*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Apabila sdr tiger mentioned pasal "Matla'ul-Badrain" ni, utk pengetahuan,
kitab ini digunakan disemua sekolah agama dibawah pentadbiran kerajaan
negeri Johor. Ianya digunakan sejak dari darjah 4 sehingga darjah 6. Bagi
warga-warga Hizbi yang berasal dari Johor dan pernah bersekolah agama, kitab
ini adalah tidak asing lagi.

Saya masih ingat lagi pernah satu ketika ketika dalam kelas bab Jenayah,
pernah seorang teman sekelas menanyakan ustaz mengenai hukum kerajaan tidak
melaksanakan hukum hudud sebab didalam bab Jenayah boleh dikatakan akan
menyeluruh juga hukum-hukum hudud, qisas dsb-nya. Ustaz tersebut cuma
mengatakan dia tak berani komen sebab dia makan gaji...
bila ditanyakan lagi apakah hukum melaksanakannya, beliau tanya balik "Hukum
tu sapa yang buat?Dan apa hukum dalam kitab tu kata?". So kawan ni pun
jawablah "Allah...wajib". Ustaz pun jawab balik, "ha! Tau pun. habis tu buat
apa tanya!"

-----Original Message-----
From: Tiger [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, November 03, 2000 1:26 AM
To: hizb
Subject: H-Net* Siapa kawan kamu?

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teringat saya ketika dahulu saya melawat rumah seorang toguru.
Saya bertanya satu soalan, "orang macam manakah kita memilih
menjadi kawan?" Jawap tokguru itu membaca satu hadith "al-mar'u
ma'a deeni akhi_hi" = seseorang itu mengikut ugama saudaranya.
Maksudnya jika kita gemar ikut berkawan dengan orang fasik,
maka kita turut sama mengikut perangai fasik. Jika kita mendekati
orang-orang beriman, beruntunglah kita.

Ketika dahulu, saya berpeluang belajar kitab-kitab daripada
paklebai-paklebai UMNO dan juga paklebai-paklebai PAS. Saya
perhatikan ada beberapa perbezaan. Saya ambil contoh kitab
jawi yang bernama "Matla'ul-Badrain" karangan Syeikh Daud.
Sungguhpun kitab Fekah ini kecil, kandungan meliputi 4 rubu'
Fekah: Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jenayah. Saya dapati
paklebai-paklebai UMNO hanya pandai mengajar kitab setakat
bab-bab Ibadat dan Munakahat. Apabila sampai kepada bab-bab
Muamalat dan Jinayah (termasuk Hudud) mereka tak tahu
mengajar kerana tak faham. Sebab itulah ramai orang-orang
UMNO tahu separuh sahaja tentang Fekah Islam. Mereka tahu
fasal ibadat tetapi jahil tentang perundangan Islam.

Setiap kali paklebai UMNO mengajar kitab, mereka biasanya
mengajar setakat bab Ibadat. Saya pernah membawa kitab 
dan bertanya hukum kepada paklebai UMNO dalam bab muamalat,
mereka tidak dapat faham, apatah lagi kalau ditanya bab-bab
berkenaan jinayah dan hudud. Sebab itulah RAMAI orang-orang
Melayu tidak tahu apakah Hudud sebenarnya.

Ini satu cerita benar. Ada seorang paklebai UMNO datang
ke tempat saya berkerja. Dia sedang membaca sebuah kitab
jawi, yang menjadi masalah ialah dalam kitab jawi itu
juga terdapat doa dan hadith dalam bahasa Arab tak ada
baris. Paklebai itu merasa sukar membaca kitab itu. Dia
meminta tolong seorang ustaz, tetapi ustaz itu tak dapat
membantunya kerana tidak semua ustaz mahir dalam nahu Arab.
Oleh kerena dia merasa terdesak, saya membantunya mengisi
baris-baris pada ayat-ayat bahasa Arab.

Paklebai UMNO itu sangat baik orangnya, dan dia dibayar
elaun oleh UMNO untuk mengajar ugama. Dia mendapat gelaran
tokguru. Dia menjadi kawan baik saya. Kalau ada orang kata
saya benci kepada orang UMNO, itu tidak tepat. Apa yang
saya tidak suka ialah sikap mudah menerima berita tanpa usul
periksa. Ayat Al-Qur'am memperingatkan kita:

Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik
membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar
kamu tidak menimpa satu musibah kepada sesuatu puak tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatan kamu (Al-Hujurat 49:6)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke