*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lagi bukti 'kemurnian budi-pekerti dan ketinggian akhlak pemimpin UMNO/BN. 
Berlawana benar dengan sikap pemimpin PAS yang UMNO selalu tuduh kasar dan 
ganas.

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Eh...UMNO masih hidup ke?


>From: Cameroon <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* JKKK pecahkan gambar MB Terengganu
>Date: Mon, 30 Oct 2000 22:17:07 -0800 (PST)
>
>
>www.harakahdaily.com
>
>
>JKKK pecahkan gambar MB Terengganu
>"Dewan milik Kerajaan Pusat ada gambar MB Terengganu" - Idris Jusoh
>Oleh Khairul Azlam Mohamad
>
>
>KUALA TERENGGANU, 30 Okt (Hrkh) - Disebabkan terpengaruh dengan ucapan
>berunsur hasutan Timbalan Pengerusi Umno Terengganu, Idris Jusoh, beberapa
>ahli JKKK telah bertindak membaling gambar MB Terengganu yang tergantung
>dengan kerusi.
>Akibatnya, gambar MB yang digantung dalam dewan Intitut Perindustrian Gong
>Badak, tempat mereka bersidang itu jatuh dan pecah.
>Peristiwa itu berlaku apabila Idris mempertikaikan kenapa gambar MB
>Terengganu itu berada di situ sedangkan dewan itu di bawah pentadbiran
>kerajaan Pusat.
>Sehubungan itu, orang ramai melahirkan rasa kesal serta terkilan terhadap
>dengan sikap beremosi tersebut.
>Perjumpaan tersebut, diadakan di dewan Institut Perindustrian Gong Badak
>yang dihadiri oleh Badan Perhubungan Umno negeri dan JKKK Kuala Nerus.
>Dalam kejadian tersebut, beberapa orang di kalangan JKKK bertindak 
>membaling
>gambar Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan
>kerusi serta memecahkannya.
>Ini berikutan, ucapan Datuk Idris yang mendakwa dewan tersebut hak milik
>kerajaan pusat tetapi terdapat gambar Tuan Guru Menteri Besar.
>Menurut sumber yang dipercayai, gambar MB tersebut tergantung tinggi di
>dewan dan tidak dapat dicapai dengan tangan.
>Katanya, mereka (JKKK) bertindak membaling gambar tersebut dengan kerusi di
>dewan bagi membolehkan gambar tersebut dijatuhkan.
>"Saya sendiri terkejut melihat kejadian yang beremosi dengan memecahkan
>gambar Menteri Besar Terengganu," ujarnya kepada Harakah.
>Seorang pelajar di Institut Perindustrian yang enggan disebut namanya 
>tetapi
>mengesahkan kejadian itu berpendapat, tindakan tersebut dianggap tidak
>rasional.
>Katanya, tindakan beremosi JKKK tersebut boleh mencetuskan perasaan tidak
>puas hati pihak tertentu.
>"Saya (pelajar) tidak bersetuju serta kesal dengan tindakan memecahkan
>gambar MB Terengganu," ujarnya.
>Rakannya, yang enggan disiarkan nama berkata tindakan memecahkan gambar 
>Tuan
>Guru MB bukti dendam Umno terhadap PAS.
>"Mereka (JKKK) terpengaruh dengan rentak pemimpin Umno yang mengamalkan
>budaya samseng," ujarnya.
>Harakah difahamkan, terdapat juga segelintir dari kalangan JKKK tersebut
>yang tidak bersetuju dengan tindakan rakan-rakan mereka yang beremosi itu.
>Comments ? E-mail Us
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Messenger - Talk while you surf!  It's FREE.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke