www.harakahdaily.com

Wakil BN yang cabar Mahfuz bertumbuk
Oleh Mat Zahari Ali

KUALA LUMPUR , 9 Nov (Hrkh) - Tindakan sebuah akhbar harian tempatan yang
mendakwa Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar mencabar Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) dari Tampin, Shahriman Abu Bakar bertumbuk diluar dewan
dikesali kerana Shahrimanlah yang sebenarnya mencabar Mahfuz bertumbuk.

Wartawan Harakah yang turut berada di Dewan Rakyat sendiri menyaksikan
bagaimana Shariman yang terlebih dahulu mencabar Mahfuz agar bertumbuk di
luar Dewan.

Peristiwa itu berlaku ekoran kelam kabut yang berlaku dalam Dewan Rakyat
apabila ramai wakil-wakil BN cuba mengganggu ketika wakil PAS Pokok Sena
membacakan usul berhubung apa yang dinamakan tindakan ganas polis semasa
Himpunan 100,000 rakyat Ahad lalu.

Wakil Tampin yang merupakan Exco Pemuda Umno itu melenting apabila Mahfuz
memperjelaskan bahawa pihak polis tidak membuat sebarang tindakan terha! dap
Pemuda Umno yang mengadakan berhimpunan di Dewan Perhimpunan Cina bulan
lalu.

Ketika berlaku pertengkaran tersebut Mahfuz menerangkan polis seharusnya
bertindak ke atas tindakan Pemuda Umno itu yang jelas mengeluarkan kata-kata
kesat yang boleh menghidupkan sentimen perkauman.

Menurut Mahfuz lagi, tindakan Naib Ketua Pemuda Umno, Abdul Aziz Sheikh
Fadzil memanjat pagar di hadapan Dewan Perhimpunan Cina tersebut merupakan
tindakan ganas dan melampau.

Serentak dengan itu, Shahziman bangun dan berkata " Oii ! jangan cakap
banyak kalau nak bertumbuk jom keluar dewan, jom, jom."

Melihat kepada cabaran tersebut Mahfuz berjalan untuk keluar dewan sambil
berkata " Jomlah, Jomlah kita keluar sekarang kalau berani"

Shahziman mengacah untuk keluar tapi ditarik oleh beberapa wakil BN. Semasa
kejadian itu berlaku, empat wartawan Harakah berada dalam Dewan dan duduk
berhampiran wakil dari Tampin itu.

Sementara i! tu, dalam ceramahnya malam tadi sekali lagi Mahfus menegaskan
bahawa wakil Tampin yang mencabar beliau bertumbuk di luar Dewan dan beliau
menyahut cabaran itu tetapi wakil Tampin itu dihalang oleh wakil-wakil BN
yang lain.

"Selepas sidang, seorang wartawan tanya saya, kenapa saya cabar wakil Tampin
itu bertumbuk... Saya kata, bukan saya cabar dia, dia yang cabar saya
dahulu. Saya sahut sahaja."

Sementara itu, Mahfuz belum boleh dihubungi untuk mengulas laporan akhbar
harian hari yang membuat laporan di muka depan akhbarnya kononnya, Mahfuz
yang mencabar wakil Tampin itu bertumbuk.


Comments ? E-mail Us






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke