*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Nabi s.a.w., "Akan datang kepada manusia suatu zaman,
>dimana orang-orang yang beriman pada waktu itu lebih
>hina daripada kambingnya sendiri."...

Assalamualaikum,

Ish Ish teruk sungguh ya, lebih hina dari kambing. 
Salah satu sebab kita ni dibuat sewenang2 oleh orang 
adalah kerana kita ni terlebih "sabar". Nak bersuara 
menyatakan pendapat pun takut ditimpa risiko. Itu pasal 
kita ni kena tenyeh memanjang. Itu pasal kita dalam
kerugian sebab tak berpesan2.

----- Original Message ----- 
From: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>
To: MOHD_HAKEEM AHMAD <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, March 23, 2001 7:27 AM
Subject: Re: Fw: Fw: H-Net* Fw: duit rakyat

Wa`alaikumussalam warahmatullah ya akhi,

Pilihan saya tetap kepada pemimpin yang mahu menegak
kalimah-kalimah ALLAH SWT  diatas mukabumi ALLAH
ini.Dalam Islam, tidak ada 'perfection percentage'
untuk diukur/menilai performance seseorang. 
Sepertimana kata saudara, "Adakah seseorang pemimpin
itu dikatakan gagal jika contohnya dia berjaya
menjalankan 90% tanggungjawabnya, tetapi yg tak
berjaya 10% itu yg selalu disebut2 orang? 

.Katakanlah kegagalan yang 10% itu ialah berkenaan
dengan perkara-perkara yang terpesong daripada
hukum-hakam ALLAH, maka ini sangat bahaya sebab ia
membabitkan persoalan aqidah.Kalau aqidahnya rosak,
dia tak boleh cover dengan 90% kebaikan yang telah dia
buat sebelum ini.Sebab dalam persoalan aqidah,
matematiknya bukan 6-1=5, tapi 6-1=0.Sebab itulah, ia
disebut-sebut orang, sebab orang-orang itu semua sudah
celik agama.

Dan kita bukan nak sembang tentang puas atau tidak
puasnya satu-satu golongan, tapi kita nak bagitau
tentang haq-haq yang ALLAH SWT yang perlu dijaga.Kita
nak jaga hati manusia ka, ataupun nak jaga haq ALLAH
SWT ka supaya Dia tak murka kat kita?.Persoalan
seperti ini mesti kita tanya dulu sebelum apa-apa
projek nak kita buat.

Sepertimana satu hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan
oleh Ibn `Asakir daripada Anas bin malik r.a., sabda
Nabi s.a.w., "Akan datang kepada manusia suatu zaman,
dimana orang-orang yang beriman pada waktu itu lebih
hina daripada kambingnya sendiri."...Ini merupakan
satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. sebagai suatu
peringatan kepada kita semua, sebab apabila Nabi
s.a.w. mengatakan sedemikian, maka pasti akan tiba
juga zaman tersebut, samada kita bersedia ataupun tak
bersedia, ia pasti akan berlaku.Dan para ulama`
membahaskan bahwa manusia yang akan menjadi lebih hina
daripada binatang ternakan itu ialah mereka yang takut
untuk menyatakan kebenaran, yakni takut untuk
memperjuangkan agama ALLAH SWT.Mereka khuatir kepada
risiko-risiko yang akan mereka hadapi, lalu
menyebabkan mereka hanya menutup mulut daripada
menyatakan kebenaran, mereka enggan untuk
memperbetulkan segala kemungkaran yang berlaku dalam
masyarakat.
Jadi, sekarang kalau kita compare perbahasan daripada
para ulama` dengan keadaan masyarakat kita sekarang;
adakah zaman kita sekarang ini berkeadaan seperti yang
Nabi s.a.w. kata tu??..Kalau jawapannya "Ya", maka apa
perlu kita buat untuk mengelak ditimpa kemurkaanALLAH
SWT??.Jadi, bila kita bercakap tentang persoalam
aqidah yang sekarang ini sedang berada dalam keadaan
sangat-sangat kritikal, maka akan tampillah beberapa
kenyataan yang menunjukkan ketidak-puashatinya
mereka.Jadi, buatlah pilihan; samada nak layan orang
punya tak puas hati ka, ataupun kemurkaan ALLAH ka???

Sebab itu kita memilih pemimpin kita dikalangan
pimpinan yang menjurus kepada jalan ALLAH SWT, yakni
yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan lebih-lebih
lagi di akhirat.Sebagaimana yang telah dibahaskan
dalam posting saya "Mastika Hadith - Muqaddimah - Bab
2 - Hadith 3", yang mana hadith itu diambil daripada
Zaid bin Arqam r.a., katanya, "Bahwa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda : Kitab ALLAH `Azza wajallah ialah tali
ALLAH (sebab yang membawa kepada rahmat ALLAH),
sesiapa yang menurutnya, beradalah ia dalam hidayah
petunjuk yang sebenar-benarnya; dan (sebaliknya)
sesiapa yang meninggalkannya, beradalah ia di dalam
kesesatan." ( HR Muslim )
. Inilah ukuran yang Rasulullah s.a.w. buat, maka
begitulah juga nilaian orang-orang yang beriman
terhadap keikhlasan pemimpin mereka. Jadi, macamana
kita nak kata seseorang itu ikhlas kalau dia seorang
yang tak tau pun baca Quran?...Macamana kita nak kata
eloknya perangai, kalau orang itu menghina sunnah Nabi
s.a.w.??..Dan macamana kita boleh redha yang dia
sebagai pemimpin kita, sedangkan hukum-hukum dalam
al-Quran ditolaknya???..Sebab bila orang itu
tinggalkan hukum daripada al-Quran, maka Rasulullah
s.a.w. sebut bahwa orang itu sesat.Inilah penilaian
kita.

ALLAHU TA`ALA `ALAM.


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke