A'kum seme ...

kite ni kalu tak kene gaye ... lebih bahaya dari mereka yang kite tuduh 
bahaya dan menyesatkan ... !!!. kamu dah dapat keridhoan TUHAN ke ! . kalu 
belum tu jangan sebok sangat kesesatan orang lain , syiah tu InsyALLAH kite 
sama-sama hindari , tapi nifak di dada kite kalau tak diubati same je 
menjurus ke neraka , ... kan diam lebih baik dari bicara , tak gitu ust. 
fakhrull dan ust. qubah  ..... sapa pulak ni yang memartabatkan depa ni sbg 
ust., ... jangan masuk bakul pikul sendiri dah le !.

semoga kite semua dikurniakan lailatul qadar musim ini , saya jangka malam 
27 ... WALLAHu'alam.


>From: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Bahaya Syiah
>Date: Sat, 09 Dec 2000 13:50:45 +0800
>

_____________________________________________________________________________________
Get more from the Web.  FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com


*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum..............

Orang - orang Syiah dan orang - orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah
pasti akan bersifat biadap terhadap nabi - nabi dan rasul - rasul.

Maula Baqir Al-Majlisi meriwayatkan dalam kitabnya Biharu Al-Anwar (secara dusta)
daripada Nabi s.a.w. berkata kepada Ali " Wahai Ali ! engkau memiliki apa yang tidak
dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang
seumpamanya. Daripada engkau memperolehi 2 anak lelaki yang mana tidak ada
bagiku 2 orang anak lelaki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku
tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpanya Aku sendiri bapa
mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti
bapa mertuamu. Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saudara
seumpama Jaafar. Fatimah Al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akan ku dapat ibu
seumpamanya".

(Kitab Fiharu Al-Anwar-Kitabu Asy-Syahadah,J.5 hal 511)

Al - Kulaini menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat
Kenabian, Kerasulan dan Khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah berdusta atas
nama Jaafar As-Sadiq, bahawa beliau berkata : "Sesungguhnya Allah menjadikan
Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagi Nabi dan rasul dan
sesungguhnya Allah telah menjadikannya sebagai Rasul sebelum menjadikannya
sebagai Khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai Khalil sebelum
menjadikannya sebagai Imam". (Kitab Al-Hujjah Min Al-Kafi J.1 hal 175)

Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif At-Tammar bahawa beliau berkata : "Kami
pernah bersama Abi Abdillah a.s. dalam satu kumpulan di Hijjir Ismail, maka Abu
Abdullah berkata :"Adakah mata-mata gelap mengikut kita?" Kami pun berpaling ke
kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun. Maka beliau pun berkata :"
Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini (3 kali) kiranya aku berada di antara Musa
dan Khadir a.s. tentu aku menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih alim
dari mereka berdua apa yang tidak diketahui oleh mereka kerana sesungguhnya
mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau. Untuk mereka berdua tidak
dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari
Kiamat".

(Usul Kafi,J 1 Hal.261)

Diriwayatkan juga dari Jaafar As-Sadiq :" Sesungguhnya aku mengetahui apa yang
ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di Syurga dan di Neraka. Aku
mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang." (Ibid)

Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan nabi Yunus ditelan ikan
sehingga terpaksa terkurung didalam perut ikan sampai beberapa lama itu, tidak
kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari walayah Ali. (Tafsir Nurrul Tsaqalain
J.3 Hal.435).
 

Dipetik dari zabadi homepage
http://www.uum.edu.my/~masjid/gema2.html

Wassalam ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>



Kirim email ke