*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pening saya dibuatnya...

Kenyataan sdr alQubah:
ULAMA PEWARIS NABI ADALAH ULAMA YG MENERIMA PUSAKA DARI NABI.(Bukan yg lain
dari itu) 

Pertanyaan asal saya:
Ini tafsiran baru ke ni?
Terima pusaka yang macam mana ni?
Adakah terima seumpama para sahabat yang terima terus daripada Rasulullah
s.a.w ketika Rasulullah s.a.w hidup?
Atau yang mengikut tariqat yang titisan ilmu turun menurun yang asalnya dari
para sahabat yang mendapat ilmu terus dari Rasulullah s.a.w.?
Bersumber dari ulamak mana yang sdr sebutkan?

Seperti kanak-kanak main kejar-kejar pulak...
Kenapa cuba nak mengelak dari menerangkan kenyataan sdr sendiri???
Olehkerana sdr. alQubah yang mengeluarkan kenyataan sedemikian, sewajarnya
sdr alQubah sendiri yang menerangkannya.
Takkan kenyataan sdr tu orang lain pulak nak kena jelaskan.
Dan soalan saya ditujukan direct kepada sdr alQubah.
Saya kira soalan saya cukup jelas dan direct...

Seperkara lagi, cara sdr menjawab salam tu tak betul...
Itu cara jawab salam orang melayu...
jawab yang sebenar sepatutnya "Wa'alaikumussalam..." unless sdr gunakan
short-form yang biasa digunakan dalam e-mail.
Bukan apa, masa kecik-kecik dok sekolah agama dulu, ustaz selalu dok tegur
pasal jawab salam tak betul...

Memang betul kenyataan sdr yang Islam itu luas...
dan politik hanya sebahagian daripada agama...
tapi bila sdr ambik contoh umno sebagai parti politik yang memperjuangkan
agama tu, saya kurang setuju...
sejak dari kecil sehingga jadi belia yang mengikut pergerakan umno, setahu
saya bukan agenda, prinsip utama umno untuk memperjuangkan agama.
Kalau bangsa melayu memang tak dinafikan. Nama parti pun dah cukup jelas
"Pertubuhan Kebangsaan Melayu...".
Kalau tengok perlembagaan umno:

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan
Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta
menghormati prinsip kebangsaan beragama.

Semua orang tahu perlembagaan negara bukan perlembagaan Islam sebab
perlembagaan negara lebih tinggi dari undang-undang lain termasuk
undang-undang Tuhan...
Walaupun fasa 3.3 mengatakan menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam
tetap secara jelas dan terang umno tidak memperjuangkan keseluruhan syariat
Islam. Umno lebih mementingkan syiar Islam seperti yang sering dilaungkan
oleh Mahathir sendiri.

Adakah sdr tahu beza antara syiar dgn syariat?
Since Islam itu syumul termasuk muamalat, munakahat, siasah, jinayah dll,
kenapa umno yang mengaku memperjuangkan Islam tak nak melaksanakan syariat
Islam sepenuhnya sedangkan kuasa ada pada mereka?
Kenapa umno masih mengekalkan perkara haram/mungkar yang nyata spt judi,
arak, dsbnya?
Kenapa umno masih dipimpin oleh golongan pemimpin yang banyak melakukan
maksiat (arak, zina, judi, rasuah, dsb)?

Memang tak tolak hukum hudud!
Atau cuma menyokong pemimpin yang tak mahu melaksanakan hukum hudud...?
cuma menyokong pemimpin yang menghina hukum hudud...?
cuma menyokong pemimpin yang meletakkan undang-undang warisan kuffar lebih
tinggi dari hukum Allah?

Macammana nak kata umno parti Islam sedangkan pada DASAR dan perjuangannya
tidak Islam???
Kalau setakat umno nak menegakkan syiar Islam, kita terima kenyataan itu
tapi sayangnya parti yang sama juga menggugurkan kebanyakan SYARIAT Islam
yang tak bersesuaian dengan jiwa mereka...
Macammana nak kata umno parti Islam sedangkan ketuanya sendiri tidak
menjiwai Islam, amalan Islam pada dan keluarga masih jauh sekali (we are not
talking about rakyat marhain here, we are talking about the leader of
so-called parti Islam terbesar!!!).
Paling mudah, suruh je Mahathir jadi imam solat...

Kita tak kata pas itu sempurna...
sedangkan dalam umno ada pemimpin yang membela golongan anti-hadis, pemimpin
yang pi berbomoh/pawang, membantu gerakan kristian yang jelas menyelewang .

Just tengok pada dasar perjuangan dan perlembagaan, umno sudah jatuh "void".
Belum lagi perkara lain...

Lastly, jangan lupa jawab pertanyaan asal saya...
since itu adalah kenyataan sdr sendiri, maka sdr juga bertanggungjawab
menerangkannya...

Wassalam.

-----Original Message-----
From: alQubah [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Thursday, December 07, 2000 10:36 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: Hassan, Haslim; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Re: Satu lagi pilihanraya kecil di Kulim


Walaikum Salam....

Biar dia orang cari sendiri jawabnya.
Kan mereka kata ulamak ramai dalam pas.Biar mereka buktikan.
Biar mereka tanya tok guru mereka.
 Saya sekadar nak beritahu bahawa ilmu Allah itu luas,Bukan setakat yg ada
dalam acuan mereka (Pas).

Mengertilah Islam itu luas.
Ibadat,munakahat,muamalat,sakhsiah(politik),
Politik itu hanya sebahagian dari Agama,
Politik berparti itu hanya sebahagian dari Politik(sakhsiah),
Parti pas itu hanya sebahagian dari parti-parti politik yg memperjuangkan
agama(contohnya :pas,umno,..)

ranting takkan  sama dgn dahan
pas dan umno cuma ranting-ranting yang terbit dari dahan,
macamana ranting lebih besar dari pokok
macamana politik party lebih besar dan dari agama?

Lihatlah siapa yg mengasingkan politik dari agama?
yang kita asingkan parti parti (pas dan umno )adalah bukan agama
party-party itu hanya wadah untuk memperjuangkan sakhsiah yg ada dalam agama
maka party-party itu bukan aqidah
tidak ada dalam rukun iman wajib percaya kepada pas atau umno
kalau kita tidak percaya pd pas bukan tak percaya pd agama
tidak batal iman
bukan kita tolak hukum hudud
cuma kita tak mahu bersongkol dgn mereka
mereka membela syiah dan wahabi yg nyata menyeleweng aqidah dari sunnah

wassalam
=========================================================




jabat 786 wrote:

> Assalamu 'Alaykum.......
>
> Saya sokong ustaz alQubah.
>
> Boleh beri penjelasan selanjutnya.
>
> massalam.
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke