*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> To: [EMAIL PROTECTED]
> From: [EMAIL PROTECTED]
> Date: Thu, 18 Jan 2001 07:27:26 -0000
> Subject: [ingatan] Orang Melayu
> 
> Hanya Mematuhi Agama yang dapat menyatukan Umat
> Melayu
> Oleh  Rampa.
> 
> SATU daripada kelemahan orang-orang Melayu ialah
> tidak mengenali 
> siapakah musuhnya yang utama sehingga musuh-musuhnya
> itu tidak 
> disedarinya sering dijadikan sahabat dan pemimpin. 
> Apatah lagi 
> apabila orang-orang Melayu berkenaan membabitkan
> dirinya dalam bidang 
> politik, maka musuh-musuh utamanya itu lantas
> dijadikannya sebagai 
> rujukan untuk bertindak bagi menjayakan cita-cita
> politik peribadinya.
>     Aneh sungguh, kerana berulang kali Allah s.w.t.
> melalui firman-
> firman-Nya dalam al-Quran, dan juga berulang kali
> dikemukakan melalui 
> hadis-hadis Nabi s.a.w menjelaskan siapa dan apakah
> musuh utama 
> tersebut,  namun orang-orang Melayu mengabaikannya. 
>  Habis,  
> bagaimanakah orang-orang Melayu dan umat Islam boleh
> mencapai 
> kejayaan dan memperolehi perpaduan ummah jika
> musuh-musuh utama itu 
> tidak mahu dikenali,  tetapi dijadikan sebagai
> sahabat karib pula?
>      Siapa dan apakah musuh-musuh utama yang
> dimaksudkan itu?  Musuh-
> musuh utama tersebut ialah iblis dan syaitan. 
> Berulang kali di dalam 
> al-Quran dan juga disebutkan oleh hadis-hadis agar
> umat Islam 
> berwaspada terhadap golongan makhluk ghaib ini.  
> Tetapi berapa 
> peratuskan orang-orang Melayu dan umat Islam
> mengambil peduli dalam 
> perkara ini?
>     Cuba perhatikan pada diri kita sendiri dan
> keseluruhan orang-
> orang Melayu dari semua lapisan masyarakat dan
> darjat,  bukankah 
> hampir dalam semua lapangan kita berada di samping
> makhluk halus ini 
> dan tidak kita sedari makhluk ini berjaya berada
> dalam rumah kita, 
> bermain-main dengan anak-anak kita serta menjadi
> ikutan oleh para 
> remaja dan juga orang-orang yang sudah dewasa-tua?
>      Apakah tindakan kita bagi mengenyahkan iblis
> dan syaitan ini 
> daripada dapat menguasai diri kita dan ummah dalam
> kehidupan kita 
> sehari-hari?   Ceramah agama di sana sini,  dan
> setiap solat jumaat 
> diikhutbahkan ilmu agama,  tetapi selepas itu apa? 
> Berdekad-dekad 
> masa berlalu,  keadaannya seperti itulah juga.  Ini
> adalah kerana 
> tiadanya pelan-pelan tindakan terhadap pelaksanaan
> kepada ilmu agama 
> tersebut diambil serta-merta.   Kawalan sosial total
> secara islamic 
> tiada diwujudkan bagi melaksanakan perancangan dan
> pelan tindakan 
> tersebut  secara yang efektif.   Maknanya di sini
> ialah umat Islam 
> keadaannya hanya mempunyai pengetahuan saja tentang
> agamanya tetapi 
> tidak memiliki ilmu tentang agamanya sendiri.
>      Politik adalah wadah atau wahana yang paling
> mudah bagi iblis 
> dan syaitan pergunakan bagi melemahkan umat islam.
>     Selagi sesama pemimpin-pemimpin  Melayu
> berpolitik dan  
> berpolitiking tanpa mematuhi agama segala apa yang
> dituntut oleh 
> agama,  selama itulah Melayu akan menghadapi
> kesukaran untuk 
> disatukan.  Inilah hipotisis penulis.  Malahan
> semakin hebat sesama 
> pemimpin-peminpin Melayu yang tidak memiliki ilmu
> agama Islam diberi 
> berpolitik dan berpolitiking sesama mereka, akan
> semakin ketaralah 
> terhakisnya slogan lagenda pengarang Hang Tuah
> melalui watak Hang 
> Tuah bahawa kononnya Tidak akan Melayu hilang di
> dunia!
>     Kita umat Melayu adalah beragama Islam.  Konsep
> asasi Islam itu 
> sendiri ialah selamat dan sejahtera. Justeru kalau
> mahu selamat dan 
> sejahtera, kembalilah kepada Islam secara total. 
> Justeru,  gagasan 
> penulis ialah "Sesama Melayu Jangan Berpolitik dan
> Berpolitiking di 
> peringkat nasional kerana Melayu adalah beragama
> Islam; sekiranya 
> tidak memilik ilmu agama Islam!!!".  Dan di
> peringkat antarabangsa 
> pula "Sesama Umat Islam Jangan Berpolitik dan
> Berpolitiking kerana 
> Umat Islam adalah beragama Islam!!!", 
>     Rasionalnya yang penulis berikan kepada
> bekas-bekas pelajar 
> penulis dulu ialah dalam Islam ada Rukun
> Persaudaraan yang 
> mengandungi Enam Perkara.   Ia adalah bersumber dari
> 5 buah maksud 
> hadis Rasulullah s.a.w. dan sebuah kata-kata (syair)
> peninggalan 
> Sayidina Ali, r.a.    
> Rukun Persaudaraan itu ialah:
>    1. Tidak beriman seseorang mu'min itu sehingga ia
> mencintai 
> saudaranya sebagaimana ia 
>        mencintai dirinya  sendiri. - (maksud
> al-hadis).
>    2. Jika kamu sayangkan saudara kamu, hendaklah
> kamu 
> memberitahunya - (maksud al-
>        hadis),  nescaya akan  bertambah kasih-sayang
> di antara sesama 
> kamu.
>    3. Beri-memberilah kamu, nescaya akan bertambah
> kasih-sayang di 
> antara kamu. - (maksud 
>        al-hadis).
>    4. Hak saudara yang lebih tua terhadap yang lebih
> muda adalah 
> haknya seorang ayah 
>        ke atas anak-anaknya - (maksud al-hadis).
> Demikianlah di 
> sebaliknya.
>    5. Antara mu'min dengan mu'min itu adalah
> bersaudara sebagaimana 
> seperti   satu tubuh.... -  
>        (maksud al-hadis)
>    6. Saudaramu yang sebenar ialah orang yang
> sentiasa berada di 
> sampingmu.  Ia sanggup 
>        membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, dan
> orang yang 
> setiap masa bekerja untuk 
>        keperluanmu;  sanggup berkorban
> segala-galanya untuk 
> kepentingan dirimu. - 
>        (Sayidina Ali, r.a.)
> 
>     Itulah 6 perkara yang asasi dalam Rukun
> Persaudaraan. Justeru 
> inilah rasionalnya,   maka gagasan penulis itu
> falsafanya 
> ialah: : "Sesama Melayu Jangan Berpolitik dan
> Berpolitiking di 
> peringkat nasional kerana Melayu adalah beragama
> Islam; sekiranya 
> tidak memilik ilmu agama Islam!!!";  dan "Sesama
> Umat Islam Jangan 
> Berpolitik dan Berpolitiking kerana Umat Islam
> adalah beragama 
> Islam!!!".  Ini adalah kerana sesama umat Islam itu
> adalah bersaudara.
>     Perjuangan Melayu untuk membina penyatuan dan
> perpaduan Melayu 
> tidak akan dapat selesai, malahan akan semakin
> tersesat jalan dari 
> dapat menuju ke matlamatnya untuk menyatu
> padukannya; jika para 
> pemimpin orang Melayu sendiri khasnya dan umat
> Melayu amnya tidak 
> mahu mengamalkan 6 perkara dalam Rukun Persaudaraan
> itu;  tetapi 
> memilih cara lain;  lebih-lebih lagi melalui pilihan
> saluran politik 
> dan berpolitiking mengikut acuan sekularisme.
>     Islam sudahpun menunjukkan dan juga memberikan
> jalannya yang 
> mesti dipatuhi dan diikuti dalam menuju apa yang
> hendak  
> diperjuangkan dan juga ada metodologinya bagaimana
> hendak 
> diperjuangkan dalam apa jua bidang. Memilih jalan
> lain dan cara lain, 
> iaitu yang di luar krangka weltanschaaung Tawhidik,
> pasti ajibatnya 
> akan menjadi sia-sia dan merugikan diri Melayu dan
> juga umat Islam 
> sendiri. 
>     Mungkin perjuangan di luar weltanschauung
> Tawahidik itu akan 
> menghasilkan kejayaan, tidak dinafikan; tetapi
> kejayaan yang dicapai 
> itu hanyalah kejayaan sementara saja; hanya kejayaan
> duniawi 
> (sekular).  Tetapi di akhirat kelak, pasti akan
> membawa diri kepada 
> ke dalam kecelakaan neraka. 
>     Justeru,  kita umat Islam mestilah bukan sahaja
> memahami, bahkan 
> wajib menghayati
> dengan ilmu, dan mengamalkan ilmu sebagai
> manifestasi kepada apa yang 
> Allah s.w.t. firmankan, yang bermaksud: "Tidak AKU
> jadikan jin dan 
> manusia melainkan adalah untuk beribadat kepada
> AKU". 
>     Jika kita tidak beribadat, bermaknalah bahawa
> setelah kita 
> dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia, kita
> sendiri pula yang 
> menukarkan diri kita kepada jin pun bukan, manusia
> pun bukan! 
>     Jika jin bukan, manusia pun kita bukan; siapa
> atau apakah kita?   
> Kita akan menjadi golongan jin pun bukan, manusia
> pun kita bukan, 
> sekiranya kita tidak beribadat kepada Allah s.w.t.
> sebab kriteria 
> atau  rasional Tuhan jadikan jin dan manusia itu
> adalah untuk 
> beribadat kepada-Nya; bukannya  kerana tujuan lain.
>     Adalah jelas bahawa akibat sesama
> pemimpin-pemimpin Melayu 
> berpolitik dan berpolitiking,  dalam keadaan semakin
> negara bertambah 
> maju dengan pelbagai cabaran globalisasi dan
> pembaharuan yang pesat;  
> kelihatannya pemimpin-pemimpin politik umat Melayu
> semakin 
> menampakkan sikap bermusuhan hati sesama sendiri
> (kerana perbedaan 
> ideolgi dan kefahaman politik) dan semakin mahu
> menjadi jin pun 
> bukan;  manusia juga bukan.   Apakah mereka ini
> layak kita jadikan 
> pemimpin?
>     Asas untuk terus kekal menjadi manusia adalah
> beribadat kepada 
> Tuhan.   Konsep atau konstruk beribadat itu juga,
> mestilah difahami 
> dari sudut weltanschaaung Tawhidik, sebab ia adalah
> kepunyaan dan 
> berkaitan spesifik denganTawhidik; bukan difahami
> dari sudut 
> sekularisme.
>     Justeru, kita wajib taksub atau fanatik kepada
> weltanschauung 
> Tawhidik, kalau kita mengaku bahawa kita adalah
> penganut agama Islam. 
> Jangan sekali-kali kita gunakan konsep beribadat
> sebagaimana yang 
> difahami oleh fahaman sekular beribadat itu apa. 
> Islam itu adalah agama  yang satu, kenapa umatnya
> harus memilih jalan 
> untuk berpecah belah pula?  
>     Tidak dinafikan bahawa ada al-hadis yang
> memberikn gambaran 
> bahawa umat Islam di akhir zaman akan berpecah
> kepada 73 golongan, 
> dan hanya satu golongan saja yang diterima sebagai
> benar, iaitu 
> golongan ahlisunah waljamaah.  Implikasi maksud
> hadis ini ialah kita 
> umat Islam sendiri hendaklah berikhtiar dan berusaha
> agar umat Islam 
> hanya satu golongan saja;  bukannya membiarkan saja
> ia berpecah 
> menjadi 72 golongan lagi.
>     Justeru, 72 golongan lagi itu adalah golongan
> yang boleh dianggap 
> sebagai golongan yang sudah tercemar keislamannya,
> kerana al-hadis 
> itu ada menyebut bahawa hanya satu golongan saja
> yang diterima 
> sebagai benar.  Yang tidak benar dan palsu itu
> adalah ajaran iblis 
> dan syaitan untuk menjadikan manusia menukarkan
> dirinya kepada 
> menjadi jin pun bukan,  manusia pun ia bukan.
>     Kita umat Melayu boleh dikira sebagai bernasib
> baik kerana kita 
> adalah golong ahlisunah wal-jamaah itu. 
>     Jika pemimpin-pemimpin Melayu mengaku bahawa ia
> adalah umat 
> Islam, unsur-unsur yang boleh membawa kepada menjadi
> wujudnya tidak 
> sebuluan dan berpuak-puak;  seharusnya tak mainlah,
> sebagaimana 
> ungkapan yang sering diguanakan oleh para remaja
> sekarang; abaila 
> mereka menyatakan   sesuatu yang mereka tidak sukai.
>  Bukankah 
> politik dan berpolitiking itu sendiri adalah wadah
> dan wahana yang 
> ketara kepada sumber perpecahan?
>     Berpecah-belah itu sendiri adalah anjuran iblis
> dan syaitan.  
> Dengan sebab itu setiap umat Islam mestilah sentiasa
> waspada terhadap 
> serangan makhluk-makhluk halus ini terhadap diri
> sendiri dan juga 
> orang-orang lain.   Itulah sebabnya kita diperintah
> menunaikan solat, 
> di mana implikasi solat yang kita tunaikan itu
> adalah kita mestilah 
> wajib mengimplimentasikan apa yang kita ikrarkan
> semasa setiap kali 
> menunaikan solat; dan apa yang kita minta
> berulang-ulang kali kepada 
> Allah s.w.t. melalui lafaz bacaan,  iaitu  surah
> al-Fatihah itu.
>      Oleh yang demikian,  apabila kita melihat
> adannya orang Melayu 
> berbalah, sekaligus kita hendaklah melihatnya bahawa
> ia mencemar dan 
> merosakkan Islam.  Kita mesti melihatnya bahawa
> orang yang berbalah 
> ini sedang sakit;  iaitu sedang dipengaruhi oleh
> iblis dan syaitan.  
> Justeru kita mestilah mengambil tindakan
> mengubatinya segera.
>      Dan orang yang menjadi punca yang mewujudkan
> perbalahan dan 
> perpecahan adalah sedang sakit;  iaitu sedang
> dipengaruhi oleh iblis 
> dan syaitan.  Justeru kita mestilah mengambil
> tindakan mengubatinya 
> segera.
>      Cara atau metodologi pengubatannya ada banyak
> yang ditunjukkan 
> oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran.  Laksanakanlah!
>  Salah satu 
> contohnya ialah Surah al-Hujarat (49:10) yang
> bermaksud: Orang-orang 
> yang beriman itu sesungguhnya bersaudara.  Sebab
> itu, damaikanlah 
> (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu,
> dan patuhilah 
> kepada Allah,  supaya kamu dapat mendapat rahmat! 
> Ayat ini adalah 
> formula kehidupan bagi umat Islam, sekiranya mahukan
> mendapat rahmat 
> daripada Allah s.w.t.
>      Bagi mereka yang enggan berdamai itu
> menunjukkan mereka masih 
> sakit yang perlu diberikan rawatan di hospital khas
> yang septutnya 
> umat Islam mendirikannya sebagai institusi
> sebagaimana yang ada 
> seperti hospital dan pusat-pusat serenti.  Ini
> adalah kerana mereka 
> sudah menjadi jin pun bukan,  manusia pun bukan. 
> Mereka perlu 
> dirawat agar kembali menjadi manusia, iaitu sejenis
> makhlok Allah 
> s.w.t. kenapa ia dijadikan.
>      Keputusan mereka mesti mendapat rawatan itu
> hendaklah diputuskan 
> oleh Mahkamah Syariah, justerus undang-undang
> mengenainya mestilah 
> diwujudkan. 
>      Pemimpin-pemimpin Melayu yang suka mengecam dan
> mengutuk itulah 
> golongan yang perlu mendapat rawatan,  kerana
> merekalah yang telah 
> diperkuda oleh iblis dan syaitan supaya yang mereka
> pimpin turut sama 
> mengikut kehendak iblis dan syaitan.
>     Demikianlah juga para wartawan dan media yang
> suka melaporkan 
> yang mengakibatkan di satu pihak akan berbalah
> dengan satu pihak yang 
> lain,  mereka ini adalah golongan yang sakit,  iaitu
> penyakit suka 
> menyampaikan sesuatu supaya di satu pihak berbalah
> hati dengan satu 
> pihak yang lain.
>      Pulau Bedong, bekas pusat tahanan pelarian
> Vietnam dahulu;  
> misalnya boleh dijadikan sebagai pusat rawatan yang
> canggih;  iaitu 
> pusat bagi mengembalikan mereka yang bukan lagi
> manusia, dan bukan 
> juga jin tersebut, kembali kepada kesedaran bahawa
> diri mereka adalah 
> manusia,  iaitu manusia yang dijadikan Tuhan adalah
> untuk beribadat 
> kepada-Nya.  Pusat ini bolehlah dijadikan sebagai
> Pusat Latihan 
> Ketakwaan. 
>       Sesungguhnya politik dan berpolitiking membuka
> pintu yang amat 
> luas bagi manusia menapak ke landasan menukarkan
> diri kepada menjadi 
> jin pun bukan,  manusia pun bukan!
>       Misalnya,  sejauh manakah orang-orang Melayu
> apabila ghairah 
> berpolitik dan berpolitiking, menyedari bahawa
> hasilnya yang akan 
> wujud adalah bermusuh-musuhan hati sesama sendiri, 
> sanggup cantas-
> mencantas, fitnah-memfitnah?  Dan adakah ini
> menepati sebagaimana 
> yang dituntut oleh 6 perkara dalam Rukun
> Persaudaraan  tadi?   Dan 
> adakah bermusuh-musuhan hati sesama sendiri itu
> boleh diterima 
> sebagai  manifestasi kepada perintah Allah s.w.t
> bahawa kita umat 
> Islam adalah diwajibkan bertakwa kepada Allah s.w.t?
>  Jika tidak 
> boleh diterima,  kenapakah dibenarkan diri
> berkecimpung dalam wadah 
> yang sememangnya terbuka luas menuju ke arah
> wujudnya bermusuh-
> musuhan hati?
>     Kelihatannya hari ini,  apabila orang Melayu
> menjadi ahli 
> politik,  dan menjadi pemimpin; majoritinya boleh
> menjadi berubah 
> pula,  seolah-olah menjadi langsung tidak
> mempercayaai  Rukun Iman 
> Kedua, iaitu percayakan malaikat.  Jika mereka
> memiliki ilmu 
> percayakan Rukun Iman yang Kedua itu, sudah pastilah
> mereka tidak 
> akan tergamak untuk berpolitik dan berpolitiking
> sesama Melayu (umat 
> Islam) yang melibatkan kutuk-mengutuk dan
> cemuh-mencemuh antara satu 
> puak dengan puak Melayu yang lain;  dan
> fitnah-memfitnahkan.
>     Oleh kerana Melayu berpolitik dan berpolitiking
> sesama 
> Melayulah,  makanya Melayu sedemikian menjadi
> hipokrit,  iaitu apa 
> yang diminta kepada Tuhan sewaku menunaikan solat
> melalui bacaan 
> surah al- Fatihah lain;  tetapi sebaik saja
> meninggalkan sejadah;  
> lain pula yang diburu dan dikerjakan.
>     Poltik dan berpolitiking sesama Melayu
> menjadikan orang  Melayu 
> berpecah belah kerana orang Melayu adalah penganut
> agama Islam.   
> Orang Cina dan orang India di negara ini berpolitik
> dan berpolitiking 
> sesama kaum masing-masing tidak menjadi berpecah
> belah sebagaimana 
> yang disebutkan oleh Dr. Rais Yatim itu adalah
> kerana (yang bukan 
> beragama Islam) mereka adalah bukan penganut agama
> Islam.  
>     Itulah sebabnya sebagaimana yang Dr. Rais
> katakan bahawa mereka 
> tidak menggunakan isu agama sebagai landasan
> berpolitik kerana iblis 
> dan syaitan tidak menggunakan landasan agama bagi
> orang-orang kafir 
> memusuhi antara satu sama lain, (sebagaimana makhluk
> halus ini 
> memusuhi orang-orang beragama Islam);  justeru
> syaitan dan iblis 
> tidak mengambil berat sangat untuk menjadikan mereka
> berbalah antara 
> satu sama lain bersabit dengan isu agama mereka. 
> Ini adalah kerana 
> iblis dan syaitan tahu bahawa Allah s.w.t hanya
> mengiktiraf agama 
> Islam saja.
>     Bagi iblis dan syiatan , oleh kerana orang
> Melayu beragama Islam, 
> maka orang Melayu (Islam) menjadi musuh utama
> mereka.  Ini adalah 
> kerana agama Islam itu adalah ad-din yang diiktiraf
> oleh Allah 
> s.w.t.  Berulang kali dalam al-Quran menegaskan
> peringatan bahawa 
> iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang utama. 
> 
>     Kelihatannya ialah apabila orang Melayu bermain
> politik dan 
> berpolitiking sesama Melayu,  maka itulah juga
> laluan yang paling 
> mudah bagi iblis dan syaitan memecah-belahkan umat
> Melayu, kerana 
> umat Melayu itu beragama Islam.  Justeru bagi
> mengatasi masalah ini, 
> umat Melayu janganlah berpolitik dan berpolitiking
> sesama umat 
> Melayu.  Ini adalah kerana berpolitik dan
> berpolitiking itu sifatnya 
> adalah lebih banyak mengambil daripada memberi.  Ini
> amat bercanggah 
> dengan Rukun Persaudaraan ketiga,  iaitu:
> Beri-memberilah kamu, 
> nescaya akan bertambah kasih-sayang di antara kamu.
> - (maksud al-
> hadis).
>     Berbalik kepada kenapa Tuhan jadikan kita
> manusia tadi, setelah 
> kita lahir ke dunia ini sebagai manusia,  maka
> adalah tanggungjawab 
> kita beribadat kepada Allah s.w.t sahaja, sebab
> hanya dengan 
> beribadat itu saja akan boleh menjadikan kita
> sebagai insan kamil. 
>     Rujuk Falsafah Pendidikan Negara (FPN) misalnya,
> dan hayatilah 
> maksud dan pengertiannya, serta apakah hasrtanya. 
> Metodologinya 
> dalam kependidikan bagi mencapai hasrat FPN adalah
> berpaksikan 
> ketuhanan.  Justeru, apa saja pun proses yang
> melibatkan 
> kependidikan,  mestilah berpaksikan ketuhanan.  Dan
> seterusnya, apa 
> saja  laku-tindak kita mestilah berpaksikan
> ketuhanan dalam apa saja 
> bidang kehidupan.
>     Apabila Melayu sesama Melayu (sesama umat Islam)
> berpolitik dan 
> berpolitiking,  maka di saat itulah iman menjadi
> gugur kerana antara 
> satu puak dengan puak yang lain sudah tiada lagi
> mencintai antara 
> satu sama lain sebagai saudara.   (Rujuk Rukun
> Persaudaraan yang 
> pertama). 
>     Umat Melayu (dan juga umat Islam seluruh dunia)
> seharusnya 
> mengambil iktibar dari sejarah Islam sendiri, bahawa
> jika sesama umat 
> Islam berpolitik dan berpolitiking;  umat Islam
> sendirilah yang akan 
> rugi dan boleh berpecah-belah.  Demikianlah juga
> kita umat Melayu 
> kerana kita adalah umat Islam.
>     Tiga orang daripada 4 khalifah al-Rashidun, 
> mati mereka adalah 
> kerana dibunuh; justeru politik dan berpolitiking. 
> Apakah Islam 
> adalah agama yang menganjurkan bunuh-membunuh
> begitu?
>     Seandinya umat Islam tidak berpolitik dan
> berpolitiking antara 
> satu sama lain,  adalah tidak mungkin penyebabnya
> kematian 3 daripada 
> 4 khalifah tersebut matinya adalah kerana dibunuh.  
> Tetapi apabila 
> sesama umat Islam (di Malaysia adalah umat Melayu) 
> dibiarkan 
> berpolitik dan berpolitiking;  maka iblis dan
> syaitan pun akan 
> menjadi ikutan supaya matlamat menghalalkan cara.
>      Sejarah peperangan jamal (unta) antara pihak
> yang dipimpin oleh 
> Sayidatina Aisyah rha. dengan pihak Sayidina Ali,
> r.a.;  adalah juga 
> kerana kedua-dua pihak ini berpolitik dan
> berpolitiking.  Berapa 
> ramaikan umat sesama Islam yang mati dalam
> peperangan itu?   Setelah 
> Sayidatina Aishah rha menyedari kesilapannya bahawa
> baginda adalah 
> seorang wanita;  dan sebagai wanita adalah tidak
> boleh menjadi 
> pemimpin,  maka baginda pun mengalah dengan menagis
> dan menangis.  
> Dan bagaimanakah hebatnya Sayidina Ali, r.a.
> menerima baginda kembali 
> dan meletakkan baginda kembali kepada  taraf
> penghormatan dan 
> statusnya sebagai wanita dalam Islam?   Peperangan
> jamal ini sudah 
> cukup memberikan 2 implikasi.  Pertama,  sesama umat
> Islan jangan 
> berpolitik dan berpolitiking.  Keduanya dalam Islam,
> jangan jadikan 
> wanita sebagai pemimpin tertentu.
>      Kedua-dua peristiwa sejarah dalam Islam ini
> sudah cukup dapat 
> dijadikan bukti dan pengajaran bahawa sesama ummah,
> janganlah 
> berpolitik dan berpolitiking.  
>      Contoh yang terdekat dalam negara kita sendiri
> ialah kejatuhan 
> Melaka ke tangan Pourtugis. Ini adalah kerana akibat
> sesama Melayu 
> (Islam) berpolitik dan berpolitiking; menjadikan
> hancuranya kesatuan 
> dan ketahanan Melayu yang menjadikan begitu mudah
> Portugis dapat 
> menjajah Melaka.
>      Begitulah juga berjayanya Inggeris menjajah
> Tanah Melayu, faktor 
> utamanya ialah orang Melayu ketika itu;  iaitu para
> pemimpinya 
> berpolitik dan berpolitiking;  masing-masing agaknya
> mengunakan 
> polisi dan slogan "Padan dengan muka hang!" kerana
> akibat bermusuh 
> hati antara satu sama lain.
>      Bagi penulis,  Islam tidak membenarkan umatnya
> berpolitik dan 
> berpolitiking kerana politik itu telah secara amnya
> diterima bahawa 
> ia dikatakan sebagai kotor;  di mana politik adalah
> merupakan wadah 
> dan wahana yang  membolehkan matlamat menghalalkan
> cara yang 
> dibenarkan mengikut fahaman sekularisme.  Politik
> yang dibenarkan 
> dalam Islam ialah hanyalah politik dan politiking
> yang berpaksikkan 
> kepada lillahita'ala.
>      Ini bukanlah bererti bahawa umat Islam tidak
> boleh berpolitik 
> langsung.  Ada tempatnya umat Islam wajib berpolitik
> dan 
> berpolitiking dengan pihak lain,  tetapi bukan
> dengan sesama seagama; 
> di mana matlamatnya untuk menjaga kepentingan dan
> maslahat umat 
> Melayu (Islam) sendiri.  Dengan pihak lain,  iaitu
> mereka yang bukan 
> Islam,  kita adalah wajib berpolitik dan
> berplitiking demi 
> kepentingan Islam dan umat Islam, namun itupun
> mestilah juga 
> berpaksikan lillahita'ala.   Justeru,  kita
> dibekalkan oleh al-Quran 
> dengan surah Al-Kafirun,  iaitu Surah 109.
>      Ditubuhilah apa jua majlis sekali pun bagi
> orang Melayu,  jika 
> pemimpin-pemimpin Melayu sesama orang Melayu
> berpolitik dan 
> berpolitiking juga dengan mengenepikan nawaitu
> lillahita'ala,  ia 
> tidak akan dapat menjamin  orang-orang Melayu dari
> terhindar daripada 
> berpecah-belah,  dan tidak akan dapat menyekat umat
> Islam daripada 
> diperkuda dan diperlaga-lagakan oleh iblis dan
> syaitan;  terutamanya 
> di kalangan pemimpin-pemimpin yang berkefahaman
> sekularisme.  
>     Adalah lebih baik pemimpin-pemimpin Melayu
> mengamalkan budaya a-
> Fatihah juteru sebagai beragama Islam, surah
> al-Fatihah itu diujarkan 
> dalam setiap rakaat, semasa menunaikan solat
> khasnya. Justeru, itulah 
> kenapa al-Fatihah dijadikan sebagai salah satu sebab
> diwajibkan 
> membacaannya di setiap rakaat ketika melaksanakan
> solat.   Oleh yang 
> demikian,  berbuatlah apa-apa pun,  tetapi jangan
> sekali-kali lari 
> dari yang telah ditetapkan oleh maksud yang
> terkandung di dalam surah 
> al-Fatihah itu.   Kita mesti wujudkan budaya
> al-Fatihah dalam 
> kehidupan di semua keadaan dan peringkat.  
>      Memang tidak dinafikan bahawa Islam membenarkan
> umatnya 
> berpolitik,  tetapi politik yang dibenarkan oleh
> Islam haruslah 
> difahami apakah falsafah, tujuan,  matlamat dan
> objektifnya. Teras 
> dan akar umbinya ialah ia adalah merupakah bidang
> siasah yang 
> seharusnya mempunyai konsepnya yang tersendiri dalam
> lingkungan 
> weltanschaung tawhidik; dan tidak boleh sama sekali
> terkeluar dari 
> landasan dan krangka nawaitu lillahita'ala.  Apakah
> dalam Islam tidak 
> mempunyai metodologinya yang tersendiri bagi memilih
> pemimpin?  Jika 
> ada, kenapakah metodologi tersebut diketepikan?
>     Oleh itu, adalah tanggungjawab bagi orang-orang
> Melayu di semua 
> peringkat mendidik orang-orang Melayu sendiri dan
> generasi muda 
> Melayu khasnya supaya apabila memilih pemimpin, 
> memastikan orang 
> yang hendak dijadikan pemimpin itu adalah
> orang-orang yang jelas dan 
> ketara sifat dan personaliti peribadinya adalah
> berpaksikan 
> weltanschauung tTwhidik dan wataknya berbudayakan
> surah al-Fatihah.  
> Ini adalah bagi memastikan bahawa mereka yang akan
> menjadi pemimpin 
> kita bukan dari golongan yang bersahabat dengan
> musuh-musuh utama 
> kita,  iaitu iblis dan syaitan yang sering
> disebutkan oleh al-Quran 
> sebagai musuh utama kita yang nyata.  Jangan
> dibiarkan umat Islam 
> terus menerus hanya memiliki PENGETAHUAN saja
> mengenai surah al-
> Fatihah,  tetapi hendaklah memiliki ILMU yang
> terkandung dalam surah 
> al-Fatihah itu
>     Langkah pertama yang mesti kita didik diri kita
> sendiri dan anak-
> anak kita serta generasi muda Melyau ialah supaya
> memiliki ILMU yang 
> terkandung dalam surah al-Fatihah itu.   Setiap ayat
> dalam surah al-
> Fatihah itu diwajibkan memahami dan dapat
> menghayatinya zahir dan 
> bathin.  Apabila seseorang itu sudah dapat menguasai
> ILMU yang 
> terkandung dalam surah al-Fatihah tersebut maka akan
> menjadi mudah ia 
> memiliki perisai menentang dan mengenyahkan iblis
> dan syaitan dari 
> dalam kehidupannya walau dalam apa bidang sekali pun
> dan di mana jua 
> ia berada.
>     Generasi muda Melayu, ayuh tubuhkan pergerakan
> dan tindakan, 
> melalui pelbagai organisasi (termasuk kawalan
> sosial) yang dapat 
> membina Melayu Baru berbudaya al-Fatihah,  dan
> laksanakan RUKUN 
> PERSAUDARAAN yang mengandungi ENAM perkara itu, dan
> setiap sesuatu 
> yang ingin dilakukan pastikan diri bernawaitu
> berpaksikan 
> Lillahita'ala.  Hanya dengan cara ini saja yang akan
> dapat menyatukan 
> umat Melayu, iaitu segala urusan mestilah
> berpaksikan kepada agama 
> sebagai addin.  Jadikan MALAYSIA sebagai negara
> model yang 
> membuadayakan al-Fatihah dalam segala lapangan.
>
______________________________________________________________________
> 30 Jun 2000.
> Oleh:         Rampa.
> E-Mail:  [EMAIL PROTECTED]
> 
> 
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke