*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Sekali-sekala tu kena korner sikit ke topik lain. Weekend baru lepas ni saya
sekeluarga balik Johor. Dalam perjalanan dari Shah Alam ke JB melalui
lebuhraya Plus, terdapat 3 kemalangan dan 2 daripadanya berlaku ketika
hujan. Bercakap pasal kemalangan jalanraya masa hujan ni, kat Federal Hiway
tu memang common sangat.

Dengan semangat Malaysia Boleh, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai
kematian yang tertinggi bersebabkan kemalangan jalanraya berbanding dengan
negara lain. Kemalangan jalanraya jugak adalah statistik tertinggi penyebab
kematian dalam statistik negara.

Berikut adalah pengamatan saya antara kesilapan-kesilapan pemandu
dijalanraya yang berpotensi menyebabkan kemalangan jalanraya untuk
dikongsikan dgn warga Hizbi:

1) Motorsikal yang lampu belakangnya tidak bernyala terutama waktu malam. 
Kalau driving tu, selalunya bila dah dekat baru lah perasaan ada motor kat
depan kita. Kadang-kadang tu nyaris jugak sebab bila laju 90-110, kalau
lebih apatah lagi...
Boleh dikatakan 20-40 peratus motosikal yang kita jumpa lampu belakang tak
menyala...
Tak risau ke depa ni akan keselamatan sendiri?? Risiko nak kena sondol dari
belakang amat tinggi...
Setengah-setengah tu siap bawak anak bini lagi... 
Hai! Kalau tak sayang diri, atleast pikir lah keselamatan anak bini kat
belakang tu!!!

2) Menukar lorong atau memotong dengan tidak memberi lampu signal. 
Tambah-tambah lagi kalau masa kenderaan banyak di lebuhraya. Tak terpikir ke
pemandu akan risiko kemalangan?
Agaknya depa ingat pemandu lain ni ada 'telepathy' kot, boleh baca pemikiran
depa!!!

3) Tak menyalakan lampu ketika hujan atau berkabus. 
Agaknya pemandu takut bulb lampunya tak tahan lama kot, sayang nak spend
beli bulb baru...
Apabila hari hujan, 'visibility' adalah agak rendah (ditambah lagi kalau
side mirror dengan side window berkabus) dan dengan memasang lampu dapat
membantu pemandu dalam kenderaan lain untuk 'nampak' kehadiran anda.
Apabila kenderaan lain turut memasang lampu, dengan sekali imbas kita dapat
mengagak kedudukan kenderaan lain...

4) Memasang 'hazard light' ketika memandu dalam hujan lebat atau pun sebab
yang tidak diketahui. 
'Hazard light' ni kan bertujuan untuk kenderaan yang tidak bergerak terutama
berhenti dibahu jalan kerana bagi kenderaan yang bergerak, lampu signal
tidak berfungsi apabila 'hazard light' digunakan. Ini boleh mengelirukan
pemandu lain apabila pemandu tersebut nak tukar lorong, memotong atau pun
membelok.

5) Kenderaan besar sepert lori dan bas yang lampu belakangnya kecil dan
comel (visual deception). 
Terutamanya pada waktu malam. Setengah kenderaan besar ni saiz lampu-nya tak
ikut ratio saiz kenderaan. Kenderaan besar dan berat biasanya bergerak lebih
perlahan dari kenderaan lain. 
Apabila kita memandu pada waktu malam, pandangan kita secara normal akan
cuba mengagak jarak kenderaan lain berdasarkan pada saiz cahaya. Jadi bagi
kenderaan besar yang lampu belakangnya kecil dan sedikit jumlahnya iaitu
hanya sepasang, selalunya jarak kenderaan agak mengelirukan (kita sering
sangka kenderaan didepan kita mempunyai jarak yang masih jauh lagi) dan kita
cuma dapat memastikan apabila kenderaan sudah agak dekat.
Oleh itu kenderaan besar ni kenalah pasang lampu belakang yang besar dan
juga mesti lebih dari sepasang. Sebab tu kalau kita tengok kebanyakan
lori-lori kepunyaan syarikat antarabangsa pasang lampu atas, bawah, tepi dll
ditambah lagi dgn pembalik cahaya just in case lampu tak nyala...

6) Terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan pada kelajuan yang tinggi
(tailgate). 
Ianya merupakan suatu perbuatan yang sangat merbahaya dimana walau sebaik
mana pun sistem brek kenderaan, apabila berlaku emergency braking, boleh
gerenti 99.9% kenderaan belakang memang tak boleh nak elak lagi.
Di New Jersey yang menggunakan sistem point untuk kesalahan trafik,
"tailgating" merupakan kesalahan trafik yang mempunyai point yang paling
tinggi menunjukkan betapa seriousnya 'offense' ini.

7) Tayar pecah terutama kenderaan berat (lori/bas). 
Tayar pecah lebih kerap dikalangan kenderaan berat berbanding dgn kenderaan
ringan. Kenderaan ringan biasanya tayar pancit dan jarang-jarang sampai
pecah. Kalau diperhatikan tayar pada kenderaan berat nampak begitu simple
tak seperti tayar kereta yang mempunyai macam bunga/kualiti/rating.
Kenderaan berat ini apabila berlaku kemalangan dengan kenderaan ringan,
biasanya kenderaan ringan memang parah...
Walaupun kenderaan berat (biasanya komersil) diwajibkan melalui pemeriksaan
keselamatan (1 atau 2 kali setahun??), tapi sering kita tengok kenderaan
berat tidak diambil berat oleh pemandu atau pemiliknya akan ciri-ciri
keselamatan spt tayar dah nak koyak, dah botak dsb. 
Saya pernah diberitahu seorang teman, terdapat amalan bagi pemilik kenderaan
komersil ini menyewa tayar (yang elok) sebelum melalui pemeriksaan puspakom.
Dan selepas lulus pemeriksaan, mereka tukar balik kepada tayar lama/buruk.
Lagi satu tayar kenderaan berat ni tinggi kosnya, amalan beli tayar celup
juga agak biasa.
Yang menyedihkan mereka-mereka ini lebih mementingkan kos melebihi
keselamatan orang lain dan diri sendiri...

8) Ambil lorong kiri untuk membuat belokan ke kanan (3 o'clock turn) di
bulatan.
Ikut logik akal, dah tau nak belok kanan, apasal ambik lorong kiri?? Kan
menyusahkan kenderaan dari lorong kanan untuk membuat 12o'clock turn! Kalau
tak caya, boleh bukak buku panduan jalanraya...

Mungkin yg lain-lain boleh tambah...




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke