*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
akum.....
bercakap tentang akidah ini...inginlah saya menyeru tuan2 melihat sejenak
apakah akar permasalahan akidah umat kita......kita telah mendengar
beberapa saudara kita yg dikasihi telah murtad...meninggalkan agama kita....
apakah puncanya kejadian ini.......cthnyer Aishah .....saya dengar beliau
hafal surah Yasin berserta hikmah setiap ayat2 Yassin....berserta tafsirnya
dan huraiannya...bagaimanakah perkara begini terjadi....?.....sepanjang
pengetahuan
saya org murtad tidak dimestikan bunuh......Saidina Abu Bakar memerangi
golongan
murtad bukan kerana kemurtadan mereka...tetapi tindakan menentang Islam ...
(apabila menentang Islam maka secara automatiknya menjadi murtad....)
situasi pada masa itu...
ialah  Kill or Be Killed......umat Islam terancam....pada hemat
saya...masalah akidah
umat kita adalah bukti kegagalan dakwah islamiah kita....dan juga bukti
kejayaan dakwah
org kafir ke atas kita......apa ini semua...?....ini menunjukkan dakwah kita
tidak cukup complete...
kita kekurangan satu perkara....iaitu dakwah cara nabi .....dari rumah ke
rumah...
kalau nabi pon sanggup bersusah-payah berdakwah rumah ker rumah...kenapa
kita tak buat...?..
dakwah cara nie....pada mata kasar mmg tak nampak sangat faedahnya...tetapi
hikmahnya yg amat tinggi
tidak harus dipertikaikan......hikmah yg dapat menarik hidayat ke atas
kita....manusai hanya kekal
dalam agama bila Allah beri hidayat....oleh itu marilah kita kuatkan
dakwah.....
cegah masalah akidah kita......jgnlah kita sibuk kempen nak bunuh org murtad
sedangkan ini adalah kelemahan kita ......lihatlah bagaimana org kafir
sanggup keluar masuk hutan
dan kampung untuk berdakwah Kristian....apakah di kalangan kita tiada yg
sanggup untuk berbuat demikian....?........kalau nak lihat keberkesanan
dakwah ni....lihatlah zaman sahabat nabi....merekalah sebaik-baik
teladan.......wasalam......

--[ ORaNG MuDE ]--
----- Original Message -----
From: Jahaya, Zaharun <[EMAIL PROTECTED]>
To: 'Tiger' <[EMAIL PROTECTED]>; hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: Ezzah <[EMAIL PROTECTED]>; mat gahazal <[EMAIL PROTECTED]>; Syazana
Hamzah <[EMAIL PROTECTED]>; epi yaya <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, October 26, 2000 1:57 PM
Subject: RE: H-Net* Kebaikan UMNO


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Apa yang penting,
>
> Tinggi atau rendah darjat (perbezaan)seseorang itu tidak dilihat drpd
> rupa, tubuh badan, atau mahalnya pakaian seseorang itu......
> Ia di lihat drpd IMAN.........
>
>
> -----Original Message-----
> From: Tiger [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Thursday, October 26, 2000 7:11 PM
> To: hizb
> Cc: Ezzah; mat gahazal; Syazana Hamzah; epi yaya;
> [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Kebaikan UMNO
>
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Ini satu reaksi terhadap "[EMAIL PROTECTED]". Dia fikir saya
> adalah seorang yang fanatik PAS. Sebenarnya penulisan saya
> bukan untuk membela PAS atau menjadi jurucakap PAS. Lima-belas
> tahun dahulu saya menjadi seorang yang kuat menyokong Dr Mahathir.
> Saya pernah melihat orang-orang PAS dengan penuh kebencian dan
> mengira orang-orang PAS berotak tidak waras kerana mereka
> mengkafirkan UMNO. Kalau dikira kejayaan UMNO, memang dari banyak
> segi, UMNO lebih berjaya melaksanakan program-program Islam. Sudah
> banyak mesjid-mesjid yang dibina..UMNO membuat Bank Islam,
> Universiti Islam, Pusat Islam, IKIM, kelas-kelas fardu ain ..dan
> lain-lain.
>
> Dalam Islam, bukan kemajuan dan pembangunan yang penting, tetapi
> aqidah yang betul itu penting. Seseorang Islam itu wajib tahu
> antara batas-batas iman dan kufur, tahu apa itu tauhid dan syirik.
> Sebab itu Al-Qur'an menyatakan, seseorang yang mati dan dihisab
> di akhirat kelak...perkara yang bakal menyelamatkannya ialah
> perkara AQIDAH, bukan kemajuan dan pembangunan. Bacalah ayat..
> "..kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang
> selamat.."(Surah 26:89). Erti "hati yang selamat" ialah orang
> yang menjaga aqidahnya supaya tidak berbau syirik, kufur  dan
> kemunafikan.
>
> Perkara aqidah adalah sangat penting dan ia bukan perkara yang
> remeh-temeh. Begitu juga soal hukum-hukum Hudud bukan perkara yang
> remeh-temeh. Allah memberi amaran kepada kita supaya jangan
> menganggap dalam Islam ini ada perkara-perkara yang remeh-temeh.
> Jika kita memperkecilkan satu hukum, umpamanya dalam Hudud,
> mungkin kita akan mendapat kemurkaan dari Allah kerena memper-
> kecilkan hukumNya. Bacalah ayat.."..dan kamu menganggap perkara
> itu remeh-temeh, padahal ia adalah perkara yang besar di sisi
> Allah.."(Surah 24:15). Perkara "yang besar" bermaksud, sungguhpun
> kita kira sesuatu hukum itu remeh-temeh tetapi perkara itu
> boleh menyebabkan kita menjadi kufur TANPA disedari. Oleh itu
> kita mestilah berhati-hati apabila memperkatakan tentang Hudud,
> lebih-lebih lagi mempertitikai kitab-kitab dan huraian ulama
> silam tentang tafsir dan penetapan hukum. Orang kerana kita
> sebenarnya adalah jahil tetapi mengaku diri kita lebih bijak
> daripada alim ulama silam..maka rusaklah aqidah kita.
>
> Saya BUKAN benci kepada Dr Mahathir. Oleh kerana dia adalah seorang
> pemimpin yang boleh mempengaruhi berjuta-juta orang, maka ucapannya
> tentang Islam mestilah diteliti dengan berhati-hati. Kalau dia
> berkata sesuatu yang berbau syirik dan kekufuran maka wajib kita
> umat Islam menentangnya. Ini bukan soal menghasut orangramai
> supaya benci kepada pemimpin. Ini adalah soal..apabila pemimpin
> itu sesat, mereka dia boleh menyesatkan orangramai. Maka perjelaskan
> perkara ini supaya orangramai JANGAN menjadi sesat.
>
> Sekali lagi cuba perhatikan apa kata Dr Mahathir..
> ====================================================
>
> >Jika kita kata kalau orang bukan Islam memeluk agama Islam dan
> >kemudian mereka keluar daripada Islam lalu dikenakan hukuman bunuh
> >sudah pasti Islam tidak akan berkembang di kalangan mereka," katanya.
>
> Komen:
> Ha! ..satu lagi.. si modernis, Dr Mahathir ini dengan sejelas-jelas-
> nya mengatakan hukum bunuh bagi orang murtad TIDAK ADA dalam Islam.
> Dia seolah-olah menyalahkan Nabi, alim-ulama yang menyebabkan ugama
> Islam tidak boleh diterima orang bukan Islam disebabkan oleh adanya
> hukum Hudud !!!
>
> =====================================================
>
> Sudah jelas..ucapan Dr Mahathir adalah cukup merbahaya yang mana
> dia mengajak orangramai mempertikaikan hukum Hudud. Tuan-tuan
> boleh membuka mana-mana kitab fekah..TIADA SEORANGpun alim-ulama
> yang pernah menafikan wujudnya hukum bunuh bagi orang yang bersabit
> dengan murtad dalam Bab Riddah.
>
> Sekarang dengan ucapan tersebut, Dr Mahathir mahu buat kacau
> supaya kita jangan membaca kitab-kitab fekah kerana ia ditulis
> oleh ulama silam. Akibatnya, umat Islam akan berbalah sesama
> sendiri..ada yang mempertikaikan Hudud..apa pula yang menerima
> Hudud. Inilah kerja UMNO. Baru-baru ini UMNO telah menganjurkan
> satu seminar untuk memberitahu pakar-pakar Islam seluruh dunia
> bahawa kefahaman mereka terhadap perundangan Islam adalah
> TIDAK BETUL. Maka Dr Mahathir (yang jahil) mahu mengajar alim-
> ulama Islam supaya memperbetulkan kesilapan mereka !!!
>
> Kalau UMNO menuduh Tokguru Nik Aziz memecahbelahkan umat Islam
> di Malaysia, maka Dr Mahathir adalah lebih merbahaya, dia
> secara terang-terang mengajak kepada kesesatan. Dia adalah sesat
> dan tidak sedar dirinya adalah sesat.
>
> Saya menulis sebagai satu amaran. Saya berharap orang-orang
> PAS dan Keadilan akan mengambil nasihat saya ini..JANGAN menjadi
> sesat macam Dr Mahathir. Anda semua tidak perlu fanatik kepada
> mana-mana parti, yang penting..hidup ini hanya sekali sahaja.
> Oleh itu tetapkan aqidah dan perdirian kita. Jangan masuk UMNO,
> saya sudah lama keluar UMNO dan BN kerana dalam UMNO ialah
> tempat orang-orang kufur berkembang biak.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Jahaya, Zaharun" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "luqman ismael" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke