*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Saya cuma nak tumpang sedikit bagi pendapat dari segi kenapakah sekarang ini makin
ramai orang meminta derma untuk pembinaan surau, masjid, madrasah dan
pondok-pondok pengajian agama (yang pada suatu ketika dahulu agak kurang seperti
yang diutarakan oleh sdr. Ahmad Baharudin Kasbi)?

Antaranya ialah :

1. Kos membina bangunan surau, masjid dan madrasah sudah meningkat berkali ganda.
Contohnya saya pernah menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pembinaan surau di
Taman tempat tinggal saya pada akhir tahun 80an. Tugas saya ialah menyiapkan plan
dan kos pembinaan. Saya telah berusaha mendapatkannya berdasarkan kepada tiga
contoh surau yang sudah siap terbina dan kosnya antara RM55000 hingga RM70000.
Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya telah berpindah dari
Taman tersebut.

4 tahun kemudian, saya berpindah balik ke Taman berkenaan. Saya dapati bukan
sahaja surau tiada, tapaknya pun masih semak samun.

Saya temui semula bekas pengerusi jawatankuasa pembinaan surau. Saya diberitahu,
jawatankuasa yang baru adalah terdiri daripada ramai ahli akademik sebuah
universiti. Mereka bijak-bijak belaka. Nak bina surau takkan dengan harga dalam
lengkungan RM55000 - RM70000. Malulah sikit, pasal kawasan perumahan di situ
rata-rata harga rumah sahaja RM200,000 - RM300, 000.00. Jadi jika nak bina juga
kenalah disesuaikan dengan kos rumah ketika semasa. Kira punya kira, kosnya dalam
lengkungan RM300,000.00. Tetapi malangnya duit yang terkumpul dari setiap pungutan
ahli kariah tak pun sampai RM30,000.00.

Jadi faham sahajalah!

Bila bangunan surau siap, kosnya menjangkau sehingga RM320,000.00.

Itu baru surau belum lagi masjid.
Tiap waktu jemaah yang hadir paling ramai waktu maghrib adalah satu baris atau
satu baris setengah. Waktu siang, zohor dan asar tiada orang. Waktu Subuh pun ada
tiga, empat orang. Sedangkan bangunan cukup besar dan indah!

2. Biasanya orang yang suka berderma ini adalah orang yang baik latar belakang
agama dan kesedaran agamanya. Orang-orang inilah juga yang suka atau menyegerakan
ibadah Haji dan Umrah. Oleh kerana kos mengerjakan ibadah Haji dan Umrah pun sudah
meningkat antara RM9000 - RM11000 bagi haji dan RM3500 - RM5000 bagi Umrah untuk
seorang. Jika dua orang, kali dua. Jika tiga orang atau empat orang satu
keluarga!? Jadi bayangkanlah, banyak mana yang boleh didermakan untuk pembinaan
surau dan masjid.

Dahulu mungkin setiap orang boleh berderma sehingga RM1000 seorang bagi surau atau
masjid kampungnya. Jadi jika masjid dan surau kampungnya nak dibina baru atau
dibaiki, tidak perlu lagi memohon derma dari kampung atau penduduk tempat lain.
Tetapi sekarang faham sahajalah keadaannya.

3. Kos kehidupan sekarang yang semakin menghimpit. Kos pendidikan yang tinggi dan
semakin tinggi. Bermula daripada anak masuk hadanah (sejak usia sebulan dua) atau
tadika (dua tahun) , hinggalah ke peringkat kolej atau universiti, kosnya tinggi
dan makin meningkat. Jika pendapatan isi keluarga lebih daripada RM5000 sebulan
bolehlah bertahan. Tetapi berapa ramai pendapatan isi rumah umat ISlam yang hidup
di kawasan urban berpendapatan sedemikian.

Sekian. wassalamualaikum wbt.


Ahmad Baharudin Kasbi wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum sdra Zuddy Al_Zuhdy,
>
> Saya tidak tahu mana satu tulisan saya yang sdra cuba ulas balas, tetapi
> berdasarkan tulisan sdra di bawah ini, saya merasakan tulisan sdra ini adalah
> ulasan balas kepada Ulasan Isu Semasa yang saya tulis sempena mengingati
> kematian Allahyarham Tun Razak tempoh hari.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke