*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

[EMAIL PROTECTED] wrote:

>Nampaknya para pejuang Islam terunggul dimalaysia tak henti
>henti menyerang mail box saya,

Adakah sdra boleh pasti 100% ianya tidak dilakukan oleh 
pihak ketiga? 

>"mencarut" dan sememangnya benar direstui oleh orang
>Pas yang mana tuhan juga mencarut...

Sdra tak setuju dengan kata2 T.G Nik Aziz?  Sdra ada pernah
dengar penjelasan dari NA, apa yang dia maksudkan, dan
apa dalilnya? Sdra tidak langsung ingin berprasangka baik
dengan orang seperti NA?  

>Saya teringat siTiger pernah mengadu diserang oleh orang 
>Umno dengan virus dan gambar lucah dan hari ini saya 
>diserang oleh orang pas dengan virus dan gambar lucah...
>yang membuktikan pas dan umno 2x5=10 tidak ada beza 
>keduanya......

Kenapa tak tanya Tiger bagaimana dia tahu itu kerja orang
Umno. Tapi apa bukti yang sdra ada untuk mengatakan itu 
kerja orang Pas? Seandainya itu bukan datang dari orang Pas,
maka sdra yang berakhlak mulia tela membuat satu fitnah.
Sdra tau bagaiman nak hilangkan fitnah?  Apakah tidak 
mungkin langsung dibuat oleh pihak ketiga supaya tuduhan 
akan dilimparkan kepada Pas (seperti yang sdra buat 
sekarang)?  

>Namun umno nampak pandai buat kerja dan nampak pula
>pada pas hanya pandai berkata kata......bukan sahaja pandai
>berkata kata tapi juga liar dalam tindak tanduk......

Tak apalah sdra. Jika sdra begitu terpikat dengan kerja2
orang umno, itu hak sdra. Jangan pula tindakan sdra 
memberi perangsang kepada orang2 zalim dalam Umno meneruskan
agenda mereka.  Sdra yang cair hadith & Al-Quran tentu tak 
lupa akan amaran supaya jangan cenderung kepada kezaliman.

>Saya tahu siapa yang menyerang saya dan insyaallah saya 
>dapat mengesan nya...tapi apalah gunanya

Sila sdra dedahkan identitinya ke maintainer. Namanya boleh
dikeluarkan jika benar. Sdra ni tak habis2 berburuk sangka
dengan maintainer (sila baca subjek sdra diatas). Maintainer
hanyalah beberapa individu yang bekerja dan dengan rela
membiayai kos list ini dengan duit sendiri supaya netters
dapat berhubung. Sdra mahu pula mereka monitor setiap
mail? Pandai2lah netter yang dah baligh ini menggunakannya.

>......saya kesini untuk berbincang tentang islam bukan 
>untuk mencari sengketa dan islam melarang seperti itu....
>Namun saya teringatkan kata kata seorang sahabat dalam 
>ruangan ini "jangan pakaikan kalung emas ditengkok khinzir
>nanti habis terpalit najis" Dan begitulah kenyataannya....
>yang tak dapat saya nafikan......lagi ......

Sedari awal lagi saya perhatikan sdra ini begitu tangkas
membuat conclusion. Satu dua incident sudah cukup untuk
menghukum keseluruh jamaah - seolah2 sdra sedang mengikut
satu jadual tertentu. Sdra macam tak dapat bezakan dasar 
jamaah dan cakap2 individu. Beginikah akhlak baik yang sdra
selalu perkatakan? Tengok aje perumpamaan yang sdra gunakan.

>Bagi saya ruangan ini tidak sesuai untuk Islam yang suci 
>dangan itu saya menyeru pada netters sekelian supaya 
>sentiasa berhati hati..tidak ada kebenaran disini.....
>!!!!!!! Wassalam.......TAKBIRRRRRR............

Terpulanglah pada sdra. Kalau sdra fikir akhlak sdra
begitu murni dan tak layak berada disini, itu hak sdra.
Kalau sdra fikir kebenaran hanya ada di mailing list
umno atau yang lain2, sdra bebas memilihnya. Kekadang
terlintas juga dikepala, apa missi anda sebenarnya. Sdra
begitu senang memuji umno walaupun ada kejahatan2nya begitu
serius seperti menghina hukum Tuhan. Sebaliknya sdra
begitu pantas menghukum Pas walaupun di pimpin oleh Ulama2 
yang begitu disegani masyarakat Islam seluruh dunia seperti 
Haji Hadi dan TG NA. Kita mungkin tak tahu dengan pasti niat
sdra. Kita hanya dapat menilai dari kata2 sdra, dan
nampaknya tak begitu cantik. 

Maafkan saya. Saudara mu dalam Islam.  

Sekian.

____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://home.netscape.com/webmail

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: nuriman abas <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke