*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>"Umno memang begitu bila berhujjah dalam media bukan main lagi 
>tetapi selalunya takut dan gementar bila berhadapan dengan 
>kepimpinan PAS maka sebab isu debat yang dirancangkan pertengahan 
>1980 an dahulu dibatalkan,"

Ini cerita lama tentang hendak diadakan debat fasal tajuk,
"PAS kata UMNO Kafir". Lebih kurang 15 tahun dahulu Dr Mahathir
mencabar Nik Aziz supaya berdebat atas tajuk ini. Maka Nik 
Aziz sanggup berdebat, tarikh dan masa telah ditetapkan. Ia
akan disiarkan secara langsung oleh TV Malaysia. Saya masih
ingat ramai orang menunggu saat debat itu.

Ini adalah cerita tentang apa yang berlaku di saat-saat akhir
kenapa debat itu dibatalkan. Dr Mahathir penuh yakin ulama-
ulama UMNO dapat mengalahkan ulama-ulama PAS. Sehari sebelum
debat berlangsung, kebetulan ada seorang kawan saya makan
malam di rumah bekas Mufti Kelantan (dia sebenarnya sepupu
Mufti itu), ada beberapa orang pegawai ugama yang pro-UMNO
datang bertemu Mufti Kelantan itu.

Kawan saya bercerita ... rombongan pegawai-pegawai ugama
itu datang bertemu Mufti supaya mendapat jasa baik Mufti
mengadap Yang DiPertuan Agung supaya mendapat perintah diRaja
untuk membatalkan debat di saat-saat akhir.

Kata mereka ... ini kerana mereka bimbang ulama UMNO tidak
fasih membaca Al-Qur'an, sedangkan Nik Aziz dan Haji Hadi
adalah orang-orang yang menghafal 30 juzuk Al-Qur'an. Maka
nampaklah kepada orangramai ulama UMNO jahil Al-Qur'an.
Dengan sendirinya moral akan memihak kepada PAS kerana
apabila ulama UMNO merujuk kepada ayat-ayat Al-Qur'an,
mereka akan tersekat-sekat dan kurang fasih dan lancar. Isunya
bukan lagi "PAS kata UMNO Kafir" tetapi ulama UMNO kurang
mahir membaca Al-Qur'an. Yang mana seluruh rakyat akan melihat
gelagat lucu ulama UMNO.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke