*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
testing....
--- salam sejahtera <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum.
> Satu lagi pandangan Shahrir Samad. Ada perkara yang
> boleh dipelajari 
> mengenai mentaliti UMNO dari orang dalam spt Shahrir
> Samad.
> ................................
> PENILAIAN RETROSPEKTIF 15 TAHUN PENCAPAIAN EKONOMI
> NEGARA - SUATU PANDANGAN 
> PERIBADI.
>
http://www.shahrir-umno.com/Source/article.asp?Article=Penilaian
> 
> OLEH DATO SHAHRIR ABDUL SAMAD DI SEMINAR EKONOMI
> MALAYSIA di PURI PUJANGGA, 
> UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PADA 5hb SEPTEMBER,
> 2000
> 
> PENDAHULUAN
> 
> Saya tertanya mengapa tempuh rujukan perbincangan
> saya adalah untuk 15 tahun 
> yang lalu, sedangkan Datuk Seri Dr Mahathir telah
> menjadi Perdana Menteri 
> semenjak tahun 1981,iaitu lebih daripada 15 tahun.
> Bukan lah tempat saya 
> untuk memendekkan tempuh era kepimpinan Dr Mahathir
> yang sudah berlalu, 
> tetapi yang masih bakal itu ialah soalan yang
> berasingan. Sebenarnya, pihak 
> penganjur yang telah memilih angka 15 tahun sebagai
> tempuh penilaian saya 
> pada hari ini.
> 
> Ini bermakna ianya tempuh kepimpinan negara olih
> Datuk Seri Dr Mahathir 
> dengan Tun Ghaffar Baba dan beberapa kombinasi lain
> sehinggalah ke hari ini. 
> Tafsiran saya pula mengapa tempuh ini dipilih ialah
> kerana sepanjang tempuh 
> inilah Datuk Seri Dr Mahathir tidak terganggu olih
> sebarang perkiraan 
> perkongsian kepimpinan saperti pernah dibayangkan
> dalam slogan ‘Kepimpinan 2 
> M’ iaitu sebelum tahun 1986. Selepas 1986, Dr
> Mahathir sebenarnya bebas 
> untuk mencorak ekonomi negara mengikut idea dan
> pemikirannya, tanpa di 
> kurang atau ditokoktambah oleh mana-mana pihak lain.
> 
> Dari segi politikpun, pertandingan hebat yang telah
> berlaku dalam UMNO pada 
> 1987, kepada saya, menandakan berakhirnya era Tun
> Abdul Razak dan detik 
> sebenarnya bermulanya era Dr Mahathir. Saya
> menghujahkan sedemikian oleh 
> kerana keempat tokoh yang bertanding bagi
> jawatan-jawatan tertinggi UMNO 
> ketika itu adalah mereka yang diketengahkan oleh Tun
> Abdul Razak sebagai 
> barisan pelapisnya. Apabila "orang-orang Tun Razak"
> telah bersaing sesama 
> mereka untuk menentukan siapa yang terulung
> dikalangan mereka, yang menang 
> bebas untuk memulakan era kepimpinannya tersendiri.
> 
> Maka adalah lebih tepat dari perspektif politik
> kalau tempuh rujukan ini 
> bermula dari 1987. Era kepimpinan Dr Mahathir bolih
> dikatakan belum lagi 
> berakhir kerana beliau maseh lagi mendudukki jawatan
> tertinggi parti dan 
> kerajaan. Tetapi, kalau saya mengguna asas perkiraan
> yang sama, kemunculan 
> Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan
> Presiden dan Timbalan 
> Perdana Menteri, yang menggantikan tokoh pilihan Dr
> Mahathir sendiri, 
> sebenarnya mengisyaratkan sudah berakhirnya era Dr
> Mahathir pada 1997. 
> Tentunya ini suatu pandangan yang kontroversial
> tetapi bukankah setiap 
> kontroversi itu bakal menimbulkan perubahan.
> 
> II) KONTROVERSI MEMBUAHKAN PERUBAHAN
> 
> Kontroversi bukanlah suatu yang asing bagi Datuk
> Seri Dr Mahathir, dari mula 
> beliau digelar sebagai "Melayu Ultra" kepada surat
> termasyurnya untuk Tunku 
> Abdul Rahman sehinggalah kepada hari ini ketika
> negara berhadapan dengan 
> seluruh dunia secara bersendirian dan berbeza.
> Secara langsung atau pun 
> tidak langsung, setiap kontroversi itu membawa
> perubahan. Adanya yang 
> diterima dengan baik dan adanya yang masih
> dipertikaikan.
> 
> Kepimpinan Dr Mahathir bermula dalam tempuh
> pelaksanaan DasarEkonomi Baru, 
> dan mengikut fahaman popular ketika itu, DEB itu
> sendiri menggandungi 
> beberapa idea dan pendapat beliau tentang masalah
> ekonomi orang Melayu, 
> walaupun penggubalan DEB telah berlaku semasa beliau
> berada diluar UMNO dan 
> Kerajaan. Sungguhpun demikian, kemunculan semula
> beliau didalam UMNO dan 
> Kerajaan semasa kepimpinan Tun Abdul Razak adalah
> diatas suatu asas fahaman 
> DEB yang kurang sangat diperkatakan. Ianya,
> keperluan kepimpinan politik 
> UMNO sebagai pemegang amanah bangsa dan negara untuk
> bersandarkan kepada 
> amalan ‘meritocracy’ atau, saperti yang biasa di
> sebut dalam doa di 
> majlis-majlis umum, fahaman ‘yang terbaik dikalangan
> kita’untuk memimpin 
> kita.
> 
> Saya akan berpandu kepada falsafah yang tersirat
> disebalik DEB untuk menilai 
> pencapaian ekonomi era Dr Mahathir dan tambahan
> juga, kerana akhirnya 
> penilaian rakyat adalah muktamad, saya akan turut
> berpandu kepada keputusan 
> beberapa pilihanraya umum semenjak 1986 untuk
> mengukur kesan dan pencapaian 
> era beliau. DEB telah juga berakhir tempuh
> pelaksanaannya semasa Dr Mahathir 
> memegang teraju kepimpinan negara. Dasar Pembangunan
> Negara telah 
> menggantikan DEB, tetapi ia tidak pula berdaya
> melupuskan DEB sama sekali. 
> Hakikat ini terbukti tempuh hari apabila media
> menghangatkan suasana dengan 
> perdebatan mengenai Hak Istimewa Orang Melayu, dan
> ia juga menjadi perisai 
> Dr Mahathir apabila beliau berhadapan dengan tuduhan
> mengamalkan ‘cronyism’ 
> dan ‘nepotism’ olih kepimpinan UMNO pada Perhimpunan
> Agung UMNO 1997.
> 
> PERSYARIKATAN MALAYSIA SEBAGAI DASAR INDUK
> 
> Cita-cita Dr Mahathir disebalik pendekatan
> ekonominya ialah untuk menjadikan 
> Malaysia sebagai sebuah NIC dan beliau berpendapat
> bahawa pencapaian 
> cita-cita ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama
> rapat diantara Kerajaan 
> dengan sektor korporat. Kerjasama ini tersimpul
> dalam konsep atau dasar 
> "Persyarikatan Malaysia". Konsep ini memperlihatkan
> keinginan Dr Mahathir 
> untuk menjadikan negara-negara Jepun dan Korea
> sebagai inspirasi dan asas 
> perubahan ekonomi negara kepada sebuah NIC. Sebagai
> punca inspirasi 
> cita-cita beliau, ramai juga bakal usahawan Melayu
> yang telah dihantar untuk 
> menerima latihan di kedua buah negara itu, disamping
> syarikat-syarikat Jepun 
> dan Korea menjadi pilihan pertama sebagai rakan
> usahasama dalam perniagaan 
> dan perindusterian untuk mengalakkan pemindahan
> teknologi serta budaya 
> perniagaan mereka. Olih itu dasar " Pandang ke
> Timur" bolih dilihat sebagai 
> dasar iringan dasar Persyarikatan Malaysia.
> 
> Saya melihat dasar Persyarikatan Malaysia sebagai
> Dasar Induk dalam 
> pendekatan ekonomi Dr Mahathir olih kerana
> andaiannya bahawa transformasi 
> Malaysia kepada sebuah NIC dan kemudiannya kepada
> sebuah negara maju 
> perlukan kepada kerjasama yang rapat diantara
> pemerintah dengan sektor 
> swasta. Beliau melihat sektor swasta sebagai punca
> utama kepada innovasi, 
> daya kreatif dan mampu menjana kepada kemajuan
> ekonomi negara. Pada teorinya 
> juga, sektor swasta mempunyai paradigma yang
> berteraskan kepada kecekapan. 
> Kecekapan ini sentiasa bolih diukur dari keuntungan
> perniagaan dan proses 
> membuat keputusan didalam sesebuah syarikat tidak
> terganggu 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one Place.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: zekmal budin <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke