*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam wbt,

Saya rasa isu ini penting...
kalau nak tunggu jadi orang Islam sejati, sedangkan ramai yang mengaku
ulamak pun masih ambil remeh isu ini...
alamat sampai bila-bila isu ini tak boleh diketengahkan/ditimbulkan...
dan kalau isu ini tidak penting, kenapa ada pihak yang masih
meng"haram"kannya?
dan kalau tidak masakan Allah Taala turunkan surah Al-Ahzab ayat 59?

Saya rasa sdr ada sedikit missed the point...
isu disini ialah peraturan/polisi yang melarang pemakaian tudung/menutup
aurat...
dan polisi ini dibawah syarikat yang tertakluk dibawah kerajaan...
dibawah kerajaan yang pemimpinnya melaungkan negara Islam...
dibawah pemimpin yang ada diantara kita mengambil saham mengundi dan
melantik mereka jadi pemimpin...
dibawah kerajaan yang pemimpin yang disokong oleh beberapa golongan yang
mengaku ulamak...
Begitu juga syarikat swasta...
Kalau pihak kerajaan boleh mengenakan beberapa undang-undang termasuk
undang-undang buruh, cukai dsb...
kerajaan juga boleh mengenakan syarat keatas syarikat swasta kelonggaran
keatas pekerja dalam hal menutup aurat dan juga mengerjakan solat 5 waktu
dan solat Jumaat...

Dan kenyataan terakhir sdr,
kalau nak tunggu semua orang Islam mengIslamkan diri sepenuhnya,
alamat tak boleh lah nak bincang pasal daulah Islam,
tak boleh lah ada usaha untuk menegakkan daulah Islam,
mungkin Nabi pun kena tunggu semua umatnya Islam sepenuhnya baru boleh
tegakkan daulah Islamiah...
infact maza zaman Nabi menegakkan daulah Islam, masih ramai lagi orang kafir
di bumi Mekkah...

Tak gitu sdr?



-----Original Message-----
From: reformasi lefomaci [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Monday, February 05, 2001 12:08 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: pasal tudung


assalamualaikum....

alhamdullillah . ade juga insan yang nak bincang pasal tudung nie. cuma saya

nak mencelah kalau niat kita nak bincangkan pasal tudung adalah baik , 
eloklah tapi kalau nak salahkan orang lain tak perlulah dibincangkan di net 
nie kerana saya rasa ade masalah yang lebih besar yang perlu dibincangkan. 
kalaulah setakat kita nak membincangkan pasal islam lebih mendalam tetpai 
kita sendir masih lagi terawang-awang mencari cara hidup kita macamano. so 
yang penting sebelum kita mencari salah orang lain kita duduk depan cermin 
dan kita tengok diri kita itu adakah kita ini adalah merupakan seorang islam

yang sejati yang tidak pernah sikitpun meninggalkan sembahyang walaupin 
dalam perjalanan dan membayar puasa yang dulu-dulu.

tentang tudung nie memanglah peramugari tak bertudung kerana masa interview 
pun dan pun dipilih.yang pakai tudnug dok kat ofis ler tu.begitu juga yang 
dihotel yang tak pakai tudung ade kat ofis bukan kat kaunter dan bukanlah 
tidak ada yang bertudung yang duduk kat kaunter cuba pie kat seri 
malaysia.tapi kalau setakat pakai tudung yang pendek buat apalah nak katakan

kita ini lebih islam dari orang yang tak pakai tudung langsung.

so kita janganlah cuba nak mencari alasan untuk menutup kelemahan kita 
dengan menuning jari pada orang lain.yng penting sebelum kita mendirikan 
kerajaan (daulah) islam kita kena mengislamkan diri kita dulu kerana 
kerajaan islam akan terbentuk setelah manusia ini telah pun islaam 
sepenuhnya bukan kerajaan islam didirikan sebelum umat islam itu adalah 
islam sebebenarnya.

wassalam
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke