*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apa pendapat anda?

-------------------------------------------------------------------

PERANAN BOMOH MENGATASI WABAK PENYAKIT

Bomoh yang bilangannya mengatasi doktor memainkan peranan penting dalam 
usaha mengatasi Aids di Afrika. Senegal menunjukkan caranya

Anda boleh melihat tulang keluar dari  kulit dan saya hampir buta,” kata 
Amadou Sou. “Selepas 12 tahun mengidap Aids, saya mengambil keputusan 
menemui bomoh malango. Malango bermakna “apa yang diperlukan dan yang 
sesuai”. Saya pulang dengan rasa sihat. Sejak itu penglihatan saya pulih 
semula dan badan saya bertambah berat.
Di daerah Fatick, Senegal, iaitu 150 km dari Dakar, ibu kotanya, Persatuan 
Malango di tubuhkan pada tahun 1983 dan mempunyai 450 ahli yang terdiri 
dariapda bomoh (satu perlima adalah wanita) dan mereka bekerja di 264 buah 
kampung. Bermula dengan kepercayaan bahawa alam mempunyai penawar bagi 
setiap penyakit, mereka menggunakan khasnya serbuk, air jampi dan sari 
tumbuhan. Tetapi jampi serapah juga merupakan sebahagian terapi tradisional. 
Pada pandangan animisme tentang dunia, manusia dianggap penyambung dalam 
rantaian kosmik antara ciptaan lebih rendah (galian, tumbuhan dan haiwan 
dengan ciptaan lebih tinggi (mahluk halus, nenek-moyang dan dewa-dewa). 
Semua ini mesti diseru untuk mendapatkan penawar.
Tidak seperti persatuan di negara-negara lain, persatuan bomoh di negara ini 
tidak menjanjikan penawar untuk Aids. Mereka berjaya mengubati sesetengah 
simptom (ceret-beret, muntah-muntah dan leukeimia) dan meredakan 
penderitaan. Apabila rawatan tidak berkesan, mereka mengarahkan pesakit 
kepada pakar kesihatan yang bekerja dengan mereka. Setakad ini mereka telah 
merawat lebih 10,000 orang dari Afrika (termasuk Senegal), Eropah dan 
Amerika Syarikat.

Perhentian pertama
Tiga suku rakyat Senegal menemui bomoh. Di sesetengah tempat hanya ada satu 
doktor daripada 100,000 penduduk dan satu bomoh bagi 1,000 orang, kata Dr 
Erick Gbodoussou, ketua pusat percubaan Persatuan Malango. Beliau mendapat 
pendidikan di sekolah perubatan Barat tetapi beliau yakin bahawa bomoh bukan 
sahaja berkesan dalam mengubati sesetengah penyakit tetapi juga memainkan 
peranan penting dalam penghindaran penyakit. “Apabila merawai pesakit Aids, 
saya melarangnya mengadakan hubungan kelamin dengan pasangannya,” kata salah 
seorang bomoh yang berusia 70-an. “Saya memberitahu mereka bahawa 
pasangannya akan mendapat jangkitan jika mereka tidak mematuhi nasihat 
saya.”
Di pasar Tilene, Dakar, bomoh memberi kesedaran awam tentang penyakit Aids. 
Di Sambe, wilayah Diourbel, bomoh menghadiri seminar tentang Aids pada tahun 
1998 yang dianjurkan oleh persatuan bukan kerajaan, Enda Tiers-Monde dan 
Ndef Leng (“bertindak bersama-sama”). Dalam seminar itu terdapat bengkel, 
debat dan filem dokumentari tentang kempen penghindaran. Malangnya hanya ada 
35 bomoh yang hadir. Mereka tidaklah begitu berkesan dalam kempen kesedaran 
tetapi ternyata inilah perhentian pertama.
Persidangan antarabangsa tentang perubatan tradisional dan HIV/Aids di Dakar 
pada Mac 1999 telah mengesahkan peranan penting bomoh. Ia diadakan oleh 
Prometra (OBK Senegal yang mempromosikan perubatan tradisi) dan ditaja oleh 
beberapa organisasi antarabangsa. Ia menarik perhatian 200 bomoh dan 250 
doktor serta saintis dan pembuat keputusan politik, wartawan, serta 
pesakit-pesakit Aids/HIV dari 30 negara. Pada penghujung perbincangan, bomoh 
dijemput mengambil bahagian dalam program UNAIDS dan menghadiri persidangan 
seterusnya di Durban, Afrika Selatan pada Julai 2000.  Alassane Cisse.


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Pengintip Profesional" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke