*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cuba perhatikan isu ini:

1) Dalam muka depan Utusan bertarikh 21-Januari-2001, Naib Canselor UM (Dr.
Anuar Zaini) kata Pusat Asasi Sains terpaksa ditutup atas arahan Kementerian
Pendidikan walaupun setelah Pak Lah meminta dibatalkan cadangan tersebut.
Beliau kata : ''Saya akur dengan arahan dan perancangan yang dibuat oleh
Kementerian Pendidikan dan kami mahu memberi sokongan kepada kementerian,''
.
http://www.utusan.com.my/content_a.asp?url=/archives/21-01-2001/utusan_malay
sia/front_page/fp2_full.htm

2) Dalam Utusan hari ini 26-January-2001: Utusan hari ini melaporkan
sumber-sumber sebagai berkata, kerajaan telah mengarahkan UM menarik balik
keputusan untuk menutup Pusat Asasi Sains berikutan desakan pelbagai pihak.

3) Dalam Utusan bertarikh 24-January-2001: Semalam, Ketua Pengarah
Pendidikan, Datuk Seri Dr. Shukor Abdullah pula dilaporkan berkata,
Kementerian Pendidikan mengambil keputusan menutup Pusat Asasi Sains itu
kerana pelajar dalam bidang sains boleh ditempatkan di pusat-pusat
matrikulasi di seluruh negara.
http://www.utusan.com.my/content_a.asp?url=/archives/24-01-2001/utusan_malay
sia/front_page/fp5_full.htm

4) Dalam 'headline' Utusan hari ini PM kata jangan tutup Pusat Asasi Sains.


Persoalan:

1) Dari point #2, kenapa kerajaan mengarahkan UM menarik balik keputusan
untuk menutup Pusat Asasi Sains sedangkan arahan penutupan adalah dari
Kementerian Pendidikan (lihat point #1 dan #3)???
Sepatutnya kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan bukan pentadbiran
UM!!!

2) Dan lagi siapa itu Kementerian Pendidikan kalau bukan salah satu entiti
KERAJAAN?
Jadi, yang memulakan isu penutupan Pusat Asasi Sains adalah KERAJAAN
sendiri!

3) Siapa kah orang-orang dalam Kementerian Pendidikan? 
Datuk Abd. Aziz Shamsuddin iaitu Timbalan Menteri Pendidikan yang juga bekas
setiausaha politik PM!!

Akhir-akhirnya PM kata jangan tutup!
Sebenarnya kesudahan isu Pusat Asasi Sains memang sejak dari awal lagi sudah
saya jangkakan. Perkara ini juga sejak awal lagi sudah saya berbincang
dengan ahli keluarga saya termasuk mak bapak saya yang dulu orang kuat umno.
Pagi tadi apabila bapa saya baca 'headline' Utusan, terus dia tunjukkan
kepada saya dan mengingatkan saya akan kebenaran jangkaan saya!

Pening jugak dibuatnya pasal isu Pusat Asasi Sains ini!!!
Nampak macam satu lagi adegan sandiwara sahaja!!!
Akhir-akhirnya Mahathir jadi 'hero' penyelamat masa depan bangsa!

Kelakar! Kelakar!
Sendiri korek masalah/isu, sendiri kambus, sendiri jadi 'hero'!

Jangan tutup - PM -- Isu kedudukan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
selesai
JITRA 25 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini
mahukan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM) terus beroperasi. 
''Saya telah menasihatkan Pusat Asasi Sains itu terus dibuka,'' katanya
menjelaskan mengenai masa depan pusat itu yang dirancang untuk ditutup pada
April ini. 
Dr. Mahathir menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri
majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Kubang Pasu di sini, hari ini. 
Pendirian jelas Perdana Menteri berhubung kedudukan Pusat Asasi Sains
tersebut telah menjawab tanda tanya banyak pihak mengenai masa depan pusat
itu sejak pendedahan mengenainya dilakukan oleh Utusan Malaysia, Jumaat
lalu. 
Majlis Tertinggi UMNO yang turut membincangkan soal tersebut pada
mesyuaratnya di Melaka Isnin lepas telah menyerahkan kepada Perdana Menteri
bagi menentukan kedudukan pusat tersebut. 
Sebelum ini kalangan pensyarah, bekas pelajar pusat tersebut, cendekiawan
serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah meminta UM membatalkan
rancangannya untuk menutup pusat berkenaan kerana khuatir langkah itu akan
menyekat peningkatan anak Melayu untuk bersaing dengan kaum lain dalam
bidang berteraskan sains. 
Bagaimanapun Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Anuar Zaini Md. Zain tetap
berpendirian pusat berkenaan perlu ditutup dengan alasan ia berpegang kepada
arahan Kementerian Pendidikan. 
. Utusan hari ini melaporkan sumber-sumber sebagai berkata, kerajaan telah
mengarahkan UM menarik balik keputusan untuk menutup Pusat Asasi Sains
berikutan desakan pelbagai pihak
Pusat Asasi Sains UM diwujudkan pada tahun 1977 untuk membantu meningkatkan
pelajar Melayu dalam bidang sains pada peringkat prauniversiti sebelum
mereka diserapkan ke Fakulti Sains di universiti yang sama. 
Ia diilhamkan oleh Naib Canselor UM ketika itu, Profesor Diraja Ungku Aziz
dan disokong oleh Dr. Mahathir yang ketika itu Menteri Pendidikan. 
Penubuhan pusat berkenaan menjadikannya sebagai pelopor dan pengasas kepada
penubuhan pusat-pusat matrikulasi di negara ini. 
Oleh: SOPHA SULAIMAN


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke