:51 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Pas perkukuhkan imej parti bertuankan nafsu : Utusan



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

assalamualaikum,

anybody wants to give a comment about this article?.
nothing special about it ,I would say this article is full of hatred
It was written based on one sided facts (Umno side)
Just read it, and you will see.
This article, is joke of the day.

wassalam

-sama2lah kita berusaha utk mendapatkan redha Allah-

-------------------------------------------------------------------------
Pas perkukuhkan imej parti bertuankan nafsu

Oleh: NIHAZ MOHD YUSOFF (       )
Belum pun reda isu orang-orang Pas tergoda dengan suara wanita membaca 
al-Quran, Pas telah memperteguhkan lagi imej mereka sebagai sebuah parti 
yang bertuankan nafsu. Pemimpin mereka dengan mudah dan bangganya mengakui 
bahawa dia sendiri tidak dapat menghalang keseronokan melihat wanita, sama 
ada yang bertutup apatah lagi yang tidak. Sekali imbas, penyelesaian masalah

"keseronokanÓ Pas ini mudah, iaitu wanita dibungkus litup atau dikurung di 
rumah.

Malangnya ada juga kes wanita bertutup yang menjadi mangsa rogol dan wanita 
yang dikurung dirogol bapa atau saudara sendiri. Mengikut teori Pas, perogol

itu dirangsang oleh wanita lain yang tidak bertutup tetapi menjadikan wanita

lain pula sebagai mangsa mengikut kesempatan yang datang.

Maka, setelah mendengar punca masalah, kita ingin pula mendengar 
penyelesaian masalah ini daripada kaca mata Pas. Jika bertutup dan berkurung

juga tidak dapat menolong lelaki mengawal nafsu, maka apakah perlu wanita 
dibunuh sejak kecil seperti zaman jahiliah agar lelaki dapat mengawal nafsu 
mereka?

Bagi orang-orang Pas, segala sesuatu di dunia ini, kecuali diri mereka 
sendiri adalah bertanggungjawab terhadap iman atau nafsu mereka; terutama 
sekali wanita. Sedangkan, mengikut sabda Rasulullah s.a.w, Orang yang pintar

ialah orang yang dapat menguasai hawa nafsunya dan beramal untuk bekalan 
sesudah mati. Dan orang yang malas (tidak berkuasa) ialah orang yang 
menurutkan hawa nafsunya dan bercita-cita kosong terhadap Tuhan.

Walaupun setelah diperbahaskan dan "ditegurÓ oleh wanita-wanita Malaysia 
yang tersinggung dengan kenyataan pemimpin Pas itu, Pas masih menegakkan 
yang wanita adalah punca segala-gala kejadian maksiat yang berlaku dan ada 
penyokong mereka mula melaungkan ayat-ayat mengenai wanita yang menjadi 
majoriti penghuni neraka.

Mungkin mereka akan hanya tersentak jika sanak saudara atau anak isteri 
mereka sendiri yang menjadi mangsa.

Dalam hal yang lain pula, Pas menyatakan yang mereka mempunyai hak untuk 
mempertahankan perbuatan mereka yang didorong nafsu. Ini terbukti dalam 
kenyataan Nik Aziz mengenai mencarut tidak lama dahulu. Kata Nik Aziz, 
mencarut tergolong dalam nafsu dan manusia berkeinginan untuk mencarut maka 
mencarut adalah diharuskan dalam keadaan tertentu. Amat menghairankan, 
kerana penulis sebagai manusia tidak pula mempunyai sedikit pun keinginan 
untuk mencarut walaupun setelah dicarut oleh penyokong-penyokong Nik Aziz. 
Penulis percaya, berjuta lagi rakyat Malaysia termasuklah Perdana Menteri 
kita yang dicarut semahu-mahunya oleh Pas, tidak juga punya sedikit pun 
keinginan untuk mencarut kerana mencarut itu amatlah keji dan hina. Berkata 
sesuatu yang amat keji hanya membuktikan betapa kejinya diri yang berkata.

Justeru, benarlah Pas diterajui oleh nafsu. Kerana nafsu, mereka membolehkan

segala-galanya. Jika lelaki dikurniakan sembilan nafsu, maka Pas mempunyai 
10 nafsu termasuklah nafsu mencarut.

Nafsu yang terlalu tinggilah yang menyebabkan mereka terangsang dengan hanya

mendengar suara wanita mengaji al-Quran, atau apabila bersalaman dengan 
wanita atau ketika melihat wanita, tanpa mengira bertutup atau tidak. Nafsu 
sebeginilah yang melahirkan seorang perogol.

Pas yang kononnya hanya mengejar akhirat itu, akhirnya kalah juga dengan 
keperluan keduniaan. Mereka juga punya nafsu terhadap kemewahan. Oleh itu, 
mereka tidak rela Kerajaan Pusat menyalurkan wang ihsan terus kepada rakyat 
Terengganu. Mereka inginkan wang itu menjadi milik mereka - kerajaan negeri 
- parti Pas. Mereka telah menganjurkan sembahyang hajat besar-besaran di 
dalam hujan yang amat lebat demi wang tersebut. Rakyat mereka pula diajar 
supaya jangan mendengar penerangan kerajaan pusat mengenai perkara ini, dan 
rakyat mereka patuh. Rakyat yang patuh itu telah sama-sama bersembahyang 
hajat untuk menolak wang ihsan daripada disalurkan terus kepada mereka. 
Betapa Pas sanggup memperdaya rakyatnya kerana nafsu.

Kemuncak semua nafsu Pas sebenarnya ialah kuasa. Kerana itulah Pas sanggup 
menggadaikan kesenangan rakyat atas nama Islam, Pas sanggup memecahbelahkan 
ummah atas nama agama dan Pas sanggup mencarut atas nama Allah. Kerana 
kuasa, Pas sanggup melakukan apa saja walaupun menggadaikan kemerdekaan 
negara dan nyawa penyokongnya.

Kita patut merasa gusar terhadap Pas kerana Pas tidak mungkin dapat 
mengekang nafsu mereka. Ini kerana, bagi mereka, segala kesalahan mereka 
adalah berpunca daripada orang lain, iaitu kerajaan, UMNO atau wanita. 
Justeru, selagi ada kerajaan, selagi ada UMNO dan selagi ada wanita, 
orang-orang Pas akan terus mencarut, terus tergoda dan terus tergugat 
imannya. Bagi mereka, mereka tidak perlu memperbaiki diri mereka atau 
menguatkan lagi iman mereka, yang perlu dibaiki dan yang perlu perubahan 
hanyalah orang lain, bukan mereka. Manusia tidak akan dapat memperbaiki 
kesalahan atau kelemahannya selagi dia tidak mengakui kesalahan dan 
kelemahan itu.

Malaysia tidak mampu diperintah oleh pemimpin daripada parti yang rakus 
seperti ini. Perjuangan memartabatkan bangsa dan memajukan negara tidak 
dapat diteruskan dengan nafsu. Perjuangan yang suci seharusnya berteraskan 
akal bukan nafsu.

Iman, akal dan ketamadunan mengajar manusia mengawal nafsu. Semakin hati 
diisi dengan iman, semakin dunia melangkah maju, semakin banyak perkara 
untuk difikirkan maka semakin banyaklah penggunaan akal sekali gus 
mengurangkan penggunaan nafsu dalam tindakan seharian. Malangnya, Pas yang 
selamanya terkebelakang masih berfikiran dan bertindak ala jahiliah. Ini 
kerana akal mereka amat jarang digunakan. Kerana itulah, sehingga kini, 
negeri Kelantan masih lagi di takuk lama dan Terengganu pula bagai 
kehilangan arah tanpa belas ihsan Kerajaan Pusat dalam soal wang ihsan.

Mungkin jika Pas berhenti daripada hanya memikirkan tentang wanita, maka 
nafsu yang sembilan itu akan lebih mudah dikawal oleh akal yang satu. Tetapi

tentu saja ini tidak mudah jika akhbar rasmi mereka, Harakah sentiasa 
dipenuhi dengan berbagai bentuk iklan berkisar perihal mempertingkatkan 
nafsu semata-mata.


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kita ." <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke