"Net At Work ." <[EMAIL PROTECTED]> wrote:







eGroups My Groups | harakah Main Page





'Saya berhak pulih nama baik' - MB Kelantan


KOTA BHARU, 27 Okt (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
bercadang mengadakan ceramah agama bersama menteri-menteri besar
negeri lain dan dipengerusikan mufti, qadi atau pengarah jabatan
agama negeri mereka.

"Misalnya ceramah agama bersama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul
Rosli Ghazali dan pengerusinya boleh, sama ada Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak, qadi atau mufti.

"Bila ceramah bersama Menteri Besar Perak, dia boleh memberitahu
kepada saya di mana tidak betul mengenai Islam yang saya sebut dalam
ceramah," katanya pada persidangan media di sini, petang semalam.
Menurutnya, sekiranya menteri besar negeri lain hendak berceramah
bersamanya di Kelantan beliau sanggup menjadi tuan rumah.

Katanya, sekiranya tidak mendapat kemudahan masjid kepunyaan Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, beliau sedia memberi
t! empat di Masjid Pulau Melaka.

Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang paling baik untuk memberi
kesedaran kepada rakyat ialah memberitahu rakyat di mana salahnya,
sehingga disekat menyampaikan kuliah agama di masjid-masjid dan surau
di negeri berkenaan.

Katanya, pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya menyebabkan hati
beliau menjadi sunggul.

"Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk memulihkan nama baik saya,"
tambahnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, Islam tidak ada batas
sempadan untuk menyampaikan syiarnya.

"Contohnya, tidak ada sempadan bagi umat Islam, bila selesai
sembahyang kita beri salam, kita niat salam kita kepada orang di
sebelah kanan sehingga sampai ke kaki langit begitu juga salam di
sebelah kiri, salam kita tanpa ada sempadan.

"Islam mesti disebarkan kepada seluruh masyarakat tanpa ada sekatan
dan halangan," katanya.

Malah tambahnya, kenyataan Menteri Be! sar Selangor yang meminta
Menteri Besar Kelantan menjaga negeri sendiri adalah tidak betul dan
dari segi demokrasi dan semangat persekutuan.

"Macam mana kenyataan seperti itu boleh keluar dari seorang menteri
besar zaman sekarang," katanya.

Menurutnya, peluang perlu diberi kepadanya bagi membolehkannya
memperbetulkan salah tanggap terhadap agama dan bukannya cabar
mencabar.

Katanya, rakyat tahu beliau berada di pihak yang benar, bersedia
kemukakan bukti ceramahnya tidak pernah sebut perkataan parti.

Beliau berkata, semasa berceramah di masjid termasuk di Kelantan,
beliau sering menyebut agama dan ia secara tidak langsung merangkumi
politik.

"Saya tidak diberi peluang sepenuhnya untuk membuat penjelasan
mengenai amalan Islam sebenarnya yang mencakupi semua aspek
kehidupan," katanya.

Beliau juga bersedia mengulangi balik ceramah yang dikatakan
mempunyai unsur-unsur politik, sedangkan cera! mah itu sebenarnya
membincangkan perkara berkaitan agama dan bukan ceramah politik.

"Saya akan membawa nasnya. Nabi Muhamad SAW berceramah agama dan
tidak pernah dia sebut malam ini hendak ceramah politik.

"Perlu diingatkan parti lain dan politik lain, yang saya tidak sebut
parti politik, bagaimanapun dalam Islam ada politik.

"Oleh itu, kalau ada menteri besar tidak bersetuju dengan saya sebut
politik tunjuk di mana tidak betul atau salah," tambahnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Islam merangkumi aspek politik, dan
tidak boleh mengasingkan politik dari Islam, ia sama seperti tidak
boleh mengeluarkan manis dari gula dan pedas dari lada.

"Cuma orang berfahaman sekular sahaja mengasingkan agama dan politik.
Menteri besar terbabit mungkin masih lagi terpengaruh dengan ajaran
sekular.

"Sepatutnya, Nabi Muhamad SAW menjadi model kepada kita kerana
baginda mengimani sembahyang, menjadi panglima pe! rang, pentadbir,
jurunikah, menteri kewangan, semuanya adalah orang yang sama,"
ujarnya.

Beliau juga memberitahu sehingga sekarang hanya Selangor yang
menghantar surat melarangnya berceramah agama di masjid dan surau di
negeri berkenaan.

Namun, peliknya tambah beliau orang yang menghantar surat iaitu
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor hanya mendiami diri sahaja,
sebaliknya orang politik yang sibuk.

Sehubungan itu, sekali lagi beliau menegaskan sekiranya masih ada
undangan berceramah agama di Selangor, beliau bersedia untuk memenuhi
undangan tersebut.

"Saya akan membuat seperti biasa, bagaimanapun orang yang menjemput
hendaklah pandai-pandai, kalau ada pihak halang saya berceramah saya
akan berhenti. Namun ditegaskan sekiranya ada jemputan, Insya Allah
akan pergi," tambahnya.

Beliau berkata, biar di akhirat kelak malaikat tulis Menteri Besar
Kelantan pernah dihalang menyampaikan ceramah ag! ama.

"Apa untung dan rugi saya sekiranya dihalang berceramah agama, ini
adalah sifat berdakwah.

"Masalah permit tidak timbul, dan pihak penganjur boleh mengurusnya
sebelum saya pergi," ujarnya.

Menteri Besar juga menjelaskan beliau hanya sekali sahaja berceramah
agama di masjid di Selangor sehingga kini dan kenyataan Menteri Besar
Selangor menyebut beliau berceramah banyak kali adalah tidak benar.

Ketika ditanya sebab apa Menteri Besar Selangor bertindak demikian
beliau menjelaskan sebagai orang politik, boleh jadi tindakan itu
disebabkan terdesak kerana kesedaran rakyat terhadap agama sekarang
meningkat.

"Kesedaran agama rakyat di negeri berkenaan semakin meningkat
sekarang," ujarnya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan dilarang berceramah agama di
seluruh masjid dan surau di Selangor melalui sepucuk surat yang
ditandatangani Pengarah Jais, Mansur Ramli bertarikh 10 Oktober 2000.

S! elepas larangan itu, beberapa negeri lain termasuk Negeri Sembilan
dan Perak juga dikatakan akan menguatkuasa peraturan yang serupa bagi
menghalang Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan pemimpin pembangkang lain
berceramah agama di masjid dan surau di negeri mereka.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke