*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya yakin yg PAS dan KEADILAN nampak cubaan jahat umNO melalui media massa
utk melaga2kan mereka.
Masalah dgn media sekarang ialah mereka ni ingat rakyat bodoh macam ahli2
umNO... tulah sebabnya rakyat mula membenci mereka & menyokong BA.
NI BUKAN PERPECAHAN MELAYU SEBALIKNYA PERPINDAHAN SOKONGAN ORG MELAYU DARI
umNO KE BA.
...tu yg sebenarnya mereka takut kan?

~The truth is out there~

----- Original Message -----
From: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, January 11, 2001 1:47 PM
Subject: H-Net* MELAGAKAN PAS DENGAN KEADILAN


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Tu dia.....Utusan Malaysia dah mula memainkan peranan utamanya:
>
> MELAGAKAN PAS DENGAN KEADILAN!!
>
> PAS perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan
> politik UMNO yang busuk dan membusukkan ini.
>
> -Temingat Di Belantara-
>
>
>
> Bukan sandiwara - Fadzil --
> Pelawaan UMNO kepada Pas bincang perpaduan Melayu perkara serius
>
> KUALA LUMPUR 10 Jan. - Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor
> menegaskan, perbincangan penyatuan Melayu inisiatif UMNO dengan
> partinya bukan satu sandiwara.
>
> Malah beliau yakin parti pemerintah itu tidak bersandiwara ketika
> mempelawa Pas duduk semeja untuk membincangkan usaha
> memantapkan lagi perpaduan Melayu.
>
> Tegas beliau, semua pihak termasuk Parti Keadilan Nasional (Keadilan)
> perlu melihat perundingan itu sebagai sesuatu yang serius dalam usaha
> mencari formula terbaik menyelesaikan masalah perpecahan Melayu.
>
> ''Ini bukan sandiwara dan kita tidak bermain sandiwara tetapi mempunyai
> niat murni untuk melihat umat Islam dan Melayu bersatu,'' katanya
> kepada Utusan ketika dihubungi di sini, hari ini.
>
> Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir
> Mohamad, yang akan meneruskan perbincangan penyatuan orang
> Melayu walaupun tanpa penyertaan Keadilan.
>
> Dr. Mahathir menegaskan, parti itu tidak mempunyai niat lain dalam
> perbincangan tersebut selain mahu mencari kata sepakat bagi
> mengelakkan orang Melayu berpecah belah.
>
> Semalam Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa,
> perpecahan orang Melayu sebenarnya tidak berlaku tetapi hanya di
> dalam UMNO.
>
> Beliau berkata, Pemuda Keadilan melihat penolakan parti itu sebagai
> bermulanya agenda politik baru secara serius.
>
> Fadzil selanjutnya menjelaskan, pihaknya tidak dapat menghalang
> sekiranya ada pihak yang menganggap perbincangan itu sebagai
> sandiwara.
>
> ''Kita tunggu dan lihat apabila perbincangan itu diadakan nanti,''
jelasnya.
>
> Dalam pada itu beliau menghargai inisiatif UMNO menganjurkan
> perbincangan itu jika parti pemerintah itu benar-benar ikhlas berbuat
> demikian.
>
> Ditanya mengenai hasil perbincangan itu kelak, beliau memberitahu: ''Ia
> bergantung kepada perjalanan perbincangan tersebut.''
>
> Mengulas kenyataan Ezam yang mendakwa Pas terperangkap dengan
> media berhubung isu perbincangan itu, Fadzil menyangkal sama sekali
> dakwaan tersebut.
>
> Katanya, keputusan mengadakan perbincangan dengan UMNO dibuat
> dalam mesyuarat di peringkat parti tanpa melibatkan pihak lain.
>
> ''Kita telah berfikir semasak-masaknya sebelum menerima pelawaan
> UMNO tanpa dipengaruhi oleh pihak media,'' jelasnya.
>
> Menurut beliau, Keadilan bebas membuat apa juga kenyataan berhubung
> perkara tersebut.
>
> ''Jangan laga-lagakan saya dengan Keadilan,'' katanya yang enggan
> mengulas lanjut mengenai perkara itu.
>
> Oleh: YUSRI SAHAT
>
>
>
> __________________________________________________________
> This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Azmi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke