www.harakahdaily.com

Hamid Othman buat kenyataan `Harakah mendakwa PM murtad' - TV3

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Kedua-dua saksi utama TV3 mengaku, tuduhan `Harakah yang mendakwa Perdana Menteri murtad' sebagaimana yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 18 Ogos 1997 adalah satu perkara yang serious.

Bekas Ketua Pengarah Operasi TV3, Mohd Yunus Mohd Said dan Penerbit rancangan Buletin Utama tersebut, Rozaireen Ibrahim membuat pengakuan itu ketika memberikan keterangan saman RM60 juta Harakah terhadap TV3.

Bagaimanapun kedua-dua saksi defendan tersebut menyatakan, TV3 menyiarkan penyataan tersebut berdasarkan kenyataan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Hamid Othman.

"Oleh kerana menteri yang menjadi sumber berita itu adalah menteri yang menjaga Pusat Islam, kita yakin dengan kenyataannya berkaitan dengan murtad," kata Yunus ketika memberikan keterangan.

Rozairin pula berkata, beliau tidak pernah sampai sekarang ditunjukkan satu keratan akhbar Harakah yang melaporkan rencana yang mendakwa Perdana Menteri murtad.

"Saya ada ditunjukkan satu keratan berita kenyataan seorang bekas mufti yang disiarkan Harakah," kata Rozaireen.

Sebelum itu, beliau berkata, tidak pernah membaca Harakah kerana Harakah untuk ahli PAS sahaja dan dia bukan ahli PAS.

Yunus ketika memberikan keterangan berkata, TV3 berhak untuk menyiarkan atau tidak menyiarkan sesuatu kenyataan menteri.

Bekas Setiausaha Agung PAS, Ustaz Halim Arshat, bagi pihak Harakah menyaman Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3, Pengarah Operasinya ketika itu, Yunus Said dan Penerbit Buletin Utama itu, Rozaireen berikut dari tersiarnya penyataan "Harakah yang mendakwa Perdana Menteri murtad." dalam Buletin Utama 18 Ogos 1997.

Sebelum ini, saksi-saksi Harakah iaitu Pengarah Urusan Harakah, Dato' Hishamudin Yahya, Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong dan Pemberita Harakah dari kedah menafikan Harakah pernah menyiarkan penyataan tersebut. Harakah diwakili oleh Mohammad Hanipa Maidin, TV3 diwakikili oleh P H Looi manakala Dato' R K Nathan bertindak sebagai hakim.

Dalam keterangannya, Yunus sebagai Pengarah Operasi TV3 berkata, beliau tidak terlibat dalam proses penerbitan program-program berita tersebut.

Rozaireen, sebagai Penerbit pula berkata, beliau tidak bertanggungjawab untuk menentukan kesahihan sesuatu berita kerana masing-masing ada tugasan.

"Ia adalah tanggungjawab wartawan penyiaran dan Editor Tugasan atau penolong beliau yang mengedit skrip tersebut," kata Rozaireen.

Ketika ditanya, siapakah Editor Tugasan atau penolongnya yang bertugas ketika itu, Rozaireen berkata beliau tidak ingat kerana ia dibuat secara bergilir-gilir.

"Penulis skrip berita tersebut adalah Abdul Malek, iaitu wartawan penyiaran," kata Rozaireen.

Ketika ditanya oleh peguamnya, Rozaireen berkata, pihak pengurusan TV3 ada berusaha untuk mengenalpasti Editor Tugasan atau pembantunya yang mengedit berita berkenaan, tetapi tidak berjaya.

Yunus dalam keterangannya juga berkata, penonton Buletin Utama ketika siaran itu dibuat kira-kira satu juta orang.

Rozairin pula bersetuju, bahawa Buletin Utama boleh mempengaruhi ramai penonton kerana ia disiarkan dalam waktu perdana.

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke