*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum....
Tangan tangan seperti inilah yang akan merosak kan dalil......dengan
akalnya........bagaimana pula nanti hudud ,,bimbang akan jua turut
menjadi begini...Wassalam mudah mudahan tuhan memberi pertunjuk.....

Tiger wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Polemik tajuk ini akan berterusan. Cuma panduan yang perlu kita
> ambil adalah makna dan tugas nabi-nabi (anbiya') itu. Zaman
> sebelum Nabi Muhammad, Allah telah mengutuskan banyak nabi-nabi
> kepada semua kaum dan bangsa di dunia. Setelah Nabi Muhammad
> wafat, maka pangkat kenabian sudah tamat ..dengan sendirinya
> tugas menyampaikan dakwah dan perjuangan Islam akan diteruskan
> oleh para ulama' .. maka inilah maksud ulama' itu pewaris nabi
> -nabi kerana pangkat itu sudah tidak ada lagi. Sebab itulah,
> mana-mana orang yang mengaku dirinya seorang nabi di zaman
> sudah tamatnya manusia berpangkat nabi, maka dia adalah pendusta.
>
> Kita tidak perlu fikir jauh, tugas menyampaikan ajaran-ajaran
> Al-Quran adalah tanggungjawab umat Islam itu sendiri. Antara
> sifat-sifat para anbiyai' ialah beramanah, benar dan berani
> menyampaikan mesej Islam. Usaha gigih seorang individu menyampaikan
> dakwah Islam kepada yang belum memeluk Islam adalah umpama
> kerja para anbiyai'. Sebab itu Al-Qur'an menyebut sikap yang
> berani mereka itu sebagai ...
>
> Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang
> murtad dari ugamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu
> kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya,
> yang bersikap lemah lembut terhadap orang mu'min, yang bersikap
> keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah,
> dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela...
> (Al-Maidah 5:54)
>
> Cuma sedikit kesimpulan yang mahu saya buat. Kalau sekadar bijak
> bercakap ugama tetapi penakut untuk beramar ma'ruf dan mencegah
> kemungkaran ..orang itu bukan pewaris nabi-nabi.
>
> Saya hendak mengulas sedikit isu terkini tentang usaha UMNO
> mengharamkan umat Islam bercakap politik atas mesjid dan
> surau. Jika benar UMNO adalah pewaris nabi-nabi, saya fikir
> adalah lebih bijak mereka menganjurkan majlis-majlis ilmu dan
> muzakkarah dan juga usrah membaca teks Tafsir Al-Qur'an dan juga
> teks Hadith di masjid-masjid dan surau. Maka boleh dijemput
> orangramai (tak kira PAS atau UMNO) menyertai "usrah" itu,
> berbincang dan bersoaljawab. Apa yang UMNO anjurkan ialah masjid
> itu hanya tempat beribadat, yang mana UMNO menyempitkan skop
> makna ibadat itu pada soal solat dan i'tikaf sahaja. Jika pihak
> pembangkang mengadakan majlis-majlis usrah, itupun termasuk
> dalam konsep ibadat dan memakmurkan tempat-tempat ibadat. Jika
> ada pihak menyentuh perkara politik sekalipun, itu tidak boleh
> dielakkan.
>
> Sila baca ayat berikut dan fahamilah maknanya, (sekiranya anda
> berada atas masjid) ... ayat Surah Hud 11:91-92 yang menceritakan
> tentang perdebatan antara Nabi Syu'aib dan kaumnya. Kaum Nabi
> Syu'aib melarangnya berdakwah dan mereka adalah orang-orang
> berfahaman kuat semangat patriotik bangsa. Oleh kerana terlampau
> bimbang dakwah Nabi Syu'aib boleh memecahbelahkan masyarakat
> kaumnya, maka pembesar-pembesar kaum Syu'aib memberi nasihat
> kepadanya supaya berhenti berdakwah. Mereka mampu menghukum Nabi
> Shu'aib, oleh kerana memikirkan dia juga adalah satu keturunan
> dengan mereka, maka tidak tergamak berbuat begitu. Walau bagaimana
> pun Nabi Syu'aib menegur sikap "patriotik" adalah salah dari
> segi hukum ugama yang mana teguran itu akan menyebabkan kaumnya
> bertambah marah kerana "mengkritik dasar kerajaan" !!!!
>
> Ya, memang "mengkritik dasar kerajaan" itulah yang membuat
> UMNO marah ketika berada atas masjid. Tetapi, Nabi Syu'aib telah
> membuat sesuatu yang wajar. Bukan sahaja dia menyampaikan mesej
> "laa ilaaha illa_LLah" secara terang-terang, bahkan MENGKRITIK
> pula dasar kerajaan.
>
> Beginilah kata-kata Nabi Syu'aib:
>
> "..wahai kaumku! Patutkan kaum keluargaku (kerana sama sebangsa
> denganmu) kamu pandang lebih mulia daripada Allah serta kamu
> pula jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan di-
> lupakan belakang kamu.." (Surah Hud 11:92)
>
> Dalam erti lain .."wahai orang Melayu UMNO, adakah fahaman
> patriotik menjaga bangsamu adalah lebih mulia yang mana kamu
> memperkecilkan setengah-setengah hukum-hukum Allah?" Demi
> menjaga kepentingan puak kamu UMNO, maka kamu melarang orang
> lain menggunakan masjid?
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke