*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum,

1- Kitab Fushuhul Hikam dan Ath-Thawasin ini banyak telah disyarahkan oleh 
pengikut pengikut Ibnu Arabi dan juga Al-Hallaj. Ulama ulama Islam telah 
lama mengkaji kitab kitab tersebut dan akhirnya menjatuhkan hukum bunuh 
kepada Al_Hallaj kerana tulisannya yang membawa kepada kekufuran.Manakala 
ulama ulama yang  menghukumkan Ibnu Arabi menjadi KAFIR, MULHID atau MURTAD 
ialah:

1- Ibnu Sayyid An-Nas (meninggal 734H)
2- Ibnu Daqieq Al-'Ied (m 702H)
3- Ibnu Taimiyah (m 728H)
4- Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (m 751H)
5- Qadhi Iyyadh (m 744H)
6- Al-'Iraqi (m 826H)
7- Ibnu Hajar Al-Asqalani (m 852H)
8- Alauddin Al-Bukhari
9- Abu Zur'ah
10- Al-Udhd (m 757H)
11- Al-Jurjani (m 814H)
12- Al-Taftazani (m 792 H)
13- Muhammad Ibnu Ali bin Yaqub (m 814H)
14- Abi Hayyan (m 654 H)
15- Taqiyuddin As-Subqi
16- Isa Ibnu Mas'ud Az-Zawawi (m 743H)
17- Ali Ibnu Yaqub Al-Bakri
18- Al-Baalisi (m 829H)
19- Ibnu Nuqas (m 763H)
20- Ibnu Hisyam (m 761 H)
21- Syamsuddin Ibnu Muhammad Al-Aizari
22- Lisanuddin Ibnul Khatib (m 766 H)
23- Muhammad Ibnu Ahmad Al-Bishati
24- Ibnu Khayyath ( m 811 H)
25- Ismail Ibn Abi Bakri Al-Muqri ( 875 H)
26- Izzuddin Ibn Abdissalam ( m 660H)
27- Ibrahim Ibnu Daud Al-'Amidi (m 797H)
28- Abu Bakar Ibnu 'Ashim Al-Kinani
29- Sulaiman Ibnu Yusuf Al-Yusufi (m 739H)
30- Ali Ibnu Abdillah Al-Ardabili ( m 746H)
31- Musa Ibnu Muhammad Al-Anshari (803 H)
32- Burhanuddin Al-Biqa'i (m 858 H)
33- Ibnu Khaldun (m 808 H)
34- An-Nawawi (m 676 H)
35- Adz-Dzahabi ( m 748 H)
36- Al-Bulqini (m 805H)
37- Al- Maushili
( Rujuk: Yayasan Al-Qalam Ma'had Ad-Diraasaati Islamiyah Jakarta: Jawaban 
Tuntas untuk Dr. Nucholish Madjid tentang Ibnu Arabi dan Syetan masuk 
Syurga, 1407H, hal 6)

Mereka yang di atas adalah tokoh tokoh ulama islam dalam bermacam macam 
bidang Islam.Malah tokoh tokoh seperti Ibnu Sayyid An-Nas, Ibnu Daqieq 
Al-'Ied, Ibnu Hajar Al-Asqalani,An-Nawawi dll itu adalah TOKOH MAZHAB SYAFIE 
pada zaman mereka. Tokoh tokoh ini telah menjatuhkan kafir terhadap Ibnu 
Arabi, tapi sayang sufi model Ibnu Arabi ini masih  juga menjadi anutan di 
masa ini.

2- Yang pasti orang orang kafirlah yang banyak mengangkat-angkat kitab kitab 
karangan sufi model Ibnu Arabi dan Al-Hallaj ini.Mereka inilah yang mencari 
dan menterjemah manuskrip -manuskrip sufi yang lama untuk disebarkan luas 
seperti yang dilakukan oleh Louis Masiggnon dan rakan rakannya.(Mengapa- 
tidakkah ini tujuannya untuk menghancurkan Islam?)Manuskrip manuskrip yang 
sudah terpinggir dan tidak memdapat tempat di hati umat islam mulai dikaji 
kembali di universiti universiti barat.Malah di barat ada kelab yang 
dinamakan IBNU ARABI SOCEITY untuk menyebarkan fahaman ibnu arabi ini.



>From: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Soalan Untuk Orang Sufi
>Date: Tue, 20 Feb 2001 00:10:52
>
>W'salam...
>
>Kenapalah bengap sangat kepala otak kamu ni kb??? Saya ingin tahu kamu baca 
>kitab Fushushul Hikam dan At-Thawwasin versi apa?? Kamu tahu ka bahasa 
>Arab??
>
>Sarjana kapir memang gemar buat tesis tentang sufism, entah dari mana 
>cerita kaki lima dan longkang mana entah yang dia dapat cerita macam ini.
>
>Samalah macam kamu kb, suka main cedok-cedok tulisan orang kapir. Lepas tu 
>cut and paste. Hentam kromo ahli sufi.
>
>Kamu tu siapa jika nak dibandingkan dengan ahli sufi yang besar tersebut? 
>Entah-entah cara mandi junub pun tak betul?
>
>Lain kali, kalau nak menulis untuk menyentuh perihal kesufian ini, jangan 
>main serkap jarang. Jangan main ambil sekerat-sekerat, dan lebih penting 
>lagi jangan ambil dari buku sarjana kapir laknat tu. Sebab agenda orang 
>kapir memang nak hancurkan ISLAM.
>
>Jangan kamu kb terikut-ikut resam yahudi sudahlah!
>
>Sekadar mengingatkan!
>
>Nurani
>
>
>
>>From: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Soalan Untuk Orang Sufi
>>Date: Fri, 16 Feb 2001 07:18:15
>>
><< message3.txt >>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke