Wa'alaikumussalam wbt,
 
Sebenarnya banyak perkara yang berlaku yang kita selaku rakyat marhain tak mengetahui. Dan kita tak boleh ambil perbandingan mudah dalam hal ini.
 
Sebagai contoh dalam hal demonstrasi aman, kebiasaannya pihak polis/SB sudah pun mendapat maklumat sejak awal-awal lagi samada samaran underground, intipan atau pun pemantauan melalui internet.
 
Dalam kes rompakan yang besar spt Bentong Kali, pernah kenalan saya yang mempunyai brother yang bekerja sebagai SB memberitahu, dalam kes seperti geng-geng perompak ini. Pihak SB biasanya tidak bertindak melulu menangkap mereka. Biasanya pihak SB akan membuat intipan dan ekoran untuk buat beberapa ketika. Ada kalanya sampai berbulan-bulan mengekori kumpulan-kumpulan tersebut. Mereka akan menunggu waktu yang sesuai serta terancang untuk membuat serang-hendap terhadap kumpulan tersebut. Biasanya juga pihak SB sudah pun ada maklumat lengkap spt tempat tinggal, tempat yang biasa dikunjungi, siapa kenalan dan ahli keluarga bagi setiap ahli yang mereka buat intipan. Dan jangan hairan kalau biasanya kita akan dengar dalam berita dan media bahawa kesemua anggota kumpulan atau perompak ditembak mati dalam serang hendap.
 
Jadi dalam kes yang tidak terancang seumpama ini, baru lah kita nampak keberkesanan pihak keselamatan kita.
Dalam kes pergaduhan kaum ini, adakah maklumat dimana sesuatu tindakan atau kumpulan akan disiarkan melalui internet?
Dan adakah pihak SB dapat memastikan siapakah individu atau ahli kumpulan tertentu yang terlibat spt dalam kes Bentong Kali?
Dan dalam kes seumpama ini, tindakan yang berlaku biasanya tidak terancang, berlaku secara rawak, dan juga kumpulan-kumpulan kecil yang bergerak secara tersendiri dan sudah tentunya lebih rumit???
-----Original Message-----
From: farook harun [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, March 13, 2001 9:45 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Pergaduhan kaum Kg Medan

Assalamualaikum ...

rasa musykil jugak pasal isu pergaduhan melayu-india kat Kg Medan nih ... berita kata 6 mati, sumber2 'underground' kata 90 hindu mati + 15 melayu mati ... takkanlah semudah ini org mati ... takkanlah semudah ini insiden ini berleluasa ... apa tak dak kawalan langsung ka ... sedangkan demonstrasi aman pon tak sampai 5 minit FRU + polis + SB sampai ... ini kan pulak satu perkara RUNCING yg boleh menghancurkan negara dibiarkan cam gitu saja ...

sedangkan pengedar dadah besar yg menyorok dlm tanah pon polis buleh datang tangkap, inikan pulak isu pergaduhan kaum ... takkan depa biaq lagu tu ja ... tak masuk akai la ... sedangkan perompak yg baru masuk dlm bank tak sampai 3 minit pon polis boleh datang kepong ... sedangkan bapak penjenayah cam Bentong-Kali tu pon buleh kena tembak mati tepat kat dahi, takkanlah pergaduhan kaum depa tak buat apa2 dan biarkan sampai 6 + 90 + 15 mati free ??? ...

sedangkan 3 org cina Johor yg sebarkan fitnah pasal pergaduhan kaum kat chow kit pon depa buleh datang tangkap ... takkan la benda2 cam gini depa tak buat apa2 ...

it doesn't make any of my sense lah ...

 

 



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices!

Kirim email ke