*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Tak nak komen banyak-banyak pasal kereta proton. Problem yang sdr
Jufrihisham hadapi, sama spt apa yang saya lalui.

Cuma nak tambah komen Mukmin yang mengatakan projek kereta nasional
menjadikan kita lebih mampu. Tang ni saya kurang setuju. Actually yang
menjadikan kita mampu bukan bersebab harga kereta. Infact harga kereta
Malaysia adalah sangat tinggi termasuk kereta nasional. Yang menjadikan kita
mampu ialah kerana financial polisi kita yang longgar yang menggalakkan
rakyat berhutang.

Harga kereta import dikenakan duti yang tinggi menyebabkan harganya terlalu
tinggi manakala kereta nasional diletakkan harga yang lebih rendah daripada
kereta import tetapi masih tinggi semata-mata untuk melindungi industri
kereta nasional.

Sebagai contoh di US, harga sebuah kereta Toyota Corolla 1.6 pada tahun 1990
adalah lebihkurang USD10 ribu bersamaan RM26 ribu (kalau tak silap tukaran
wang pada ketika itu adalah lebihkurang 2.6).
Harga sebuah Lexus LS400 di US pada tahun yang sama ialah USD40 ribu iaitu
bersamaan RM104 ribu.
Sedangkan harga kereta tersebut di Malaysia di ketika yang sama melebihi
RM500 ribu.

Bayangkan pada tahun 1990 sekiranya harga Toyota Corolla di Malaysia ialah
RM26 ribu dan harga Proton Saga 1.5 kalau tak silap saya juga dalam harga
yang sama, adakah anda akan beli proton saga?

Dan di US pada tahun 1990 juga, gaji permulaan bagi fresh graduate adalah
minima USD2 ribu sebulan (dan lebih bagi certain field spt engineering dsb)
sedangkan gaji fresh graduate di Malaysia pada tahun itu adalah lebih kurang
RM1,500.

Di US, gaji USD2,000 dan harga kereta (Corolla 1.6) USD10,000.
Di Malaysia, gaji RM1,500 dan harga kereta (Saga 1.5) RM25,000.

Anyway, saya kena clarify dulu...
saya sokong projek kereta nasional, cuma pada pandangan saya the govt is
over-protecting the national car industries at the heavy expenses on the
public.



Realiti sekarang? Mungkin ada warga Hizbi boleh tambah...



-----Original Message-----
From: Jufrihisham Mohamed [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, December 20, 2000 2:14 PM
To: Mukmin Bin Muslim
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Tentang WAJA




Sapa kata Wira dan Iswara dah sempurna. Sampai sekarang pun tak improve
lagi.
Kalau nak tunggu Waja improve alamat sampai ke tua la..... Power window
masih
problem macam dulu, switch power window tak pernah rapat bila panas aje sure
terkeluar daripada lubangnya. Satu lagi sticker kat blower air-cond main
taruh
aje,  alignment tak peduli langsung. Lepas tu tempat letak barang kat depan
seat
penumpang masih senget dan tak rapat dari dulu sampai sekarang. Agak-agaknya
depa nie kat proton dok lena kot. Takkan benda simple macam nie pon tak
boleh
improve. Yang heran tu takkan staff yang bertanggung jawap tak nampak
defect-defect nie semua atau pun buat-buat tak nampak. Makan gaji buta la
tu....







"Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]> on 12/20/2000 12:04:24 PM
                                                              
                                                              
                                                              
 To:      [EMAIL PROTECTED]                                      
                                                              
 cc:      (bcc: Jufrihisham Mohamed/MY/Asia/Celestica)        
                                                              
                                                              
                                                              
 Subject: H-Net* Tentang WAJA                                 
                                                              








 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
     Sebenarnya tentang defect yang terdapat pada kenderaan yang
dikeluarkan,
terutamanya model baru adalah perkara biasa.  Cuma hal ini dirahsiakan
daripada
pengguna.  Kita mudah mengetahui tentang kelemahan kereta tempatan kerana ia
dikilang di tempat kita; maka mudahlah terbocor rahsia.
     Namun defect yang terdapat pada model baru kereta nasional berada pada
tahap yang menyedihkan.  Ini adalah mentaliti yang terdapat pada kebanyakan
orang kita.  BAGI PROJEK JALAN DULU, BILA TIMBUL MASALAH BARU ATASI.
  -> Dulu WIRA ada masalah dengan kualiti cermin; kemudian sudah
dipertingkatkan.
  -> TIARA dan KANCIL juga banyak kekurangan semasa mula dipasarkan;
kemudian
baru diperbaiki.
  -> Design KENARI pula agak hodoh; sekarang sedang diperbaiki.
  -> KRISS juga tidak ketinggalan.

     Utusan Pengguna juga ada melaporkan tentang defect yang terdapat pada
kenderaan-kenderaan di pasaran tanpa pengetahuan pengguna.  Antaranya
dilaporkan
bahawa sistem brek WAJA tidak sempurna.

     Apa yang menyedihkan adalah pencabulan hak pengguna di Malaysia yang
begitu
tinggi dalam pelbagai bentuk.  Semasa saya membeli RUSA, terdapat hebahan
yang
menyatakan bahawa pemilik RUSA bernombor siri sekian hingga sekian boleh
membawa
kenderaannya ke wakil servis PERODUA untuk diganti dengan carpet baru
PERCUMA.
Mulanya saya agak terkilan kerana kenderaan saya tidak tersenarai; tak ada
peluang dapat capet baru.  Rupa-rupanya saya dimaklumkan oleh mekanik bahawa
kenderaan yang terlibat menggunakan pelapik carpet yang terlalu nipis -
perlu
ditukar dengan yang lebih tebal seperti model sekarang bagi mengurangkan
bahang
panas enjin menyerap ke ruang pemandu/penumpang.  Begitulah sikap pengelluar
terhadap pengguna Malaysia.  Cuma menipu; defect call dihebahkan sebagai
hadiah.

     Bagi mereka yang telah memiliki WAJA saya harap mereka lebih bersifat
terbuka.  Memang secara tidak sedar kita jadi terlalu defensive apabila
orang
memperkatakan tentang apa yang kita miliki.  Saya dulu pun pernah
mengalaminya
apabila baru memiliki RUSA.  Lebih geram bila kebanyakan defect telah
diperbaiki
dalam model RUSA 1.6.  Namun jika kita lebih bersikap terbuka dan sedia
menerima, maka kita akan lebih berhati-hati apabila menyedari akan kelemahan
yang ada pada kenderaan kita.

     Bagi yang merancang hendak membeli WAJA saya nasihatkan tangguhkan
dulu.
InsyaAllah batch/model yang akan datang lebih memuaskan sebagaimana WIRA dan
ISWARA kini.  Saya pun sangat berminat dengan WAJA; tapi saya buat keputusan
untuk tunggu dulu.

     Apapun saya tetap berbangga dengan projek kenderaan nasional.
Sungguhpun
terdapat beberapa kelemahan, kita lihat kenderaan nasional banyak terdapat
di
jalan raya.  Ia menjadikan kita lebih mampu untuk memiliki kenderaan.

     Saya hanya berharap agar pencabulan hak pengguna di Malaysia dapat
diatasi.
Ini memerlukan kesedaran kepenggunaan yang tinggi di antara kita.

Wassalam.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke