*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MENTERI BESAR YANG TAKUT BERTEMU RAKYAT
======================================= 

Kawalan ketat ke atas Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Mohammad Khir Toyo, 
ketika lawatan beliau ke Ampang Jaya pada 11 November lepas membuktikan 
bahawa pimpinan UMNO-Barisan Nasional di Negeri Selangor sudah menyedari 
bahawa mereka tidak lagi diterima rakyat.

Di dalam lawatan pada malam Sabtu lepas, kawasan di sekitar Pejabat UMNO 
Bahagian Ampang Jaya di Pekan Ampang telah dikepung oleh pasukan keselamatan 
dengan laluan yang terhad diberikan kepada orang-ramai sama ada yang berjalan 
kaki ataupun yang menaiki kenderaan. Turut dikerah adalah beberapa trak Unit 
Simpanan Persekutuan ( FRU ) yang ditempatkan di sekeliling pejabat UMNO itu. 
Malah stesyen LRT Ampang yang yang lebih-kurang 400 meter dari tempat lawatan 
turut dikawal-ketat.

Di sini pihak kami tidaklah mahu mempesoalkan kehadiran pasukan keselamatan 
yang begitu ramai walaupun suasana di Pekan Ampang adalah bagaikan "zon 
peperangan" atau "war zone". Namun bagi seorang Menteri Besar yang memerlukan 
kawalan begitu ketat menunjukkan ketakutan yang amat sangat yang ada pada 
diri beliau untuk bertemu rakyat. Ini ditambah pula dengan "dosa-dosa" beliau 
menggadai Putrajaya kepada Kerajaan Pusat sebelum mendapat persetujuan rakyat 
maka tidaklah hairan jika Menteri Besar ini sentiasa dihantui perasaan takut 
dan curiga ke mana sahaja beliau pergi.

Keadaannya amatlah berlainan dengan Menteri Besar Kelantan yang telah 
beberapa kali melawat Ampang Jaya tetapi tanpa sebarang pengawal-pengawal 
peribadi yang khusus. Dan dengan itu amatlah memalukan apabila Menteri Besar 
Selangor merasakan dirinya tidak selamat di negerinya sendiri. Dan sudah 
tentulah Menteri Besar sedemikian dan parti yang beliau wakili tidak layak 
untuk terus memimpin rakyat.


Iskandar A. Samad
Setiausaha PAS
Kawasan Ampang Jaya
16 Sya'aban 1421 / 13 November 2000
[EMAIL PROTECTED]



-----------------------------------------------------
Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke