*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Atas sebab yang sama Kerajaan Malaysia juga perlu menghormati perjanjian
antara Petronas dengan kerajaan negeri Terengganu...

Tidakkah kegagalan kerajaan Malaysia menghormati perjanjian tersebut juga
boleh menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia?

Atas 'argument' yang sama yang DS Syed Hamid Albar gunakan terhadap
Indonesia...
kerana kerajaan Malaysia telah membuktikan bahawa kerajaan Malaysia boleh
membatalkan mana-mana perjanjian!

Indonesia perlu hormatkan perjanjian dengan syarikat Malaysia
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kerajaan Indonesia perlu menghormati perjanjian yang
telah dimeterai dengan syarikat-syarikat swasta Malaysia kerana kegagalan
berbuat demikian akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap republik
berkenaan. 
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, setiap perjanjian yang
telah ditandatangani oleh syarikat swasta asing wajar dihormati kerana jika
tidak imej Indonesia boleh terjejas. 
''Kita tegas dalam soal ini dan mahu jaminan keselamatan terhadap semua
pelaburan syarikat Malaysia di Indonesia,'' katanya. 
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Dewan Perwakilan Rakyat
(DPR) yang mahu pemerintah Indonesia membatalkan penjualan ladang kelapa
sawit seluas 262,653 hektar kepada syarikat Malaysia, Guthrie Berhad. 
Semalam, Ketua DPR, Akbar Tanjung berkata, DPR bersetuju dengan pandangan
Himpunan Kerukunan Tani Indonesia (HKTI) dan Masyarakat Kelapa Sawit
Indonesia (Maksi) supaya penjualan itu dibatalkan. 
Kedua-dua pertubuhan itu menyifatkan penjualan ladang berkenaan yang sebelum
ini milik syarikat Indonesia, Salim Group hanya menguntungkan
syarikat-syarikat Malaysia yang kini sudah menguasai 50 peratus daripada
hasil pengeluaran minyak sawit. 
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, Wisma Putra setakat ini belum menerima
sebarang maklumat mengenai pendirian baru kerajaan Indonesia itu. 
''Guthrie Berhad juga tidak membuat laporan kepada kita. Ia masih
cakap-cakap dan belum tentu lagi,'' katanya. 
Presiden Abdurrahman Wahid dalam lawatan rasminya ke Malaysia baru-baru ini
menggesa Malaysia membuat pelaburan yang lebih besar di republik berkenaan. 
Selain Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun, Malaysia adalah antara rakan
dagang penting bagi Indonesia yang kini memerlukan banyak pelaburan asing
bagi menyokong kebangkitan semula ekonominya.

http://www.utusan.com.my/content_a.asp?url=/archives/27-01-2001/utusan_malay
sia/front_page/fp8_full.htm

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke