Assalamualaikum wbt,
 
Kenapa tak dihabiskan terjemahan Surah AnNisaa' ayat 59 tu??
Bukan apa, sekadar musykil...
 
Ayat sekerat ini adalah agak famous pada akhir 70an dan awal 80an dikalangan ustaz-ustaz umno dan btn digunakan sebagai hujah supaya taat kepada pemimpin.
 
Biro Tata Negara, satu biro dibawah Jabatan Perdana Menteri since sdr Luqman pernah mentioned yang dia tak tahu apa itu btn. Antara aktiviti btn untuk menyalurkan kefahaman mereka ialah melalui program-program kursus umno, gpms, badan-badan birokrat & korporat.
 
Since sdr. dah mention ayat sekerat, izinkan saya tuliskan terjemahan sepenuhnya dan ayat-ayat berikutnya:
 
Surah AnNisaa':
59)
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.
 
60)
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.
(Note: Taghut = i. orang yang menetapkan hukum secara curang menurut hawa nafsu, ii. berhala-berhala)
 
61)
Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah turunkan dan kepada hukum Rasul," nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi dengan sekuat-kuatnya dari kamu.
 
62)
Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah "Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna".
 
63)
Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang didalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka, dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.
.
.
105)
Sesungguhnya Kami telah turunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepada mu, dan janganlah kamu menjadi penentang kerana (membela) orang-orang yang khianat.
.
.
107)
Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.
 
 
Pada awal tahun ini (maaf tak ingat bulan dan hari), kalau ada warga Hizbi yang berkesempatan mendengarnya, didalam rancangan Asbabul-Nuzul di Radio Malaysia Selangor (kalau tak silap petang Jumaat) yang disampaikan oleh Ust. Asmungi, ada menerangkan sedikit sebanyak tafsiran Surah Annisaa' ayat 59 ini.  
 
Pada ayat ini, perkataan "ATHI" iaini TAAT dituruti dengan kalimah "Allah" dan "Rasul" tetapi bagi perkataan "ulil amri" (pemimpin) ianya didahului dengan perkataan "wa" iaini "dengan". Kenapa ayat ini TIDAK berbunyi "ATHI ULLAH WA ATHI URRASUUL WA ATHI ULIL AMRI" tetapi ianya berbunyi "WA ULIL AMRI" tanpa perkataan "ATHI" atau "TAAT" sebelumnya.
 
Ustaz Asmungi menerangkan bahawa TAAT kepada Allah dan Rasul itu "absolute", tiada bersyarat, jelas dan tidak boleh diragui. Tetapi taat kepada pemimpin itu bersyarat.. dan dikuat dengan syarat iaitu apabila berlaku perselisihan atau berlainan pendapat, rujukan dikembalikan kepada Allah dan RasulNya.
Dikuatkan lagi dengan ayat selanjutnya menyuruh kita mengingkari taghut.
 
WaAllahu a'lam.
 
-----Original Message-----
From: alQubah [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Thursday, November 02, 2000 9:34 AM
To: Tiger; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* RE: Layakkah Manusia Seperti ini disini!

PEMBOHONG.....
Kita tidak sekali-kali menyokong kezaliman.Samada kezaliman dalam umno atau kezaliman dalam pas atau dalam mana-mana puak atau mana -mana diri.Kita berkawan dengan umno kerana dia pandai buat kerja,kita kawan dengan pas kerana pas rajin bercakap.Yang pertama memperjuangkan bangsa melayu yang beragama islam dan yang kedua memperjuangkan negara islam.Kedua-duanya wajib dan dituntut.
Di Malaysia ini ada 2 jamaah orang islam yang terbesar,yang pertama umno dan yang kedua pas.Bolehlah pilih mana yg sesuai.Kalau rasa yg anda sokong tu betul lah gilah .Apa yg susah sangat.Kita tidak boleh menghukum orang dengan jamaah.Bukan semua orang dalam umno tak nak kat ugama.Dan bukan semua orang dalam pam pas nak kat ugama.(hampa pun maklum hal ini noh,jangan nak sembunyi)Kita tak boleh menghukum umno dengan pas dan kita tak boleh hukum pas dengan umno.Kalau seorang ayah menghukum anak dengan martabat bapa yg ada pada siayah,maka semua anak akan dihukum sesat kerana anak bukan ayah.Kalau Rasulullah menghukum umat dgn martabat Rasul padanya maka semua umat sesat kerana dia serang saja nabi yg tinggal .
Pada pandangan umno memartabatkan bangsa melayu itu strategi.Kerana apabila Melayu tidak berani dipertikaikan kedaulatannya maka dengan sendirinya agama itu berdaulat.Pas kata naik islamkan negara dulu,okey.....boleh kita terima pendapat tersebut.Tapi buatlah cepat orang ramai tertunggu ni.Dua negeri yang kita dapat tu kita buat apa mana syiar islamnya.Atau nak tunggu umno rampas balik.Lepas tu kita kata depa jahat.Kita laksanakanlah islam disitu dulu.Perbetulkan ahli-ahli kita yg 50% daripadanya wahabi dan syiah (hampa bukan tak tau).Itu belum masuk kefahaman mengarut yang lain lagi macam,hakikat insan,nikah batin,tok bomoh jin,makyong,puja wayang kulit,pesta pantai(ulit mayang),puak tak sembahyang,dan lain-lain.

Firman Allah dlm surahAnnisa' ayat 59
"Wahai orang yg beriman,taatlah kamu kepada Allah dan  Rasul serta Pemimpin dikalangan kamu" .

Dan pendapat Imam Nawawi,
Tidak gugur hak ketaatan dan tidak boleh dipecat  'ulul amri' walaupun ia fasiq.
-lihat Imam Nawawi- KitabSyarah Sahih Muslim,penggal 12,halaman 229.

"....dan sepakatlah ahli sunnah bahawa tidaklah terpecat mana-mana penguasa dgn sebab kefasikannya" -kecuali muktazilah menentang pendapat ini.

Hadis dari Khuzaifah al Yamani hal 238
"sekiranya dibelasah belakangmu dan dirampas hartamu ,maka belum jatuh haq ketaatanmu  kepada mereka".

Imam Nawawi menghuraikan syarah Sahih Muslim hal. 235 antaranya.
"Sayugialah  bersabar atas kezaliman mereka dan sesungguhnya tidak gugur ketaatan kepada mereka dengan sebab kezaliman mereka".....
 

Wallhu Ta"ala A"lam......
Wassalamualaikum.....
 

Tiger wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
fakhrul berkata:
>Sabda Rasulullah lagi....
>"Bukanlah seorang Mukmin itu yang menjadi pencaci,pelaknat,
>bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut
>kata kata yang hina"

Ya, kata Rasulullah itu benar. Tetapi yang lebih teruk lagi
kamu menjadi alat UMNO untuk mereka meneruskan program-program
mungkar mereka dan menzalimi orang-orang Islam. Saya teringat
kepada paklebai-paklebai UMNO di kampung saya. Mereka membawa
kitab tasauf mengajar orang-orang UMNO kampung supaya jangan
mencaci, melaknat, berkata kotor dan menghina sesiapa. Tapi
apabila ketua kampung UMNO (JKKK) semasa UMNO memerintah
Kelantan dahulu, paklebai-paklebai UMNO tak ambil kisah tentang
berdosa JKKK UMNO tak bagi baja kepada orang-orang PAS. Apabila
anak-anak orang PAS yang miskin nak minta JKKK tandatangan
borang pinjaman buku teks sekolah, paklebai-paklebai UMNO tak
suruh JKKK supaya takut kepada Tuhan. Kononnya orang-orang PAS
tak layak menerima bantuan baja subsidi, biasiswa, buku teks
kerana menentang kerajaan Barisan Nasional.

Mereka lupa tak kira PAS atau UMNO, semua rakyat kena bayar
cukai pendapatan, cukai barang itu dan barang ini. Maka semua
cukai-cukai itu sampai kepada kerajaan Pusat, bukan harta mak
bapak UMNO. Memang JKKK UMNO tak suka berkata kotor, tidak
melaknat ..tetapi perangai mereka dilaknati Allah sebab
mereka zalim. Tambahan pula paklebai-peklebai UMNO orang-orang
baik yang dibayar elaun oleh pemimpin-pemimpin yang zalim.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/free_video/
 

Kirim email ke