*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaumualaikum

Tahniah kepada penganjur dan rakyat Malaysia yang telah turun ke padang dalam
Perhimpunan 100,000 rakyat pada 5 Nov 2000 untuk memperjuangkan demokrasi
dalam negara yang semakin menghimpit hak rakyat ini. Akibat dari pemerintahan
kuku besi Barisan Nasional UMNO hari ini, rakyat tidak dibenarkan berhimpun
kecuali berhimpun untuk UMNO atau oleh UMNO walaupun tidak ada permit
sepertimana yang dibuat oleh Pemuda UMNO di Putrajaya baru2 ini. Rakyat telah
membuat permohonan permit banyak kali untuk mengadakan pelbagai perjumpaan
aman (ceramah, hari keluarga, sukaneka, perhimpunan rakyat) tetapi hampir
kesemua permohonan ditolak diseluruh negara. Norian Mai, Ketua Polis Negara,
hari ini membuat kenyataan dalam Berita Hairan, bahawa polis sedia memberi
permit (kepala hotak dia? Apa punya Ketua Polis, cakap macam budak2).

Saya turut berkesempatan sama berada di tempat kejadian malah menawarkan diri
menjadi sukarela menjadi benteng di barisan depan bersama rakyat Malaysia yang
lain untuk melindungi ke empat2 Presiden dari diserang dan dipancut air gas
oleh FRU. Saya sempat menyaksikan beberapa kejadian kezaliman dan kebinatangan
polis FRU tehadap orang awam. Mahathir dan Dollah Badawi serta Norian MAi
bertanggungjawab di atas darah orang awam yang tumpah ke bumi. Akibat dari
sekor manusia yang zalim ini, rakyat terpaksa bermandi darah. 

4 orang anak muda dalam sebuah kereta merah proton iswara dikejar polis tanpa
sebab dalam kesesakan kereta. Polis terus memecahkan tingkap cermin anak muda
belasan tahun ini dan memukul pemandunya tanpa sebarang pertanyaan dan
mengheret serta memukul tiga lagi penumpang kereta tersebut.

Polis menyembur air gas dan menembak gas pemedih mata ke arah orang yang
terperangkap di hi-way walaupun di sana terdapat ramai orang termasuk
kanak-kanak kecil (paling kecil depan saya berumur 10 bulan, apabila ditanya),
dan terdapat orang perempuan/lelaki tua, dan orang2 perempuan di dalam
kereta.

Di Jalan Kebun, polis menyerbu rumah-rumah orang kampung dan menangkap
orang-orang kampung termasuk orang-orang yang baru saja selesai solat zuhur.
Serupa askar Yahudi tangkap dan serang orang Islam Palestin dalam masjid di
Palestin.

Di tepi hi-way dekat Bkt Kemuning, orang-orang Indon yang sedang duduk
memerhati dari jauh juga ditempak dengan gas pemedih mata.

FRU menangkap dan membelasah orang ramai yang tidak sempat lari menyelamatkan
diri termasuk orang awam yang tidak tahu apa-apa. Memang FRU ini bagaikan
binatang anjing yang apabila dibunyikan loceng, mereka serang. Dibunyikan
loceng sekali lagi, mereka berpatah balik. Dibunyikan dua kali berturut2,
mereka masuk trak. Memang macam binatang. Kalau ada saudara mara kita yang
jadi FRU, suruh berhenti ajalah; carikanlah kerja lain untuk mereka daripada
dilaknat oleh Allah dan manusia seluruhnya.

Dalam keadaan terperangkap di hi-way itu, ada orang yang lapar dan dahaga. Ada
anak-anak kecil yang nak minum susu. Ada orang tua yang sudah tidak larat. Ada
orang perempuan yang terlalu letih berada di bawah panas matahari. Tetapi
polis FRU tidak peduli itu semua. Mereka terus menghujani kami semua dengan
air gas dan gas pemedih mata. Itulah arahan Mahathir, Mahafiraun, Mahazalim
kepada polis. Dollah Badawi sebagai Menteri Dalam Negeri juga bertanggungjawab
ke atas apa yang berlaku ini. Kami tetap melaknat kamu berdua sampai akhir
hayat kami.

Dalam keadaan yang begitu sesak itu, saya sempat bertanya kepada ramai orang
di sana apakah sekiranya ada satu lagi panggilan untuk demo di hi-way, mereka
sedia turun. 100% kata mereka sedia turun. Tidak kurang 50 orang yang saya
tanya dalam catatan nota kecil saya, mereka bersedia untuk turun lagi, dan
kali ini perlu dirancang dengan lebih rapi. Malah ada seorang korporat yang
membawa Merc. mata belalang menyarankan supaya perhimpunan 100,000 orang yang
akan datang dibuat di hi-way KLIA. Saya kira itu cadangan yang cukup baik!!!!

Katanya kalau kita demo di bandar, polis dan FRU boleh blok kita, tetapi kita
demo di hi-way, kita yang blok mereka. Malah polis FRU tidak berani secara
terpisah-pisah (isolated) masuk celah-celah kereta kerana kalau silap hari
dalam kereta ada parang, kayu, belantan dan senapang yang menghujani kepala2
FRU binatang ini. 

Kalau demo yang dirancang di KESAS berjaya, maka di KLIA lebih mudah lagi.
Kita mesti buat, katanya. Kalau di KESAS banyak kontena tersangkut tak sampai
ke Pelabuhan Kelang tetapi kali ini, kalau kita di hi-way KLIA, maka sudah
pasti banyak kapalterbang yang tidak akan naik. Kita mesti beri tekanan kepada
Mahathir dan Dollah Badawi in supaya mengembalikan hak rakyat. 

PERHIMPUNAN 100,000 orng rakyat MAlaysia akan datang di KLIA! sekiranya
Mahathir dan Dollah tidak memberikan permit kepada kita untuk berkumpul di
Stadium Bukit Jalil. Stadium ini dbuat dengan keringat dan duit rakyat,
mengapa kami tak boleh sewa dan gunakan Stadium ini? Mengapa?

Semarakkan perjuangan rakyat! RE-for-ma-si 3x Allahuakbar!



____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://home.netscape.com/webmail

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke