*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Apalah sebabnya pelajar pompuan tak berapa minat nak masuk
jurusan pakar sakit pompuan.  Walhal, pelajar pompuan lebih
ramai yang masuk pusat pengajian tinggi, terutama jurusan
perubatan. Pensyarah, dentist, biologist, doktor, dll ramai
pompuan - maknanya bidang2 sukar bukan soalnya. 

Dalam pada tu, ramai pulak pompuan yang melakukan tugas2
yang agak menyegankan seperti mencukur bawah pusat pesakit
untuk operation, memasang wire2 untuk ECG test, dsbnya -
maknanya sifat malu bukanlah antara penghalangnya.

Infact, kalau tanya makbapa yang punya anak pompuan pun,
tak ramai yang inginkan anak2 mereka ambil bidang tu.  

Apasal?

Sekian

>-----------
>
>Terlalu sedikit doktor wanita pakar sakit puan - 
>UM Online (5/12/00)
>
>Saudara Pengarang,
>
>SEPERTI semua golongan wanita di negara ini, saya cukup
>gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita
>Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari 
>segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja
>profesional.
>
>Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca
>laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang
>menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan 
>dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. 
>Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai 
>seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah 
>ini telah sampai ke peringkat tenat!
>
>Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G,
>saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut
>bersama-sama saya.
>
>Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya
>perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar 
>sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab
>doktor-doktor wanita!
>
>Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan
>jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan
>tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para
>jururawat dan pesakit wanita kepada saya. 
>
>Bagaimanakah saya harus menjawabnya?
>
>Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan
>tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini
>tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan
>satu fardu kifayah? 
>
>Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah
>yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau
>mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau
>menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?
>
>Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih
>untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? 
>Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, 
>tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.
>
>Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka 
>pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa
>tempat sulitnya.
>
>Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun
>bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang 
>telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa
>sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya
>sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh
>doktor wanita.
>
>Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita
>yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa
>hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang
>diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita
>amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia. 
>
>Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki
>kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun
>kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawatan
>tinggi berbanding mereka.
>
>Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita
>tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara
>kita amat memerlukan.
>
>Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar
>memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu
>wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya 
>kedoktoran itu sendiri.
>
>Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari
>bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak
>bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai
>lelaki.
>
>Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana
>perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar 
>diuniversiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya 
>para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi 
>pakar sakit puan? 
>
>- DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan.  

>


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke