Wa'alaikumussalam wbt,
 
InsyaAllah kalau pemerintah yang zalim diberi hidayah menjadi orang yang mutaqin (bukan sekadar 'alim sebab ramai yang 'alim -berilmu tapi salah gunakan ilmu atau pun ilmu yang salah), kami akan sokong...
Tetapi tidak selagi pemimpin itu zalim dan kufur...
 

Dan janganlah kamu cenderong kepada orang yang berlaku zalim, maka api neraka akan membakar kamu .. (Surah Hud 11:113)

Imam Hasan Al-Basri telah berkata:

"Tiga golongan manusia boleh diumpat: yang mengikut hawa nafsu, yang melakukan kefasikan secara terang-terangan dan imam (pemimpin) yang zalim."(Ihya Ulumuddin; Ibid)

Imam Nawawi telah berkata:

"(Diantara perkara yang harus diumpatkan) ialah tentang mereka yang mempunyai kekuasaan tetapi tidak menggunakannya di atas jalan yang hak ataupun mereka ini merupakan orang-orang yang fasik, lalai dan yang seumpamanya. Wajib diberitahu kepada pemimpin tertinggi agar dilucutkan jawatannya dan digantikannya dengan seorang yang lebih layak."(Al Azkar; Ibid)

 

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Surah Al-Ma'idah ayat 8)

Dan Kami telah turunkan kepada mu Al-Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang... (Al-Ma'idah ayat 48)

Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpa musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. (Al-Ma'idah:49)

Apakah hukuman jahiliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (Al-Ma'idah:50)

Sesungguhnya Kami telah turunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepada mu, dan janganlah kamu menjadi penentang kerana (membela) orang-orang yang khianat. (AnNisaa' :105)

WaAllahua'lam dan wassalam.

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, December 20, 2000 12:01 PM
To: Ahmad Chukari
Cc: Hassan, Haslim; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; alQubah; Temingat Di Belantara; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* kenapalah orang pas macam ni....?

Assalamualaikum...
Saya bukan anti hadis.....Saya ahlus sunnah yang menentang keras anti hadis.....kata kamu;
pemahaman saya yang bodoh. rahmat milik Allah yang diberi kepada sesiapa yang
dikehendakiNya. amal pula adalah usaha kita (perbuatan atau ucapan) kerana
mengharap redha dan keampunanNya. di antara keduanya ada kait-mengait. rahmat
mengiringi amal. kita dari golongan yang bodoh mengharapkan rahmat tanpa amal.

Masyaalah....inikah kamu seorang pejuang...inikah pemahaman kamu tentang islam....Demi Allah atas dasar kamu saudara islam saya ...saya berpesan pergilah mengaji dahulu...sebenar jawapan kamu menunjukkan kamu belum lagi duduk dalam aqidah sunnah.....mengikut sejarah ramai pemerintah  zalim setelah diberi petunjuk...menjadi alim.....dan yang alim kerana takbur Allah tutup hatinya dan menjadi kufur....kalau anda seorang mukmin pastinya anda kan berhati hati...

Ahmad Chukari wrote:

wa'alaikumussalam / assalamu'alaikum

pemahaman saya yang bodoh. rahmat milik Allah yang diberi kepada sesiapa yang
dikehendakiNya. amal pula adalah usaha kita (perbuatan atau ucapan) kerana
mengharap redha dan keampunanNya. di antara keduanya ada kait-mengait. rahmat
mengiringi amal. kita dari golongan yang bodoh mengharapkan rahmat tanpa amal.
entahlah kalau gitu fahaman dan pegangan sdra. kita harapkan dia berubah. tetapi
lebih teruk lagi ada le. dia amat takut kalau umat faham agama lantaran tazkirah
pun disekat di masjid-masjid. pelahap harta rakyat berterusan. tak ada pun
perubahan. mungkin menjelang hari raya aidilfitri ni, dia akan bertaubat di kaca tv
dan meminda perlembagaan umno untuk meletakkan Islam sebagai dasar dan membolehkan
umno-pas bersatu semata-mata kerana Allah. mudah-mudahan. entah apa yang sdra faham
dengan zalim. meletakkan sesuatu bukan ditempatnya adalah zalim. apa pula takrif
zalim bagi sdra. kalau ini pun kita tidak boleh bersetuju jangan mimpilah yang
lebih besar yang bersebabkan zalim itu tadi. sebelum berundur, sdra ni ada kena
mengena dengan anti hadis ke? maaf sekadar ingin tahu.

Kirim email ke