Date: Thu, 2 Nov 2000 09:53:22 +0800

www.harakahdaily.com
Lucut kerakyatan Mahathir?
"Kalau dulu Mahathir kritik Tunku di luar negara, kenapa tidak boleh Ezam" -
Abdul Rahman Yusof

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Hrkh)- Abdul Rahman Yusof (KeAdilan - Kemaman)
mencadangkan kepada Umno supaya melucutkan kerakyatan Perdan Menteri, Dr
Mahathir Mohamad kerana beliau pernah memburukan bekas Perdana Menteri,
Tunku Abdullah Rahman di luar negara sepertimana yang dilakukan Ketua Pemuda
KeAdilan, Ezam Mohd Nor.

Langkah itu juga wajar kerana Dr Mahathir gagal memberi penjelasan kepada
dunia tentang apa yang berlaku dalam negara sebaliknya dunia mempercayai
penerangan yang disampaikan Ketua Pemuda KeAdilan, Ezam Mohd Nor.

Hakikatnya, kata beliau, Menteri Kawangan, Tun Daim Zainuddin dan seluruh
jentera Wisma Putra tidak boleh berbuat apa-apa kerana seluruh masyarakat
antarabangsa tahu akan keburukan dasar-dasar dan juga amalan BN.
"Seluruh dunia mengikuti perbicaraan Anwar Ibrahim (Bekas Timbalan Perdana
Menteri) apa pun penjelasan yang dibuat oleh para duta kita di luar negara,
mereka pasti tidak dapat mengubah pendapat bahawa perbicaran tersebut adalah
tidak adil,"katanya.

Menurut beliau, Perdana Menteri dan penyokong Umno boleh melatah dan menuduh
Ezam sebagai pengkianat negara kerana mengkritik dan menghina Mahathir di
luar negeri sedangkan sebenarnya tindakan Ezam itu dipelajari daripada
Perdana Menteri sekarang di mana pada 1969 apabila beliau disingkirkan
daripada Umno, Mahathir pergi ke luar negeri mengkritik dan menghina Perdana
Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman.

"Kenapa orang-orang Umno lupa hakikat sejarah bahawa Perdana Menteri
sekarang adalah bapa dan guru kepada tindakan menghina negara.Kenapa tidak
ada seruan di kalangan ahli Umno supaya Perdana Menteri sekarang dilucutkan
kerakyatannya," ujarnya ketika membahaskan Belanjawan 2001! di Dewan Rakyat,
hari ini.

"Saya tidak ingin menyalahkan Perdana Menteri sekarang kerana mengkritik
Tunku Abdul Rahman kerana itu adalah haknya. Oleh tiu kita juga jangan
menyalahkan Ezam atau mana-mana pemimpin Barisan Alternatif (BA) yang
mengkritik kerana itu adalah hak kita," katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi KeADILan berkata jawatan Perdana
Menteri tidak kebal daripada undang-undang dan ia adalah jawatan politik dan
sesiapa yang ingin menjawat jawatan politik adalah orang politik.

"Oleh itu sesiapa sahaja berhak mengkritik dan menghina Perdana Menteri.
Yang tidak boleh kritik dan hina ialah Yang Dipertuan Agong, hanya apabila
kita mengkritik atau menghina yang Dipertuan Agong kita boleh dikatakan
mengkhianati negara. Saya ingin bertanya kepada ahli Umno dan penyokong
Mahathir adakah Mahathir sama tarafnya dengan Yang Dipertuan Agong,"
soalnya.

Comments ? E-mail Us




COUNTE! RBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke