*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Pagi tadi TERdengar ulasan MB Selangor di Radio Selangor -
itupun TERmasuk ditengah2 ulasan. Antara points yang 
ambo ingat, yang rakyat2 jelata semua kena dengar ialah; 
KATANYA (dalam "kurungan" ulasan ambo):

1.JBAS minta naik sampai 100%, tapi kita benarkan 20% aje.
  (Biasalah tu, mula2 minta lebih, lepas tu setuju turun 
   sikit...nampaklah macam prihatin).  

2.Kita perlu wang untuk beri kemudahan dikampung2.
  (Setuju sangatlah. Itu pasal benda2 tak berfaedah 
   seperti "Entertainment City" tu tak patut masuk dalam
   kepala langsung. Dan cakap tu biar serupa bikinlah..
   cakap nak tolong orang kampung, tapi yang makin kenyang,
   makin boncit, duit bermillion dalam bag, menjalar sana
   sini dengan kereta mewah, kroni korang jugak).
   
3.Itupun kita masih bagi subsidi air RM800 juta lebih.
  (Itulah gunanya kerajaan. Segala makdatuk cukai sudah
   diambil dari rakyat. Rakyat bayar zakat lagi. Kena
   kembalikanlah kemudahan kepada rakyat. Bukan guna
   untuk tebus syarikat bankrupt kepunyaan kroni).  

4.Bil anggaran, kemudian bil sebenar..macam bil TNB.
  (Baguslah tu. Bukan itu saja. Rombak mentaliti dan
   cara pengurusan supaya lebih efektif dan efisien.
   Supaya tak perlu naik harga air. MB cakap qualiti
   air Selangor adalah antara yg terbaik. Ambo tengok
   lebih kurang air paip kat Kelantan yg dikondem 
   habis2an. Tak percaya cuba simpan air tu semalaman, 
   kemudian tengok apa yang berkumpul dibawah. Dan ini
   satu artikel yg keluar sikit masa dulu: 

   "Letter of the day: Fed up with dirty, murky tap water"
    05 October 2000 
    (deleted)
    I have been getting murky brown water from the taps 
    in my office for the last six years. It is a shame 
    that the quality of our piped water has not kept pace
    with the tremendous progress achieved by the country 
    in the past several decades.

    Lau Bing
    Subang Jaya"

5.Kita akan minta pemaju buat tangki tadah hujan untuk
  kurangkan penggunaan air & cegah banjir. 
  (Ambo dah dengar lama dah benda ni. Macam cakap politik
   aje. Tak banjir macam mana, bukit bukau habis ditebang
   untuk bangunkan condominium dan bungalow mewah. Hutan
   simpan diceroboh, sampai terbina kampung2...mana tidur 
   pegawai penguatkuasa. Tak percaya, cuba jalan2 ikut
   highway lengkaran tengah. Dekat dengan LRT Putra,
   sebelah jalan ada satu perkampungan (rasanya macam tak
   ada kebenaran aje) dan disebelah lagi Cemerlang Height
   yg sedang digondol untuk tapak bungalow (kalau encik2 
   nak beli, sediakan paling kurang RM400 ribu untuk tapak
   aje). Dan bagaimana dengan pemindahan Zoo Negara? Puak2
   tamak haloba ni, dia kira nak buat untung aje. Kesannya 
   bukan dia ambil peduli. Kat Taman Melati tu, dengar 
   khabar, flat2 4 tingkat tu akan dirobohkan dan dibina
   kondominium 16 tingkat. Cuba fikir kesannya kepada 
   masyarakt keliling dan trafik. Jln Gombak, Jln Genting 
   Klang, Jln Sentul, & Jln Batu Caves. Dalam pada tu 
   masih dok kutip Tol - tak berhati perut betul. Tapikan, 
   MB, Dato Bandar, Exco2, dan Kroni2 kaya diaorang, mana 
   nak rasa benda ni. Dia orang keluar rumah pukul berapa 
   & rumahnya dimana? Kesusahan rakyat, apa dia orang tau?

6.Rakyat jangan dengar sangat cakap2 golongan tertentu
  yang mencampurkan kebenaran dan kebatilan sedangkan
  mereka sembunyikan kebenaran, sepertimana maksud satu
  ayat Al-Quran.
  (Contohnya puak2 umnolah. Ambil Islam sikit, sekularisma
   ambil juga. Nak bina masyarakat madani, masyarakat 
   hindustani alright juga. Buat tilawah Al-Quran, Pub
   dan ratu cantik bela juga, Menteri2 hina Islam, MB 
   Selangor (contohnya) ampu juga. And so on and so forth.

7.Kita ingin bentuk masyarakat berilmu, masyarakat madani.
  (Malas ambo nak komen. Nak muntah adalah...)

8.Kita perlu imarakkan masjid, ajar pasal solat, dsbnya.
  (Setakat tu lah kefahamannya. Solat, haid, nifas, dan
   yang sewaktu dengannya..sebab itu Ulama yang cakap
   selain diatas, kena gam)

OKlah MB, nanti besok ambo dengar lagi radio Selangor,
tolong cakap lagi ya. InsyaAllah.

Sekian.

> -----Original Message-----
> From: "Idrus, Sulaiman" <[EMAIL PROTECTED]>
>Assalamualaikum,bayar ajalah,,,,,,,,atau ramai-ramai 
>pakat curi air,kalau dia orang bolih rompak,kita 
>curi,,,,,,,sama-sama dapat merasa,,,,kan air tu
>hak kita juga,nak tunggu sampai tahun 2004?,tak tahulah 
>macam mana orang kita ni marah sekejap ajaa,sampai masa 
>pangkah BN jugak... 
>> ----------
>> From:        SOFFIAN[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
>> Assalamualaikum w.b.t
>> 
>> MB Selangor di alaf baru nie kurang komited dengan 
>> tugasnya asyik jadi wa ampu sana wa ampu sini je...
>> Kalu dah dipilih oleh Madeyyyyy tu.'
>> Semuanya yang teruk-teruk belaka..
>> Taunya semua nak naik...
>> 
>> Dia tak nampak ke yang rakyat sekarang nie sedang 'Naik'.
>> Kena buat solat hajat besar-besaran kat padang ke atau 
>> kat depan rumah khir toyol tu...
>> Biar dengar rakyat berdoa agar dia terkejut...
>> Lawan Tetap Lawan

>> "apanama" <[EMAIL PROTECTED]> 
>> 
>> To:   [EMAIL PROTECTED]
>> cc:   [EMAIL PROTECTED] (bcc: SOFFIAN/MEM/MSMM)
>> Subject:  H-Net* Air naik sebab MB berfikiran sempit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>> Assalamualaikum,
>> 
>> Kalau ia pun nak naikkan harga air, kenapalah sampai
>> tinggi begitu sekali. Sepatutnya dibuat dulu beberapa
>> perkara seperti:
>> 
>> - Tubuhkan pasukan gerak kilat untuk menangkap pencuri2
>>   air dan juga kebocoran paip2 air. Sekarang, kalau kita
>>   report paip bocor, punyalah lembabnya nak ambil tindakan.
>> - Tubuhkan pasukan elite kutip hutang dan beri ganjaran
>>   kepada yang bayar awal.
>> - Perkemaskan pengurusan.
>> 
>> Kemudian barulah dinaikkan sikit. Baru orang kata kerajaan
>> berjiwa rakyat; bukan kerajaan cekik darah rakyat. Benda
>> asas macam ni pun naik harga berlipatkali ganda. Bukankah
>> Selangor ni negeri termaju di Malaysia? Kilang sikit punya
>> banyak. Dapat pula extra cash dari hasil lelong putrajaya.
>> Tol sikit punya banyak. Masih nak bebankan rakyat? Dahlah
>> begitu, AJK masjid di tukar2. Ulama di buat musuh. Nasib
>> kaulah Selangor, bermenteribesar seorang yang tak
>> berpandangan jauh.
>> 
>> Tak lama tu. Patah dahan reput tu, jatuhlah dia gamaknya.
>> 
>> Sekian.
>> 
>


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke