*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang yang macam ni lah yang PM suka...
orang yang bersyukur dan berterima kasih kepada beliau...
Kalau Utusan Melayu lah yang mendidik, membentuk, menjiwai, dan juga sebagai
universiti kepada beliau, what a waste!
Kayu ukur yang paling mudah; kalau diambil akhbar-akhbar perdana (Star, NST,
BH, Utusan, Nyanyang, Sin Chew, etc), agaknya yang mana mempunyai rating
paling rendah???
I guess, everyone will give the same answer!

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Senator Datuk Zainuddin Maidin yang dilantik sebagai
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan berharap beliau dapat memberi
sumbangan dalam meningkatkan kredibiliti kerajaan menerusi tugas-tugasnya di
kementerian itu. 
Zainuddin yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan selama 40 tahun
menyifatkan pelantikan itu sebagai satu peluang untuk beliau meneruskan
tanggungjawab kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 
''Saya mengucapkan syukur serta berterima kasih kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk
memegang jawatan ini,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Zainuddin berkata, dalam menerima pelantikan itu, beliau sama sekali tidak
boleh melupakan hakikat bahawa dirinya adalah seorang wartawan. 
''Nilai diri saya adalah sebagai wartawan. Saya merasa terhutang budi yang
amat besar kepada Utusan Melayu yang telah mendidik, membentuk dan menjiwai
saya dengan kesedaran terhadap tanggungjawab kepada bangsa, agama dan
negara,'' katanya. 
Beliau menganggap Utusan Melayu adalah universitinya. 
Esok, beliau akan berlepas ke Amerika Syarikat kerana menjadi tetamu kepada
Parti Republikan untuk menghadiri upacara penganugerahan dan angkat sumpah
George W. Bush, sebagai Presiden negara itu, Ahad ini. 
Zainuddin, 61, yang lebih mesra dengan panggilan Zam mengisi jawatan yang
dikosongkan oleh Datuk Shafie Apdal yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan
Menteri Pertahanan sebelum ini. 
Beliau merupakan tokoh kewartawanan yang tidak asing lagi di negara ini dan
pernah menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan pada 1982-1992. 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD,


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke