Assalamualaikum wrm wbkt.
Siri Satu...
     Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib

 Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan akhlak Islam, melainkan masyarakat yang berpegang teguh dengan
 pemikiran dan cara hidup Islam sebagai syariat perundangan, peraturan dan perlembagaan hidup,
 serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan
 di alam ini. Seluruh amal ini dan lain-lain keperluan untuk amalan-amalan ini serta lain-lain perkara
 yang berkaitan yang dituntut oleh amal-amal ini adalah satu tuntutan syariat. Kewajipan
 melaksanakan tidaklah gugur kecuali setelah tertegaknya satu kuasa yang dapat mengendalikan
 tanggungjawab ini dan memelihara urusan kaum muslimin.

 Selagi kekuasaan ini tidak wujud, maka seluruh kecuaian atau kecacatan para petugas amal Islam
 dan kecuaian orang yang tidak turut serta dalam kerja-kerja ini, menurut pandangan Islam adalah
 satu dosa yang tidak akan hilang melainkan orang-orang Islam bersegera bangun memikul
 tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja untuk menegakkan Islam.

 Di antara bukti-bukti yang menguatkan bahawa beramal untuk Islam adalah wajib dan ianya bersifat
 wajib taklifi (difardukan), bukannya tanggungjawab yang diperintahkan melakukan secara sukarela,
 dapat dilihat secara yakin dari beberapa sudut:

 Pertama: Wajib Dari Sudut Prinsip (Mabda').

 Beramal atau bekerja untuk (menegakkan seluruh ajaran) Islam pada prinsipnya adalah wajib
 kerana beramal atau bekerja adalah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah
 s.w.t kepada seluruh umat manusia, didahului oleh para Nabi dan para Rasul kemudian ke atas umat
 manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat kelak...
AkAN DISAMBUNG.........

Kirim email ke