*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayuh kita datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kita bawa air dan makanan sendiri untuk dikongsi bersama-sama.
Inspektor Dayang Safinah turut kita undang :)

Bagaimana dengan "Memo Bantahan Royalti Minyak Terengganu" ?
Kita sudah bertekad akan buat Perhimpunan 1,000,000 Rakyat jika hak 
Terengganu tidak di pulangkan kepada yang berhak.   Kalau Mahathir+Daim 
masih berdegil kita patut segera bertindak.  Kalau Telok Panglima Garang 
tidak muat kita boleh terus ke PuteraJaya atau KLIA.

Lawan terus lawan, sampai menang insyaAllah.
Undur Mahathir undur !!!




>From: Aris Adnan <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: Aris Adnan <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Aris Adnan <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Kenyataan Media Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
>Date: Mon, 18 Dec 2000 11:45:52 +0900
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>KENYATAAN MEDIA
>
>PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT
>20 JANUARI 2001
>
>
>  Satu majlis sambutan Hari Raya yang dinamakan Perhimpunan Raya 100,000
>Rakyat akan dianjurkan pada 20 Januari 2001, hari Sabtu bermula 2:30 petang
>bertempat di Lot 2106 Batu 9 ¼  Kampong Medan, Telok Panglima Garang, Kuala
>Langat Selangor.
>
>Sambutan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
>yang terdiri daripada beberapa orang ahli daripada jawatankuasa  yang
>merancang  Perhimpunan 100,000 Rakyat di Markas keADILan Jalan Kebun pada 5
>November yang lalu.
>
>Lokasi sambutan Hari Raya tersebut merupakan sebuah tapak tanah seluas 2
>ekar milik seorang nenek berusia 76 tahun yang amat bersimpati dengan para
>penyokong reformasi yang dihalang menghadiri perhimpunan aman di Jalan 
>Kebun
>pada 5 November lalu. Di atas rasa simpati tersebut beliau telah menawarkan
>kepada Jawatankuasa untuk menggunakan tapak tanah tersebut bagi tujuan
>sambutan Hari Raya.
>
>Kampong Medan, Telok Panglima Garang terletak kira-kira 4 kilometer dari
>Persimpangan Klang-Banting susur keluar Lebuhraya KESAS.
>
>Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat ini diadakan bagi meneruskan aspirasi 
>rakyat
>berhimpun secara aman serta beramah mesra mengukuhkan silaturahim di antara
>satu sama lain setelah sekian lama bersama-sama mendukung reformasi dan
>menegakkan keadilan. Bagi muslimin dan muslimat, Perhimpunan ini merupakan
>majlis untuk merayakan kejayaan mereka melaksanakan 'ibadah sepanjang
>Ramadan. Diharapkan semangat pengislahan diri dalam bulan Ramadan 
>Al-Mubarak
>menjadi bekalan penting bagi melonjakkan semangat reformasi pada 
>bulan-bulan
>seterusnya.
>
>Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat juga dianjurkan sebagai mengambil 
>kesempatan
>meraikan para penyokong Barisan Alternatif dan pendukung gerakan reformasi
>yang beragama Kristian yang menyambut Krismas pada 25 Disember ini. Pada
>masa yang sama juga perhimpunan yang akan diadakan menjelang Sambutan Tahun
>Baru Cina bertujuan untuk menghargai sokongan dan sumbangan masyarakat Cina
>dalam perjuangan menegakkan keadilan dan mendukung cita-cita reformasi
>politik dan ekonomi negara yang tercinta ini.
>
>Sambutan Hari Raya yang mengambil kira kedua-dua perayaan rakyat beragama
>Kristian dan masyarakat Cina ini amat selaras dengan cita-cita dan agenda
>Barisan Alternatif dan gerakan reformasi. Di samping itu, Perhimpunan Raya
>100,000 Rakyat ini juga mengambil langkah awal meletakkan asas kerjasama
>antara rakyat pelbagai agama seperti yang bakal diisytiharkan oleh
>Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa tahun 2001 adalah Tahun Dialog
>Antara Agama Sedunia.
>
>  Dalam kemesraan serta perpaduan pelbagai kaum dan agama ini, Perhimpunan
>Raya 100,000 Rakyat juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para
>penyokong Barisan Alternatif dan aktivis reformasi yang telah memberi
>sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit mereka dalam Pilihanraya Kecil DUN
>Lunas yang lalu. Sambutan Hari Raya kali ini juga bertujuan untuk meraikan
>kemenangan Barisan Alternatif di Lunas.
>
>Semua pimpinan tertinggi Barisan Alternatif yang terdiri daripada Presiden
>PAS, YB Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor, Presiden keADILan, YB Datin Seri Dr. 
>Wan
>Azizah Wan Ismail, Pengerusi Kebangsaan DAP, En. Lim Kit Siang dan Presiden
>PRM, Dr. Syed Husin Ali akan diundang untuk bersama-sama rakyat merayakan
>sambutan kali ini.
>
>Jawatankuasa menjangkakan lebih 100,000 orang penyokong Barisan Alternatif,
>wakil-wakil rakyat, penduduk tempatan, para aktivis NGO, aktivis reformasi,
>TPR (Tahanan Politik Reformasi) dan rakyat pelbagai lapisan dari seluruh
>negara akan menghadiri sambutan Hari Raya tersebut. Bagi tujuan itu, lebih
>500,000 naskhah poster dan risalah pengumuman akan dicetak dan diedarkan ke
>seluruh negara.
>
>Jawatankuasa juga mendapat bantuan daripada kedua-dua barisan pimpinan
>keADILan Bahagian Kuala Langat dan PAS Kawasan Kuala Langat bagi memastikan
>sambutan Hari Raya ini berjalan lancar. Jawatankuasa Kerja di peringkat
>Kuala Langat akan menjalankan urusan memaklum dan memberitahu pihak polis 
>di
>Balai Polis Daerah Banting dan balai-balai polis Telok Panglima Garang dan
>Telok Datok tentang sambutan ini. Seluruh keluarga dan anggota polis yang
>tidak bertugas di seluruh Kuala Langat juga turut diundang untuk merayakan
>sambutan Hari Raya bersama-sama rakyat.
>
>Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat akan memaklumkan majlis ini
>kepada SUHAKAM serta meminta mereka menghantar wakil untuk memantau majlis
>sambutan ini. Selain itu para wartawan daripada media-media tempatan dan
>luar negara juga akan turut diundang menghadiri perhimpunan ini.
>
>Sebagai mengenang sumbangan para TPR yang ditahan ekoran Perhimpunan 
>100,000
>Rakyat 5 November lalu, Tabung Satu Ringgit Seorang Rakyat akan dilancarkan
>dan kutipan derma orang ramai untuk mengumpulkan dana bagi pembiayaan wang
>ikat jamin para TPR akan diadakan ada hari tersebut.
>
>Hj. Saari Hj. Sungib
>Pengerusi
>Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
>[EMAIL PROTECTED]
>
>18 Disember 2000
>bersamaan dengan 22 Ramadan 1421
>
>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ismael AbdulRahman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke