*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam wbt,

Berdasarkan pada hadith yang sdr keluarkan dan juga berdasarkan pada Surah
AnNisaa' ayat 59-63, 105, 107; intipati yang boleh kita dapati iaitu:

1) ketaatan tidak gugur disebabkan kefasiqan
2) dan pendapat Imam Nawawi tidak gugur ketaatan disebabkan kezaliman
keywords: fasiq, zalim

3) perintah mengingkari taghut (AnNisaa':80)
4) larangan membela bagi orang-orang yang khianat (AnNisaa':105 & 107)
keywords: taghut, khianat

Olehkerana saya bukan orang arif, bagi warga yang arif dan juga yang
mempunyai rujukan spt asbabul-nuzul, tafsir dan istilah mungkin boleh share
komen dan beri penjelasan...

Dibawah disertakan terjemahan dan sedikit penjelasan asal yang saya
kemukakan:

Surah AnNisaa':
59)
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil
amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,
maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik
akibatnya.
 
60)
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah
beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan
sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah
diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka
dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.
(Note: Taghut = i. orang yang menetapkan hukum secara curang menurut hawa
nafsu, ii. berhala-berhala)
 
61)
Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang
Allah turunkan dan kepada hukum Rasul," nescaya kamu lihat orang-orang
munafik menghalangi dengan sekuat-kuatnya dari kamu.
 
62)
Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan
perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil
bersumpah "Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain
penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna".
 
63)
Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang didalam hati
mereka. Kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka, dan berilah mereka
pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa
mereka.
.
.
105)
Sesungguhnya Kami telah turunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran,
supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan
kepada mu, dan janganlah kamu menjadi penentang kerana (membela) orang-orang
yang khianat.
.
.
107)
Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati
dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu
berkhianat lagi bergelumang dosa.
 
Pada awal tahun ini (maaf tak ingat bulan dan hari), kalau ada warga Hizbi
yang berkesempatan mendengarnya, didalam rancangan Asbabul-Nuzul di Radio
Malaysia Selangor (kalau tak silap petang Jumaat) yang disampaikan oleh Ust.
Asmungi, ada menerangkan sedikit sebanyak tafsiran Surah Annisaa' ayat 59
ini.  
 
Pada ayat ini, perkataan "ATHI" iaini TAAT dituruti dengan kalimah "Allah"
dan "Rasul" tetapi bagi perkataan "ulil amri" (pemimpin) ianya didahului
dengan perkataan "wa" iaini "dengan". Kenapa ayat ini TIDAK berbunyi "ATHI
ULLAH WA ATHI URRASUUL WA ATHI ULIL AMRI" tetapi ianya berbunyi "WA ULIL
AMRI" tanpa perkataan "ATHI" atau "TAAT" sebelumnya.
 
Ustaz Asmungi menerangkan bahawa TAAT kepada Allah dan Rasul itu "absolute",
tiada bersyarat, jelas dan tidak boleh diragui. Tetapi taat kepada pemimpin
itu bersyarat.. dan dikuat dengan syarat iaitu apabila berlaku perselisihan
atau berlainan pendapat, rujukan dikembalikan kepada Allah dan RasulNya.
Dikuatkan lagi dengan ayat selanjutnya menyuruh kita mengingkari taghut.
 
-----Original Message-----
From: alQubah [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, November 07, 2000 10:26 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* RE : Layakkah Manusia Seperti Ini Disini!

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum..................
60)
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah
beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang
diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal
mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud
menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.
(Note: Taghut = i. orang yang menetapkan hukum secara curang menurut
hawa nafsu, ii. berhala-berhala)

-Hadith tu macamana pula?
Taghut juga tidak terbatas pada satu puak,dalam jamaah kita pun
berlambak taghut.(Jangan pejam sebelah mata, celik luas-luas)

-Hadith tu macamana pula?

--

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke