*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ----- Original Message ----- From: Muhammad Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> To: <[EMAIL PROTECTED]> Sent: Monday, November 06, 2000 4:38 PM Subject: [jim-kl-net] Perhimpunan 100,000 lapuran sebenar - sila forward dan edarkan > Sila forwardkan ke semua net dan sila cetak dan sebarkan dimasjid-masjid dan > kepada jiran tetangga anda. Media kerajaan membohongi rakyat. Sila baca > lapuran berikut mengenai peristiwa sebenar yang berlaku di Bandaraya Shah > Alam pada hari Ahad 5 November 2000. > > > > Perhimpunan 100,000 Rakyat Berjaya !!! > > Shah Alam, Ahad: Perhimpunan 100,000 Rakyat semalam telah berjaya diadakan > di Lebuh-raya KESAS di dalam bandaraya Shah Alam. Perhimpunan Raksaksa > tersebut telah menyaksikan lebih dari 120,000 rakyat Malaysia berbilang kaum > dari seluruh negara berhimpun dan usaha-usaha pihak polis menentang aspirasi > rakyat telah gagal sama-sekali. > > Perhimpunan tersebut telah dirancang untuk diadakan di Kg. Jalan kebun > diatas tanah persendirian yang juga merupakan Markas Parti keAdilan Shah > Alam. Ini diputuskan setelah beberapa percubaan mendapatkan kebenaran > menggunakan Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam > ditolak tanpa sebarang alasan oleh pengurusan-pengurusan lokasi-lokasi > tersebut. Beberapa usaha mendapatkan permit polis untuk perhimpunan di > Markas tersebut juga telah tidak mendapat sebarang jawaban dari pihak Polis. > Ini menunjukkan bahawa pihak Polis kini adalah tidak bebas dan tidak > professional malah cuma mengikut telunjuk Barisan Nasional. Pihak Polis > tidak lagi menuruti perlembagaan negara bila ia tidak memberikan hak-hak > rakyat untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang diperuntukan di dalam > perlembagaan. Menyedari hakikat ini pihak penganjur telah tidak ada pilihan > lain melainkan untuk meneruskan perhimpunan tersebut di tempat yang > dikirakan sebagai tempat yang paling sesuai dan sudah pasti tidak akan > menimbulkan sebarang masalah dan keganasan. > > Niat baik ini telah dihalang oleh pihak Polis dimana pihak Polis telah > mencerobohi tanah persendirian tersebut dan menahan 5 orang dikawasan > terebut termasuk tuan punya tanah sehari sebelum perhimpunan tersebut. Semua > jalan masuk ke kawasan tersebut juga telah disekat. Manusia merancang > perancangan Allah adalah jauh lebih baik, lalu dalam cuaca yang cukup baik > Allah telah memberikan tempat yang juga cukup baik untuk tujuan perhimpunan > ini, iaitu di atas Lebuh-raya KESAS itu sendiri. > > Perhimpunan utama yang berlaku menyaksikan deretan kenderaan merentasi > ketiga-tiga tol disepanjang Lebuh-Raya KESAS. Diatas Lebuh-raya dimana > pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif berucap telah terdapat lebih dari > 100,000 rakyat. Usaha pihak Polis menyekat kesemua jalan-jalan masuk ke > Lebuh-raya KESAS juga menyaksikan puluhan ribu rakyat yang ingin menyertai > perhimpunan tersebut tersekat di jalan-jalan masuk ke Lebuh-raya tersebut. > > Pada peringkat awal perhimpunan, sekitar jam 1:15 petang lebih dari 5000 > rakyat telah berkumpul di tepian Lebuh-raya KESAS selepas simpang ke Jalan > Kebun. Perhimpunan tersebut terpaksa diadakan disitu setlah jalan masuk ke > Jalan Kebun telah dihalang oleh pihak Polis. Sekatan telah dilakukan oleh > pihak Polis di tol ketiga KESAS apabila melihat jumlah rakyat yang berkumpul > mencapai angka yang terlalu ramai. Di dalam suasana yang meriah kelihatan > para REFORMIS mengibarkan bendera-bendera barisan Alternatif. Pihak polis, > FRU dan PGA telah bertindak ganas dengan menyemburkan air asid kepada para > rakyat termasuk kepada mereka yang sedang solat Zuhur di tanah lapang di > tepian jalan raya. REFORMIS yang menunggu kehadiran pemimpin mereka telah > tidak berganjak malah telah menyekat kemaraan lori Penyembur Asid dengan > kenderaan mereka. Pihak polis, FRU dan PGA kemudiannya telah menghentak dan > memukul kenderaan para REFORMIS dan dalam episod seterusnya berlaku kejar > mengejar dan pertembungan apabila para REFORMIS cuma bergerak sedikit demi > sedikit disepanjang Lebuh-Raya tersebut. Para REFORMIS seterusnya bersurai > untuk berkumpul semula dengan pemimpin mereka di kawasan Tol setelah > bertembung dengan Polis,FRU dan PGA dalam permainan "cat and mouse" sejauh > lebih 10 km. > > Perhimpunan kecil di jalan-jalan masuk yang juga menyaksikan keganasan FRU > yang menembakkan gas pemedih mata kepada para pemerhati dan mereka yang > ingin masuk menyertai perhimpunan utama. Lebih dari 10 lokasi berlaku > pertembungan sebegini yang menyaksikan disetiap lokasi ribuan rakyat > dihalang dari menyertai perhimpunan utama diatas Lebuh-raya KESAS. > > Diatas Lebuh-raya KESAS pula perhimpunan telah berjalan dengan begitu > bersemangat sekali dimana 100,000 rakyat telah mendengar amanat-amanat dari > keempat-empat pemimpin parti-parti Barisan Alternatif dan pemimpin-pemimpin > REFORMIS dan NGO-NGO. Perhimpunan tersebut juga telah melancarkan kempen > "NYAH MAHATHIR". Perhimpunan tersebut berakhir pada sekitar jam 5.00 petang > apabila perhimpunan diserang dengan semburan air asid dan ditembak dengan > gas pemedih mata. > > Keganasan pihak Polis, FRU dan PGA amat tertonjol dengan penyerangan bacul > keatas rakyat yang berhimpun secara aman dengan tidak membawa apa-apa > senjata. Provokosi yang dilakukan keatas rakyat dan keganasan yang berlaku > seterusnya menyaksikan kanak-kanak, perempuan dan orang-tua turut menerima > padah simbahan air asid dan tembakan gas pemedih mata. Amat menyedihkan > apabila rakyat yang berada dalam kereta juga dipecahkan cermin kereta mereka > dan diseret keluar untuk dipukul dan di tahan. Polis, FRU dan PGA dengan > tidak berperi kemanusiaan membelasah tahanan dan mereka yang sedang berlari > dengan belantan. Kenderaan-kenderaan yang berada dikawasan tersebut juga > telah dirosakkan dengan dipancitkan tayar, dipecahkan cermin, ditendang, > dimukul dan dicalar. > > Didalam insiden yang berlaku seramai 122 orang telah ditahan, usaha-usaha > mendapatkan maklumat mengenai mereka yang ditahan tidak dilayan oleh pihak > polis. Sehingga jam 12:00 tengah-hari Isnin 6 November tahanan-tahanan > belum dikenal pasti kesemuanya kerana pihak Polis enggan bekerjasama > memberikan nama-nama mereka yang ditahan. > > Gambar-gambar perhimpunan akan disiarkan oleh jurugambar-jurugambar yang > sempat merakamkan peristiwa tersebut, sementara itu Sin Chew Jit Poh ada > menyiar gambar-gambar perhimpunan bersejarah ini didalam terbitan akhbar > Isnin 6 November 2000. > > Lapuran > Muhammad Abdullah > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Aris Adnan <[EMAIL PROTECTED]>