*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Macammana pihak kerajaan negeri Kedah tahu pemohon mana ahli umno dan yang
mana ahli pas???
Adakah dalam borang permohonan kena nyatakan ahli parti politik?
Atau masa temuduga ada soalan tentang menyokong atau ahli politik mana?
Dan jika pihak kerajaan negeri Kedah sudah mengenal pasti pemohon mana
sokong parti mana, adakah pihak kerajaan negeri bersikap adil dalam
pemberian markah sehingga ramai ahli umno yang dapat markah tinggi?
Ha!! Nampak gaya Fadzil Hanafi terpecah tembelang sendiri!!!
Nasional: Kedah dedah penyelewengan pegawai Jaik
22 December 2000 
ALOR STAR, Khamis - Kerajaan Kedah mendedahkan penyelewengan pegawai Jabatan
Agama Islam Kedah (Jaik) dengan mengambil penyokong Pas yang tidak layak,
mengisi jawatan imam dan bilal.

Pegawai tidak bertanggungjawab itu dikesan meluluskan temuduga penyokong Pas
walaupun ada penyokong kerajaan lebih berkelayakan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Fadzil Hanafi berkata,
tindakan itu membuktikan mereka terpengaruh dengan pembangkang sehingga
tidak memilih penyokong kerajaan walaupun layak.

"Hasil laporan yang terima, ramai pemohon di kalangan ahli Umno yang
mendapat markah tertinggi ketika temu duga tetapi ahli Pas yang markah temu
duga mereka lebih rendah, ditawarkan jawatan.

"Ini membuktikan permohonan ahli Pas itu sebenarnya tidak layak tetapi
diberi memegang jawatan itu," katanya.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Fadzil berkata, pihaknya kesal
dengan penganiayaan terhadap mereka yang berhak mendapat tempat tetapi
ditolak kerana fahaman politik berbeza.

Beliau berkata, pegawai terbabit tidak amanah dan tidak bertanggungjawab
terhadap tugasnya.

Katanya, seseorang yang memegang jawatan imam dan bilal perlu seorang yang
layak serta berkebolehan untuk faedah masyarakat Islam dan bukan mengikut
kedudukan atau fahaman politik.

"Kita mempunyai bukti kukuh mengenai perbuatan itu dan sudah mengenalpasti
mereka yang terbabit.

"Bagaimanapun, siasatan secara terperinci mengikut laporan yang dihantar
kepada saya tetap dijalankan untuk menentukan kedudukan sebenar," katanya.

Mengenai tindakan berikutnya, Fadzil berkata pegawai yang melakukan
penyelewengan akan diberi amaran dan dikenakan tindakan tatatertib.

Menjawab soalan, beliau berkata, struktur pentadbiran Jaik akan disemak dan
disusun semula berikutan cadangan pelbagai pihak termasuk pembangkang.

Bagaimanapun, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar,
Datuk Seri Syed Razak Syed Zain terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan
dan formula terbaik menjadikan masa depan Jaik lebih cemerlang.

"Semua cadangan dan formula penyusunan semula akan dibentangkan kepada
Sultan Kedah selaku Ketua Agama Negeri," katanya.
http://www.bharian.com.my/z/Current_News/BH/Friday/National/20001221222955

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke