Aris Adnan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Sila forwardkan ke semua net dan sila cetak dan sebarkan dimasjid-masjid
dan
> kepada jiran tetangga anda.  Media kerajaan membohongi rakyat.  Sila baca
> lapuran berikut mengenai peristiwa sebenar yang berlaku di Bandaraya Shah
> Alam pada hari Ahad 5 November 2000.
>
>
>
> Perhimpunan 100,000 Rakyat Berjaya !!!
>
> Shah Alam, Ahad: Perhimpunan 100,000 Rakyat semalam telah berjaya diadakan
> di Lebuh-raya KESAS di dalam bandaraya Shah Alam. Perhimpunan Raksaksa
> tersebut telah menyaksikan lebih dari 120,000 rakyat Malaysia berbilang
kaum
> dari seluruh negara berhimpun dan usaha-usaha pihak polis menentang
aspirasi
> rakyat telah gagal sama-sekali.
>
> Perhimpunan tersebut telah dirancang untuk diadakan di Kg. Jalan kebun
> diatas tanah persendirian yang juga merupak! an Markas Parti keAdilan Shah
> Alam. Ini diputuskan setelah beberapa percubaan mendapatkan kebenaran
> menggunakan Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam
> ditolak tanpa sebarang alasan oleh pengurusan-pengurusan lokasi-lokasi
> tersebut.  Beberapa usaha mendapatkan permit polis untuk perhimpunan di
> Markas tersebut juga telah tidak mendapat sebarang jawaban dari pihak
Polis.
>   Ini menunjukkan bahawa pihak Polis kini adalah tidak bebas dan tidak
> professional malah cuma mengikut telunjuk Barisan Nasional. Pihak Polis
> tidak lagi menuruti perlembagaan negara bila ia tidak memberikan hak-hak
> rakyat untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang diperuntukan di dalam
> perlembagaan.  Menyedari hakikat ini pihak penganjur telah tidak ada
pilihan
> lain melainkan untuk meneruskan perhimpunan tersebut di tempat yang
> dikirakan sebagai tempat yang paling sesuai! dan sudah pasti tidak akan
> menimbulkan sebarang masalah dan keganasan.
>
> Niat baik ini telah dihalang oleh pihak Polis dimana pihak Polis telah
> mencerobohi tanah persendirian tersebut dan menahan 5 orang dikawasan
> terebut termasuk tuan punya tanah sehari sebelum perhimpunan tersebut.
Semua
> jalan masuk ke kawasan tersebut juga telah disekat. Manusia merancang
> perancangan Allah adalah jauh lebih baik, lalu dalam cuaca yang cukup baik
> Allah telah memberikan tempat yang juga cukup baik untuk tujuan
perhimpunan
> ini, iaitu di atas Lebuh-raya KESAS itu sendiri.
>
> Perhimpunan utama yang berlaku menyaksikan deretan kenderaan merentasi
> ketiga-tiga tol disepanjang Lebuh-Raya KESAS.  Diatas Lebuh-raya dimana
> pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif berucap telah terdapat lebih dari
> 100,000 rakyat.  Usaha pihak Polis menyekat kesemua jalan-jalan masuk ke
> Lebuh-ra! ya KESAS juga menyaksikan puluhan ribu rakyat yang ingin menyertai
> perhimpunan tersebut tersekat di jalan-jalan masuk ke Lebuh-raya tersebut.
>
> Pada peringkat awal perhimpunan, sekitar jam 1:15 petang lebih dari 5000
> rakyat telah berkumpul di tepian Lebuh-raya KESAS selepas simpang ke Jalan
> Kebun.  Perhimpunan tersebut terpaksa diadakan disitu setlah jalan masuk
ke
> Jalan Kebun telah dihalang oleh pihak Polis.  Sekatan telah dilakukan oleh
> pihak Polis di tol ketiga KESAS apabila melihat jumlah rakyat yang
berkumpul
> mencapai angka yang terlalu ramai.  Di dalam suasana yang meriah kelihatan
> para REFORMIS mengibarkan bendera-bendera barisan Alternatif.  Pihak
polis,
> FRU dan PGA telah bertindak ganas dengan menyemburkan air asid kepada para
> rakyat termasuk kepada mereka yang sedang solat Zuhur di tanah lapang di
> tepian jalan raya. REFORMIS yang menunggu kehadir! an pemimpin mereka telah
> tidak berganjak malah telah menyekat kemaraan lori Penyembur Asid dengan
> kenderaan mereka.  Pihak polis, FRU dan PGA kemudiannya telah menghentak
dan
> memukul kenderaan para REFORMIS dan dalam episod seterusnya berlaku kejar
> mengejar dan pertembungan apabila para REFORMIS cuma bergerak sedikit demi
> sedikit disepanjang Lebuh-Raya tersebut.  Para REFORMIS seterusnya
bersurai
> untuk berkumpul semula dengan pemimpin mereka di kawasan Tol setelah
> bertembung dengan Polis,FRU dan PGA dalam permainan "cat and mouse" sejauh
> lebih 10 km.
>
> Perhimpunan kecil di jalan-jalan masuk yang juga menyaksikan keganasan FRU
> yang menembakkan gas pemedih mata kepada para pemerhati dan mereka yang
> ingin masuk menyertai perhimpunan utama.  Lebih dari 10 lokasi berlaku
> pertembungan sebegini yang menyaksikan disetiap lokasi ribuan rakyat
> dihalang dari ! menyertai perhimpunan utama diatas Lebuh-raya KESAS.
>
> Diatas Lebuh-raya KESAS pula perhimpunan telah berjalan dengan begitu
> bersemangat sekali dimana 100,000 rakyat telah mendengar amanat-amanat
dari
> keempat-empat pemimpin parti-parti Barisan Alternatif dan
pemimpin-pemimpin
> REFORMIS dan NGO-NGO.  Perhimpunan tersebut juga telah melancarkan kempen
> "NYAH MAHATHIR".  Perhimpunan tersebut berakhir pada sekitar jam 5.00
petang
> apabila perhimpunan diserang dengan semburan air asid dan ditembak dengan
> gas pemedih mata.
>
> Keganasan pihak Polis, FRU dan PGA amat tertonjol dengan penyerangan bacul
> keatas rakyat yang berhimpun secara aman dengan tidak membawa apa-apa
> senjata.  Provokosi yang dilakukan keatas rakyat dan keganasan yang
berlaku
> seterusnya menyaksikan kanak-kanak, perempuan dan orang-tua turut menerima
> padah simbahan air asid dan tembakan g! as pemedih mata.  Amat menyedihkan
> apabila rakyat yang berada dalam kereta juga dipecahkan cermin kereta
mereka
> dan diseret keluar untuk dipukul dan di tahan.  Polis, FRU dan PGA dengan
> tidak berperi kemanusiaan membelasah tahanan dan mereka yang sedang
berlari
> dengan belantan.  Kenderaan-kenderaan yang berada dikawasan tersebut juga
> telah dirosakkan dengan dipancitkan tayar, dipecahkan cermin, ditendang,
> dimukul dan dicalar.
>
> Didalam insiden yang berlaku seramai 122 orang telah ditahan, usaha-usaha
> mendapatkan maklumat mengenai mereka yang ditahan tidak dilayan oleh pihak
> polis.  Sehingga jam 12:00 tengah-hari Isnin 6 November tahanan-tahanan
> belum dikenal pasti kesemuanya kerana pihak Polis enggan bekerjasama
> memberikan nama-nama mereka yang ditahan.
>
> Gambar-gambar perhimpunan akan disiarkan oleh jurugambar-jurugambar yang
> sempat mer! akamkan peristiwa tersebut, sementara itu Sin Chew Jit Poh ada
> menyiar gambar-gambar perhimpunan bersejarah ini didalam terbitan akhbar
> Isnin 6 November 2000.
>
> Lapuran
> Muhammad Abdullah
>
>









eGroups Sponsor




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke