*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
saya adalah lepasan pusat asasi sains Um dan seperti kebanyakan yang 
lain,,tentulah membangkang pusat yang begitu besar jasanya itu ditutup.apa 
yang menjadi kemusykilan mengikut dari kata kata naib canselor Um bahawa 
KUNUNnya fungsi pusat asasi sains tidak dihapuskan tetapi diperluaskan 
dengan memberi tempat kepada pusat pusat matrikulasi diluar kampus.Adakah Um 
sekarang begitu terdesak mengejar keuntungan sehingga mengabaikan kebajikan 
pelajar pelajar  Bumiputra.Apa yang saya ingin utarakan ialah bayaran yang 
dikenakan terhadap pelajar pelajar yang memasuki pusat pusat matrikulasi di 
luar Um adalah seganda mahalnya,,dengan para pengajar yang diragui keupayaan 
dan kaedah pembelajaran serta kemudahan pembelajaran yang tidak setanding 
dengan yang terdapat di pusat asasi sains itu sendiri.Adakah produk pusat 
pusat matrikulasi ini mampu bersaing dengan dengan pelajar pelajar cina yang 
memang di akui tinggi daya tahannya apabila memasuk mana mana fakulti sains 
dan kejuruteraan kelak.bukan untuk merendahkan daya tahan pelajar pelajar 
bumiputra tetapi realitinya lebih kearah itu.Jika selama ini Pusat Asasi 
Sains dapat mengeluarkan ribuan pelajar pelajar bumiputra yang tahan daya 
uji dan berkelayakan dengan jumlah yang ramai untuk menyaingi bangsa bangsa 
lain di fakulti fakulti kejuruteraan,,sains dan perubatan,,kenapa ia tidak 
diteruskan.Ini lah masanya pihak pihak berkenaan jikalau benar benar ikhlas 
memperjuangkan `ketuanan melayu`  bangkit mendesak agar pusat ini 
dikekalkan.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Pahang Junior" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke