*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya tertarik dengan cerita saudara....hanya merasa musykil bila memikirkan


bahawa kita sampai sekarang masih menganggap bahawa menjadi Melayu dan
secara automatis beragama Islam mestilah menjadi orang baik. Dalam erti kata


lain....orang Melayu ni secara fitrahnya semacam satu bangsa yang dilindungi


oleh Allah swt.

Saya ingat kita kena saja berterus terang dan terima dengan hati terbuka
bahawa kita boleh saja menjadi apa bangsa...tetapi yang penting samada Islam


mejadi teras pegangan kita atau tidak. Jika kita bangsa yang tunduk dan
gemar mengikutkan nafsu....jadi tidak ada bezanya samada kita bangsa Melayu


atau yang lain-lain.

Dan jika pemimpin kita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam betul-betul


mempraktikkan Islam....saya tidak fikir bangsa Melayu akan berhadapan dengan


konflik sesama bangsa Melayu seperti sekarang ini.Apa yang berlaku terhadap


bangsa Melayu sekarang...khususnya yang berfikiran terlalu bebas dan sosial.


Tidakkah kita merasakan bahawa ia adalah sebahagian daripada perancangan
yang memang telah diatur oleh pemimpin Melayu itu sendiri? Tidak ada apa
yang pelik dan ajaib tentang itu.

Apa yang tinggal sekarang kepada bangsa Melayu adalah untuk memilih samada
ia kekal menjadi seorang Melayu yang beragama Islam atau menjadi bangsa
Melayu dalam kelompok lain yang melihat Islam sebagai satu ancaman....dan
ini sedang berlaku sekarang.

Orang-orang Melayu yang telah mewah atau berubah kehidupannya dari miskin
kepada kaya mungkin tidak senang pendekatan Islam dalam hidup mereka. Islam


itu akan banyak membataskan aktiviti mereka...khususnya dalam mengecapi
kenikmatan dunia dan hasrat untuk menurut hawa nafsu sepuas-puasnya.
Lupakanlah saja mereka...tumpukan kepada masyarakat Melayu yang masih ramai


lagi yang dahagakan kebenaran dan cahaya Islam...yang sedang cuba disekat.
Lihat sahajalah Negeri Selangor sekarang.....ceramah agama sedang cuba
disekat....bukankah ini mengundang bala namanya? Siapa yang buat keputusan
ini....kalau bukan pemimpin Melayu yang beragama 'Islam'. Fikirlah....


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sham sham" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke