*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam wbt,

Laa hau la wala quwata illa billahil aliyil azim!

Jadi, sdr mengatakan apabila ada pihak mengharamkan sesuatu yang wajib
adalah suatu perkara yang kecil!!!
Jadi, kalau isteri atau anak sdr dilarang menutup aurat,  adakah sdr
menganggap ini suatu perkara yang kecil???
Adakah sdr tahu apakah hukum apabila seorang muslim mengharamkan sesuatu
yang dihalalkan oleh Allah SWT, apatah lagi mengharamkan sesuatu yang
wajib??

Apabila sdr mengatakan kita tidak perlu mengambil serius akan ucapan
mahathir,
saya rasa pelik!!!
Adakah sdr menetap di Malaysia atau pun rakyat Malaysia?
Gaya ucapan sdr, macam sdr ni orang asing...

Kalau Mahathir tu hanya seorang petani, nelayan, atau orang biasa spt sdr
dan saya, saya kira kenyataan sdr memang bertepatan sekali...
Olehkerana Mahathir itu adalah pemimpin, ketua negara, maka sepatutnya
setiap ucapannya diambil serius!!!

Sebab setiap ucapannya adalah berdasarkan pada pandangan dan pemikiran
beliau,
dan setiap pandangan dan pemikiran beliau akan di turunkan didalam polisi
dan pentadbiran negara yang akan memberi kesan dan membentuk halatuju kepada
setiap individu dan rakyat Malaysia!!!

Tak kan ini pun sdr masih tak faham kot!!!

Dan since sdr kata kita tak perlu dengar cakap dia, dan dia bukannya arif
sangat, 
maka dah elok sangat dia turun takhta...
kalau tak nak turun, maka patutlah sangat di turunkan juga...
Tak gitu?

Tentang kata mahathir menghina janggut Nabi tu sdr dah dengar ke?
Adakah kerana ketiadaan Gillete sebab itu Nabi tidak bercukur?
Atau mahathir lupa dalam bab haji, sunat bercukur kepala ketika bertahlul...
bukankah amalan ini menjadi sunat kerana pernah dilakukan oleh Nabi
dahulu...
jadi adakah zaman Nabi bercukur kepala tak pakai alat?
Dan mahathir berkata demikian sedangkan beliau sudah pergi mengerjakan
haji???
Takkan perkara macam ini seorang mengaku Islam sudah tidak sensitif lagi?

Dan konsep bersyukur sdr??
Adakah sdr maksud bersyukur kita akur dengan apa yang ada di waktu yang sama
kufur dan redha apabila hukum-hukum dan undang-undang Allah diperlekehkan?
Kita redha dengan undang-undang peninggalan British, dan membelakangkan
undang-undang Allah?

Surah Al-Maaidah:

48)
Dan Kami telah turunkan kepada mu Al-Qur'an dengan membawa kebenaran,
membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan
sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu;
maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran
yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan
aturan dan jalan yang terang...

49)
Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa yang
diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu
dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mu. Jika mereka
berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpa musibah kepada mereka
disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia
adalah orang-orang yang fasik.

50)
Apakah hukuman jahiliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang
lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?


Orang macam sdr-lah yang musuh-musuh Islam, penjajah kafir British amat
suka..
sebab akan terus mewarisi penjajahan mereka..
dalam bentuk pemikiran dan jiwa...
sebab itu lah sdr meremehkan negara Islam...

Sdr sendiri kata didalam alam kubur nanti akan ditanya apa agama
(Deen/tatacara hidup) kamu,
bukankah Islam itu adalah agama yang syumul termasuk perundangan dan negara
Islam?
Jadi adakah Islam kita hanya setakat mengucap, solat, puasa, zakat, dan
haji, kawin tetapi bila bab hukum hudud/qisas/jinayah kita tolak Islam tang
ni (lagipun bab undang-undang pun ada dalam Al-Qur'an dan Hadith)?
Tak gitu??

Wassalam.

-----Original Message-----
From: omar laden [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, February 06, 2001 9:04 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Haram Memakai Tudung?


assalamualaikum...

saya rasalah masalah tudung nie bukanlah masalah yang perlu diperbesarkan 
kot kerana kat kelantan pun tok guru pun tak ade pun dok sibuk suruh dan 
wajibkan semua orang di kelanatan bertudung.yang saya tahu sudah menjadi 
tradisi orang perempuan kelantan memakai selendang yang di ikat pada kepala.

jadi negeri kelantan yang dipimpin oleh seorang tok guru perlulah memberi 
peringatan dan mewajibkan  kepada penduduknya memakai tudung labuh bukannya 
selendang. cubalah pie kat kelantan tengok keadaan yang sebenarnya.sampai 
sekarang keadaan kelantan adalah sama seperti dulu.orang seludup beras pun 
masih berlaku.waktu maghrib KFC/McDonald masih lagi dikerumuni oleh orang 
ramai dan ade juga yang berimejkan tok lebai. dan berhampiran pasar kadijah 
pun kalau kita lalu kita akan dapat lihat anak muda masih lagi bercouple 
dalam gelap. so, sebenarnya syariat islam ini bukanlah benda yang mudah yang

boleh dicakap dan dibincangkan saje.lebih baik kita tengok benda yang hampir

dengan  kita dan kalau ade yang tak elok kita tegur . yang besar tu biarlah 
orang besar kita selesaikannya. itulah yang lebih baik.

yang tak elok sebenarnya adalah diri kita sendiri yang hipoktrit. anak bini 
kita memakai tudung tetapi adakah itu adalah amalannya yang sebenar atau 
hanya sebagai sebab kita islam kita perlu memamkai tudung hanya  bila pergo 
kerja tapi kalau lain waktu tudungpun terbang.jadi yang elok kita didik anak

isteri kita supaya ikut ajaran islam dengan solatnya, puasanya dan 
sebagainya baru itu kita namakan didikan bukan hanaya untuk persalahkan 
orang lain.islam itu luas .bila mahathir kata negara ini islam kita perlu 
lah menapiskannya.mungkin dia bukan arif tentang semua ini dan kita pun 
beranggapan begitu jadi buat apelah kita nak ambil serius cakap dia bila 
sebut negara ini sebagai negara islam. yang bodohnya kita yang tidak dapat 
menimbangkannya.yang kita pie dok dengaq cakap dia tu buat apeler.

bila dia cakap mungkin maksudnya lain tapi bila dilapurkan sudah menjadi 
lain.begitu juga isu janggut nabi dan menghina ulamak . kalau kita dengar 
betul-betul percakapannya kita akan dapati tidak ader langsung niat vbeliau 
untuk menhina sesiapa tetapi pada asasnya beliau bercakap agar ulama ini 
betul memainkna peranan di zaman yang kita katakan akhir zaman tetapi ulama 
semakin ramai yang timbul.

kalau kita bertanya dengan ibu bapa kita  tentang islam, tentu mereka akan 
mengatakan bahawa islam zaman sekarang lebih kuat berbanding zaman mereka ( 
60 dan 70an).dulu kalau kita nak lihat orang bertudungpun payah tetspi 
sekarang di mana-mana kita boleh ,lihat bagaimana anak-anak kecil pun dah 
mula memakai tudung.begitu juga tempat-trempat maksiat.

cuma sebagai manusia kita perlu bersyukur dan dapat menerimanya bahawa 
manusia itu kerdil.
allah swt itu adil dengan ciptaannya dimana dosa lawan pahala , surga dan 
neraka, jahat dan baik, perempuan dan lelaki,so kenapakah kita nak 
pertikaikan ciptaan allah swt.di dalam alam kuburpun yang akan ditanya 
adalah apa agama kamu, siapa nabi kamu dan tak adepun ditanya apa kah negara

kamu negara islam. so yang penting kita kena perkukuhkan dulu diri kita agar

jangan rapuh sebagaimana orang yang murtad walaupun mereka ini kuat beragama

dan lepas tu kita nak salahkan orang lain kerana orang itu dan ini murtad.

yang sebenarnya ialah kita cuba untuk mencari kesalahan orang lain di mana 
kita cuba untuk menutup kelemahan kita.so kita kena belajar untuk bersyukur 
dengan keadaan negara kita yang amat kini dan kadangkala cuba digugat dengan

reformasi ala indondan filipina

wassalam
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke