*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"CETUSAN RASA BUAT USTAZ FADZIL NOOR !! .."

"ORANG MUKMIN TIDAK AKAN DIPATUK DUA KALI PADA SATU LUBANG !! "

Yang Dihormati,
Al Fadhil Ustaz Fadzil Mohd Noor,
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Markaz Tarbiyyah PAS Pusat,
Taman Melewar,
Kuala Lumpur.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ustaz,

Terlebih dahulu saya mohon berbanyak maaf kerana terpaksa menulis surat ini ke 
pangkuan Ustaz secara terbuka memandangkan isu yang berbangkit adalah secara
terbuka juga. Juga tujuan saya menulis secara terbuka ini supaya ianya dinilai oleh 
jutaan rakyat dan ahli-ahli parti daripada kalangan Barisan Alternatif khasnya.Lagipun 
rasanya tidak salah jika saya memilih cara terbuka begini kerana, kalau tidak silap 
ingatan saya, Amirul Mukminin Sayyidina Umar Al Khattab pun pernah ditegur secara 
terbuka oleh rakyat Baginda ketika di awal perlantikannya sebagai Khalifah al 
Rasyidin, sepertimana yang disebut dalam suatu ungkapan yang masyhur kita baca, 
(berkata seorang lelaki) "Jika engkau bengkok, aku akan luruskan engkau dengan mata 
pedang aku ini" , lalu dijawab oleh Umar, "Alhamdullillah, kerana ada orang yang sudi 
memperbetulkan Umar dengan mata pedangnya".

Jadi, berdasarkan ini saya mengambil kesempatan untuk menulis di ruang terbuka
siber ini bagi memperingatkan Ustaz akan musibah dan bencana yang besar bakal
menimpa Jamaah kita sekiranya Ustaz masih terpukau dengan slogan 'Perpaduan
Melayu' yang ditiupkan oleh Umno dan pemimpinnya dewasa ini. Slogan perpaduan
Melayu yang ditiupkan oleh Mahathir dan Umnonya itu merupakan jerat dan
perangkap beracun yang amat merbahaya sekali kepada keutuhan perjuangan kita
yang semakin mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ustaz,

Pada 1 Januari lalu saya telah memberikan amaran betapa Mahathir yang sedang
kelemasan akibat asakan bertubi-tubi oleh rakyat kini terpaksa mencari dan
merekacipta pelbagai helah dan tipudaya untuk menyelamatkan dirinya. Setelah
segala helah dan tipudayanya itu berjaya dikesan dan dipatahkan oleh rakyat, beliau
akhirnya 'akur dan tunduk' dengan kehendak majoriti rakyat iaitu kembali kepada
'perdamaian' dengan menawarkan ?gencatan senjata? kepada Barisan Alternatif.
Tujuannya cuma satu, iaitu menyelamatkan karier politiknya yang sedang menuju
penghujungnya itu.

Apa yang cuba ditiupkan oleh Mahathir melalui slogan perpaduan itu bukannya
untuk menyelamatkan bangsa Melayu tetapi untuk menyelamatkan diri dan para
kroninya yang jika beliau ditumbangkan dalam keadaan beliau amat lemah, sudah
pasti segala-galanya akan hancur berkecai. Beliau mahu mewujudkan satu keadaan
stabil dimana jika beliau jatuh atau berundurpun, desakan dan asakan rakyat
terhadap hukuman dosa-dosa beliau akan dapat dineutralkan untuk membolehkan
beliau berada pada kedudukan yang lebih selesa kesan pengaruh perpaduan yang
telah dicapai dengan PAS sebelum itu.

Ustaz,

Adalah amat membimbangkan bagi para pengikut Barisan Alternatif yang kini telah
menjadi kuasa dominan politik negara apabila Ustaz telah menyatakan kesediaan
untuk berjumpa dengan Mahathir dan partinya. Walau atas apa tujuan dan niat
sekalipun, ianya sekali-kali tidak dapat meredakan keresahan dan kerisauan para
penyokong dan rakyat amnya. Dalam keadaan Barisan Alternatif mempunyai kuasa
tawar menawar yang tinggi dan berada pada kedudukan yang kukuh dan padu,
sebarang langkah dan tindakan untuk berunding dengan 'musuh' adalah suatu
kesilapan strategi. Apatah lagi musuh yang ingin diajak berbincang itu merupakan
pembelit dan penipu yang maha buruk.

Sepatutnya dalam keadaan kita (BA) telah berada di kedudukan mendominasi BN,
soal berunding atau berbincang semata-mata
untuk 'memanjangkan hayat' parti dan pemimpin puaka seperti Mahathir itu tidak
timbul sama sekali . Amat menarik jika kita
menoleh ke zaman Nabi Musa a.s. dahulu bilamana beliau kelemasan ditelan Laut
Merah, adakah Nabi Musa a.s. bersimpati dan mahu menolong Firaun lagi? Walhal
sebelum itu, ketika masih dipuncak kuasa, ketika masih dibaluti kekuasaan yang
maha hebat dan begitu gagah, Firaun lah manusia paling angkuh dan bongkak dari
tunduk kepada seruan kebenaran dan wahyu Ilahi yang dibawa oleh Nabi Musa a.s.
Kenapa setelah tersepit dan hampir maut maka baru mahu mengaku tunduk kepada
seruan kebenaran?

Ustaz,

Salah satu agenda mega yang maha busuk yang cuba diambil kesempatan oleh
Mahathir daripada isu perpaduan yang ditimbulkannya ialah untuk menanamkan
bibit keraguan, kerisauan, kebimbangan dan lemah semangat serta moral di
kalangan para pengikut dan penyokong PAS khasnya dan rakyat amnya terhadap
pucuk pimpinan serta sesama ahli. Akan muncul nanti dua kelompok yang saling
bertentangan iaitu satu yang pro perpaduan dan satu lagi yang anti totok kepada
UMNO dan Mahathir. Apabila wujudnya pertentangan dua kelompok dalam parti
maka akan lemahlah parti dan akan terbantutlah kekuatan jamaah dan perjuangan.
Inilah niat tersirat yang sebenar yang dikehendaki oleh Mahathir kerana sebarang
kekuatan dan perpaduan jitu pembangkang akan menjadi mimpi ngeri buatnya
manakala apa jua bibit perselisihan dan perpecahan adalah keseronokan yang
sentiasa didambakan sepanjang masa. Barang harus diingat bahawa strategi
'divide and rule' yang digariskan oleh Mahathir bukan sahaja melibatkan soal-soal
fizikal yang ketara tetapi permainan psikologi di kalangan sesama penyokong parti
pembangkang juga merupakan salah satu teknik yang bakal mengundang bencana
kepada parti dan jamaah kita. Penyemaian benih-benih keraguan dan rasa tidak
percayakan pucuk pimpinan yang kelihatan seperti mahu 'menyeleweng' dari
landasan asal yang menjadi tonggak kekuatan perjuangan merupakan antara
'berlian' yang amat dinanti-nanti dan diharapkan oleh Mahathir, yang merupakan
seorang pakar strategis politik terulung di dunia hari ini. Samada suka atau benci,
kita harus mengakui hakikat ini.

Ustaz,

Saya ingin mengingatkan Ustaz dan barisan kepimpinan PAS akan amaran Nabi
s.a.w. dalam hadis yang masyhur, 'Tidak akan dipatuk seseorang mukmin itu dua
kali pada satu lubang'. Saya berharap Ustaz tidak akan mengulangi kesilapan yang
pernah dibuat oleh Datuk Asri Muda dahulu dalam membawa jamaah ke jurang
kemusnahan. Cukuplah sudah segala keperitan yang terpaksa ditelan dan
ditanggung ketika PAS 'berkesedudukan' dengan UMNO/BN dalam tahun 70an
dahulu. Cuba Ustaz fikirkan, apa dan kenapa serta mengapa tiba-tiba Mahathir
menawarkan program perpaduan ini. Kalau hari tak mahu hujan, kenapa petir dan
guruh berdentum dentam? Kalau langit tidak berawan masakan hujan akan
menyiram? Lagipun, untuk apa PAS harus menerima tawaran UMNo itu walhal
sekarang ini PAS dan BA berada di kedudukan cukup kukuh dan stabil di
pandangan mata rakyat dan cuma mahu menunggu masa sahaja (2004) untuk
membuat perhitungan terakhir? Apa yang sebenarnya ingin PAS perolehi? Apa
yang sebenarnya ingin PAS sampaikan ? Apa yang sebenarnya ingin PAS
tonjolkan ?

Ustaz,

Harus diingat bahawa kedudukan dan kekuatan yang PAS perolehi sekarang ini
adalah hasil dari kebencian mutlak rakyat kepada Mahathir terutama dalam kes
Datuk Seri Anwar. Cara Mahathir melayan Anwar terlebih kejam dan zalim daripada
Slobodan Milosevic melayan rakyat Bosnia, kalaupun tidak menyamainya pun.
Dalam keadaan Anwar masih menderita dan sengsara kerana pengorbanannya
membela rakyat, tiba-tiba PAS terhegeh-hegeh mahu menghulurkan salam kepada
tangan Mahathir yang teramat kotor itu hanya semata-mata mahukan publisiti kah?
Masih tidak cukup lagikah tangan-tangan 'sahabat' dalam Barisan Alternatif untuk
Ustaz hulurkan tangan dan menggenggam erat padanya? Apa agenda Pas yang
ingin Ustaz bawakan dalam mesej yang mahu dibuat oleh Umno itu? Tidak bolehkah
ianya dijelaskan secara lurus dan telus kepada rakyat dan ahli-ahli parti sebelum
menyatakan persetujuan? Tidak bolehkah diminta satu persetujuan ahli (dengan
memanggil satu muktamar khas misalnya) sebelum menyatakan kesanggupan?
Adakah persetujuan PAS itu suatu persetujuan kolektif atau cuma persetujuan pucuk
pimpinan tertentu sahaja? Sudah lapar sangatkah PAS maka barang apa yang
ingin disuapkan oleh UMNo harus dikunyah dan ditelan? Kenapa dalam soal
sepenting ini pandangan dan kebimbangan ahli parti mahu dikesampingkan ?
Tidakkah Ustaz sedar bahawa kekuatan PAS adalah kerana sokongan padu ahli
dan rakyat, maka untuk membuat keputusan yang melibatkan soal maruah dan
kewibawaan parti sebegini langsung tidak diambilkira sensitiviti mereka ?

Ustaz,

Saya bukannya mahu berlaku biadap dan kurang adab dengan pucuk pimpinan,
tetapi saya harap Ustaz dapat berlapang dada dan berjiwa besar sepertimana
contoh yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Al Khattab yang saya contohkan di awal
surat ini tadi. Saya cuma ingin melahirkan rasa bimbang dan gelisah yang bukan
kepalang dengan tindakan Ustaz yang bersetuju menghulurkan tangan kepada
UMNO tersebut. Rasanya saya tidak berseorangan dalam berkongsi keresahan ini
kerana masa depan dan kekuatan PAS akan ditentukan oleh halatuju yang akan
Ustaz bawakan. Ingin saya ingatkan bahawa Mahathir sama sekali tidak layak untuk
menghulurkan agenda perpaduan dalam keadaan tangannya yang masih teramat
kotor itu. Sudah lupakah Ustaz dengan Memali? Sudah lupakah Ustaz dengan
Lubuk Merbau? Sudah lupakah Ustaz dengan mata lebam Anwar Ibrahim? Sudah
lupakah Ustaz dengan royalti minyak? Akan sia-siakah penyokong dan rakyat yang
dibelasah dan disumbat ke dalam lokap semenjak lebih dua tahun yang lepas
semata-mata kerana berhimpun untuk mendesak Mahathir berundur itu? Akan
semudah itukah Ustaz mahu menggadaikan segala kesakitan dan pengorbanan
mereka dengan hanya menghulurkan tangan perpaduan dengan Mahathir? Akan
semudah itukah Ustaz melupakan penderitaan dan keperitan yang begitu sengsara
yang ditanggung oleh Anwar semenjak lebih dua tahun yang lalu? Dibelasah
separuh mati, diracun dengan arsenik dan dibiarkan kesakitan tulang belakang
tanpa rawatan yang sewajarnya? Tangan siapakah yang melakukan semua ini kalau
bukan si Mamak Tongkang durjana itu? Dan dengan mudah pula Ustaz mahu
menghulur tangan kepada 'syaitan' yang berkuasa di Putrajaya itu ? Adakah ini
sahaja 'nilai' yang Ustaz letakkan kepada Sdr Anwar yang telah berkorban sebegitu
besar itu? Atau sudah lupakah Ustaz bahawa tanpa Anwar, tidak mungkin PAS
akan beroleh kekuatan sedemikian rupa pada hari ini sehingga dapat menguasai
sebahagian besar sokongan orang-orang Melayu . Semudah itukah Ustaz mahu
melupakan isu pokok ini? 'Mulia' sangatkah tangan si Mamak Tongkang keturunan
bangsat tak sedar diri itu sehingga Ustaz sanggup melukakan hati dan semangat
tinggi yang ada pada para penyokong PAS di seluruh negara kini?

Ustaz,

Sekali lagi saya mohon jutaan maaf andainya surat ini agak kasar penyampaiannya,
tetapi niat saya hanyalah kerana ingin menyelamatkan parti dan rakyat daripada
perangkap manusia celaka bernama Mahathir itu. Jika Sayyidina Umar bersedia
menerima teguran yang keras dan kasar daripada rakyatnya, masakan tidak pada
Ustaz ? Kadang ucapan yang keras dan kasar adalah perlu untuk membangkitkan
kita dari lamunan panjang dan mimpi yang indah serta muluk-muluk. Bukan niat saya
untuk 'derhaka' kepada pucuk pimpinan tetapi sekadar mengingatkan bahawa
'Orang mukmin tidak seharusnya dipatuk dua kali pada satu lubang'. Jika Ustaz
cuba melencong dari kehendak majoriti rakyat, Ustaz akan dipinggirkan dari
barisan kepimpinan akan datang. Sebagai 'orang bawah' menjadi kewajipan saya
untuk menegur dan memperbetulkan kesilapan 'orang atas' sebelum terlambat,
sebelum nasi menjadi bubur, sebelum cempedak menjadi nangka. Ini PAS, bukan
UMNO, yang melihat Presidennya seperti 'maksum' yang langsung tidak
melakukan sebarang kesilapan dan tidak boleh ditegur dan diperbetulkan !!

Dan akhirnya ingin saya tegaskan bahawa TIDAK ADA APA-APA KEPERLUAN
UNTUK PAS MENYAHUT SERUAN PERPADUAN YANG DIBAWA OLEH SI
MAMAK TONGKANG ITU. Lainlah jika PAS begitu bersimpati dengan nasib
Mahathir yang semakin hampir nak tumbang itu, maka persilakanlah menyahut
seruan tersebut !! Harus disedari bahawa PAS akan terus dihormati dan didokongi
oleh rakyat selagi ia berpegang teguh dengan prinsipnya !

Salam kemaafan dari,

Cucu Datuk Bahaman

16 Januari 2001


Dipetik Dari Laman Webantu


_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari 
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke