Assalamualaikum w w

Berikut adalah fakta-fakta yang insyaAllah dapat membantu kita memahami dan menjelaskan kedudukan sebenar peristiwa Palestin sebagai isu umat Islam sedunia. Catatan ini mungkin kurang lengkap, tapi yang ada sudah cukup untuk menunjukkan kita betapa murahnya darah kaum muslimin kini tanpa daulah yang melindunginya.

Kronologi pencabulan Israel ke Atas Umat Islam

1897

  • Kongres Zionis Antarabangsa di Basel, Switzerland

1901

  • Pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow pemilik Bank Yahudi dan dua pemimpin Yahudi lain menemui Khalifah Islam Sultan Abdul Hamid II. Mereka memberikan tawaran lumayan untuk membantu memakmurkan Daulah Islam yang berpusat di Turki (ketika itu sudah mendapat jolokan ‘Orang sakit Eropah’), tukarannya ialah membenarkan Yahudi keluar masuk dan menetap di Palestin sebebasnya. Sultan Abdul Hamid menolak tawaran itu mentah-mentah.
  • Pengasas Gerakan Zionis, Dr. Theodore Hertzil, berjaya memasuki Istanbul dengan bantuan Kaisar Wilhelm dari Jerman dan duta Jerman di Istanbul untuk memujuk Sultan Abdul Hamid II perkara yang sama. Sultan Abdul Hamid II tetap menolak, antara katanya, "..Aku tidak akan melepaskan walau segenggam tanah ini kerana ia bukan milikku, tapi hak umat Islam, umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiramnya dengan darah mereka. Kalau Daulah Khilafah Islamiyah dimusnahkan satu hari nanti, Yahudi bolehlah mengambil Palestin dengan percuma…"
  • Sultan Abdul Hamid II mengeluarkan keputusan tantang larangan bermigrasi bagi Yahudi ke Palestin (lihat Iyyad Hilal, Al-Qadhiyah Al-Falasthiniyyah, m/s 14).

1908-1909

  • Sultan Abdul Hamid II disingkirkan oleh Turki Muda Kebangsaan, (boneka Inggeris) dengan bantuan Yahudi. Daulah Islam diketuai oleh sultan-sultan boneka yang mengikut telunjuk Turki Muda Kebangsaan. Sistem pemerintahan berubah kepada sistem parlimen berperlembagaan, dengan khalifah sebagai ketua negara yang tidak berautoriti.
  • Inggeris, dengan dasar ‘pecah dan perintah’, mengapi-apikan semangat perkauman antara bangsa Turki dengan Arab. Turki Muda melakukan diskriminasi terhadap bangsa Arab. Bangsa Arab pula diperdaya dengan kepercayaan palsu bahawa ketua daulah Islam mestilah berketurunan Quraisy.

1916

  • As-Syarif Hussain di Makkah memberontak menentang khilafah (di Turki) dengan bantuan Perancis dan Inggeris.
  • Persetujuan Sykes-Picot oleh kuasa-kuasa Eropah membahagi-bahagikan tanah umat Islam.

1914-1918

  • Perang Dunia I, Daulah Islam kalah, tanahnya dibahagi-bahagikan kepada kuasa Eropah.
  • Britain berjaya mengambil Palestin. General Allenby mengeluarkan kenyataan "Perang Salib telah selesai!". General Perancis memijak-mijak kubur Salahuddin Al-Ayubi dan berkata: "Bangunlah hai Saladin! Inilah kami kembali kali kedua!"
  • Balfour menjanjikan tanahair bagi Yahudi di Palestin.

1924

  • Mustapha Kemal merampas kuasa dari khalifah, menghalau Khalifah Abdul Majeed II ke Switzerland, dan mengumumkan Republik Turki yang sekular. Umat Islam sedunia kehilangan pembelanya.

1947

- Resolusi PBB.

  • Bangsa Yahudi dari seluruh dunia berbondong-bondong menduduki Palestin.

1948

  • David Ben Gurion mengumumkan negara Israel di atas tanah Palestin.

1967

  • Israel merampas Al-Quds (Jerusalem), Tebing Barat, Ghazzah dan Sinai.

1982

  • Israel menyerang Lebanon. Peristiwa Berdarah Sabra dan Shatilla.

1990

  • Tentera Israel menyerang jamaah solat di Masjidil Aqsa, 18 terbunuh, 150 cedera.

1991

  • Persidangan Madrid: Israel, PLO, Jordan, Syria dll bersemuka melalui tekanan US, yang bertujuan untuk mengawal Israel melalui proses damai.

1993

  • Persetujuan ditandatangani antara Israel dan PLO di Washington.

1994

  • Peristiwa Berdarah Masjid Hebron, pendatang Yahudi Baruch Goldstein menembak jamaah subuh, 29 terkorban.
  • Israel dan Jordan menandatangani persetujuan, menyerahkan hak kaum muslimin ke atas tanah mereka.

1996

  • Israel menyerang Lebanon untuk melengahkan pelaksanaan persetujuannya dengan PLO.
  • Israel membuka terowong Al-Aqsa dalam satu lagi cubaan melengahkan persetujuan damai.
  • Israel membunuh 71 muslimin yang memprotes penggalian terowong itu.

2000

  • 25/7 - Persidangan Camp David, dengan pelakon utamanya, Laksamana A, B, C (Arafat, Barak, Clinton). Mahmud Abbas (Abu Mazin) salah seorang setiausaha Arafat berkata: "Jika halangan-halangan yang bertujuan menentang ketetapan perjanjian ini masih lagi berlangsung, maka ketika itu diperlukan serangan terancang untuk melenyapkan halangan-halangan berkenaan. Serangan itu berkemungkinan berkembang keluar dari sempadan Palestin."
  • 3/9 - Menteri luar Perancis, Hober Fedrin, membuat kenyataan: "Kunci penyelesaian Al-Quds dan tempat-tempat suci itu adalah dengan membahagi-bahagikan kekuasaan."
  • 28/9 – Ariel Sharon, menteri luar Israel, mengunjungi Sabra dan Shatilla, mencetuskan provokasi terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin melancarkan ‘Intifadah Al-Aqsa’. Tentera Israel melepaskan tembakan kejam ke atas penunjuk perasaan Palestin. Peristiwa berdarah berulang, sebagaimana yang telah disepakati oleh A, B, dan C.
  • 29/9 – Akhbar Israel, Jerusalem Post menyiarkan kenyataan Barak: "Mana-mana PM Yahudi tak akan sekali-kali menandatangani sebarang dokumen mahupun pakatan yang memindahkan kuasa atas Masjidil Aqsa kepada Palestin atau pertubuhan Islam."
  • 16/10 – Persidangan Sharm Al-Sheikh di kalangan pemimpin-pemimpin Arab untuk menghentikan Intifadah Al-Aqsa.

Rujukan:

http://www.khilafah.org

http://www.al-islam.or.id/tampil.php3?halaman=buletin&id=27

Abdul Qadeem Zallum, How the Khilafah was Destroyed, ISBN 1 899574 050, Al-Khilafah Publications, London, 1998. (Terjemahan kepada buku asal: Kaifa hudimat al-khilafah, 1962)

Timeline of the History of Islam (poster), Islamic Cultural Workshop, http://www.khalifornia.org

 

Umat akan terus-menerus dalam kehinaan selagi tiada daulah Islam yang melindunginya. Marilah kita bersatu atas dasar ukhuwah Islam melakukan perubahan yang mendasar dan menyeluruh agar izzah kita kembali. Kita tidak ubah seperti hidangan yang dikerumumuni oleh kafir dari pelbagai penjuru, tapi tak dapat mempertahankan diri kerana telah diserang penyakit 'Al-Wahn. (Mencintai dunia dan membenci mati). Semoga Allah bantu hamba-hamba-Nya yang berjuan dan memasukkan kita ke golongan hamba-hamba-Nya yang berjuang.

Wassalam.



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.
eGroups Sponsor

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
http://www.egroups.com/group/dakwah/

Bina empayar anda di Internet dengan Netmyne!!
http://www.netmyne2u.com/

Kirim email ke