*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ambo pun tengok rancangan "bincang petang" tu.  Dan ambo
pun ada dengar penjelasan di radio, macam yang Dr. tu
bagitau.  Kalau tuan/puan masih berselera nak beli ayam2
yg dipack yg dijual kat pasaraya2, tu tak tahulah. 
Personally, ambo tak lalu sebab banyak sangat kemusykilan:
apa agama tukang semelih tu, baco bismillah ke tidak, 
lepas semelih ayam tu dibiarkan mengelupur (mungkin tidak
le sebab dah kena letrik) atau terus celup air panas, 
adakah penguatkuasa dikesemua pusat semelih yg melebihi 
90 di Selangor saja, dsbnya.  

Berita suratkabor berkenaan topik ini ada disertakan:

Ayam dilemas dalam arus elektrik sebelum disembelih

SHAH ALAM 12 Mac - Kerajaan Selangor mengesan operasi
penyembelihan ayam halal di sebuah kawasan di Damansara 
dekat sini dilakukan secara melemaskan haiwan itu di dalam
takungan air yang mempunyai arus elektrik sebelum 
menyembelihnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd.
Mokhtar Ahmad Dahlan memberitahu, pihaknya tidak dapat
mengesahkan sama ada ayam yang dilemaskan itu masih hidup 
atau sudah mati semasa proses penyembelihan itu dibuat.

``Kita bimbang ia bertentangan dengan sijil kebenaran
halal yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim),'' katanya ketika dihubungi Utusan di sini petang 
ini.

Menurutnya, kejadian itu dikesan dalam satu operasi
mengejut pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) 
di premis penyembelihan ayam di Kampung Sungai Kayu Ara,
Damansara dekat sini baru-baru ini.

``Ayam-ayam itu digantung dan dilemaskan ke dalam satu 
takungan air yang mempunyai arus elektrik kira-kira
setengah jam dan apabila keluar ayam berkenaan tidak lagi
bergerak dan barulah disembelih,'' ujarnya 

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya hanya menjalankan
operasi berkaitan aspek pembersihan dan tidak mempunyai 
sebarang kuasa dalam aspek penyembelihan tetapi perkara 
itu akan dirujuk kepada Jakim untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, pihaknya juga
mendapati aspek kebersihan turut diabaikan oleh pengusaha 
premis berkenaan termasuk melonggokkan bekalan ayam ke 
dalam lantai dan longkang.

``MPPJ telah mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun 
kepada pemilik premis berkenaan dan dalam operasi kali 
kedua pada beberapa hari lepas pula kami mendapati longkang
berkenaan sudah ditutup.

``Tetapi air darah dan najis ayam yang mengalir dari
longkang menuju ke sungai berdekatan masih menyebabkan bau
busuk,'' ujarnya.

Selain itu, menurut beliau, beberapa premis penyembelihan 
ayam di Kapar dan Meru turut didapati tidak mengambil berat
tentang faktor kebersihan semasa menjalankan operasi 
perniagaan mereka dan Majlis Perbandaran Klang akan 
mengambil tindakan mengenakan kompaun.

Oleh: RADZUAN HASSAN

>----- Original Message -----
>From: <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
>;
><[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
><[EMAIL PROTECTED]>
>Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]
>>
>Sent: Thursday, March 29, 2001 4:01 PM
>Subject: RE: H-Net* ayam tak sah di KL
~~
>> > Untuk makluman & pertimbangan semua.
>> >
>> > ---------- Forwarded message ----------
>> > Date: Thu, 29 Mar 2001 08:09:08 +0800
>> > From: Dr. Abu Bakar <[EMAIL PROTECTED]>
>> > To: Ahmad Tarmizi <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>> > Subject: RE: [ TV3 Bincang-Bincangkan]
>> >
>> > Tuan/Puan,
>> > Semasa saya menganggotai J/K Halal/Haram di JPM, isu penyembelihan
>> > ayam telah dibincang dengan mendalam. Isu yang pernah dibincang hingga
>> > dibawa keMajlis Fatwa ialah penggunaan "water stunner". J/K Fatwa
>> > Kebangsaan telah membuat fatwa bahawa penggunaan "water stunner" adalah
>> > dibolehkan dengan syarat kesannya adalah sementara (temporary effect).
DELETED


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke