*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cuba perhatikan kenyataan Utusan:
>Perhimpunan tersebut tidak begitu mendapat sambutan kerana ia hanya
disertai lebih 1,000 orang di sebalik penganjur mengharapkan penyertaan
lebih besar berdasarkan gembar-gembur menerusi Internet dan ceramah
pembangkang sejak dua minggu lalu. 
>Ketua Polis Selangor, Datuk Nik Ismail Nik Yusof memberitahu, pihaknya
dengan keanggotaan kira-kira 700 orang berjaya menghalang cubaan mengadakan
perhimpunan itu setelah membuat sekatan jalan raya di setiap jalan masuk ke
Jalan Kebun sejak semalam. 
Mana satu yang betul ni? Adakah perhimpunan tidak mendapat sambutan...
Atau kerana polis dengan anggota seramai 700 orang menghalang dengan membuat
sekatan jalanraya di setiap jalan masuk???
Sekiranya polis yang berjaya menghalang tidak bermakna perhimpunan tidak
mendapat sambutan! Konklusi yang pihak utusan buat adalah salah atau tidak
berasas. Kenyataan itu hanya betul sekiranya tidak ramai yang datang dan
tiada sekatan oleh pihak polis. Tak gitu???
122 ditahan terlibat perhimpunan haram di Klang
KLANG 5 Nov. - Polis berjaya menggagalkan percubaan penyokong parti
pembangkang yang mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran atau
lebih dikenali 'Perhimpunan 100,000 Rakyat' di Jalan Kebun dekat sini petang
ini. 
Sehingga malam ini, polis menahan 122 orang yang dipercayai terlibat dalam
perhimpunan haram itu termasuk beberapa orang wanita. 
Perhimpunan tersebut tidak begitu mendapat sambutan kerana ia hanya disertai
lebih 1,000 orang di sebalik penganjur mengharapkan penyertaan lebih besar
berdasarkan gembar-gembur menerusi Internet dan ceramah pembangkang sejak
dua minggu lalu. 
Agensi berita Reuters turut melaporkan demonstrasi itu dihadiri 'hampir
1,000 orang.' 
Sementara itu, seorang pegawai polis, Inspektor Azmi Yahaya, 35, dari
Cawangan Khas cedera parah di kepala dipercayai dipukul dengan topi keledar
semasa menyuraikan penunjuk perasaan di Perhentian Tol Kota Kemuning. 
Beberapa orang jurugambar pula dikejar dan ditendang di bahagian belakang,
ketika bertugas berhampiran perhentian itu. 
Polis terpaksa menggunakan pancutan gas pemedih mata dan pancutan air bagi
menghalang perhimpunan haram itu. 
Tindakan itu dibuat setelah mereka enggan mematuhi arahan polis dengan cuba
berarak menuju ke Jalan Kebun tempat berlangsungnya 'Perhimpunan 100,000
Rakyat'. 
Selain di Jalan Kebun, beberapa perarakan haram juga didapati diadakan di
Perhentian Tol Awan Besar, Petaling, Perhentian Tol Bukit Kemuning, Taman
Seri Andalas dan Johan Setia dekat Jalan Banting. 
Dalam pada itu, polis terutama anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan
(FRU) mengawal ketat di lima kawasan yang menjadi tumpuan dan tempat
berkumpul para penyokong parti pembangkang sejak awal lagi. 
Kelima-lima kawasan itu ialah Perhentian Tol Kota Kemuning, kawasan Lebuh
Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Johan Setia di Jalan Banting, Taman Seri
Andalas di Klang dan Perhentian Tol Awan Besar di Petaling. 
Ketua Polis Selangor, Datuk Nik Ismail Nik Yusof memberitahu, pihaknya
dengan keanggotaan kira-kira 700 orang berjaya menghalang cubaan mengadakan
perhimpunan itu setelah membuat sekatan jalan raya di setiap jalan masuk ke
Jalan Kebun sejak semalam. 
Beliau berkata, perhimpunan yang diadakan hari ini tidak mendapat permit,
dan mengakui ada sesetengah penyokong pembangkang menghalang tugas mereka. 
''Ada di kalangan mereka bersurai bila diarahkan oleh polis dan ada setengah
masih degil dengan melanggar arahan tetapi keadaan keseluruhannya adalah
terkawal,'' katanya di Sekolah Menengah Jalan Kebun yang dijadikan markas
sementara polis dalam operasi berkenaan. 
Tinjauan Utusan mendapati, kesemua pemimpin pembangkang termasuk Presiden
Pas, Datuk Fadzil Noor, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti
Keadilan Nasional (Keadilan), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir di
perhimpunan itu. 
Difahamkan, para pemimpin itu berkumpul di Perhentian Tol Awan Besar
kira-kira pukul 2.30 petang sebelum berarak menuju ke Jalan Kebun. 
Ekoran perhimpunan haram itu, berlaku kesesakan jalan raya sepanjang lima
kilometer yang bermula daripada susur keluar Shah Alam menghala ke Klang
sejak tengah hari membawa ke lewat petang. 
Dalam pada itu, polis bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk
menggunakan sekolah terbabit sebagai markas sekiranya keadaan memerlukan. 
Tinjauan juga mendapati, sekolah berkenaan dijadikan markas polis sejak
semalam dengan menempatkan tempat bilik mesyuarat pegawai polis, anggota FRU
dan tempat letak helikopter pasukan berkenaan. 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke