*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saya rasa kalau dia orang iktiraf pun, dalam bab yang tak 
diluar tabie lah.  Misal hak dapat kerja, hak berpersatuan,
hak pendidikan dsbnya.  Kalau tidak bercanggahlah dengan 
undang2 yg ada sekarang dimana pondan2 didenda kerana 
berlagak wanita untuk tujuan yang gitu2tu. Mana boleh 
diluluskan perkara yang jelas dikutuk Allah yg mana telah
diberi contoh akibatnya di Zaman Nabi Lut dulu. 

Tapi, tak pulak mustahil kalau dibenarkan beberapa perkara 
yang dia orang kategorikan "masih atas pagar tabiee" 
seperti pertandingan ratu maknyah dsbnya - sebab banyak 
sangat pakai otak dan tolak nas2 agama.  Itu pasal ratu 
cantik, mandi buih, pesta mabuk dibenarkan kerana "freedom 
of expression".   Tapi kalau nak hantar memorendum
mengembalikan hak bersuara, yang jelas dalam pagar tabiee,
kena ISA lah, kena ugutlah, macam2.... tak ke diluar
tabiee pemikiran dia orang tu?. 

Walaubagaimanapun, rasa elok juga mana2 badan beri sedikit
perhatian kepada golongan ini dengan penyelesaian agama. 
Ambo ada kenal seorang orang yang mana bekerja sebagai 
doktor pakar. Kita orang cuba untuk sedikit sebanyak ajak 
dia hidup secara lelaki normal. Pada mula nampak OK, tapi
influence group dia orang kuat sangat. Sekarang dah mula 
mengenakan pakaian yang 50-50. 

Sekian

----- Original Message ----- 
From: Calor Emag 
To: [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Friday, April 13, 2001 10:35 PM
Subject: H-Net* Confuse bab Pengiktirafan Kedudukan Pondan...

Assalamualaikum netters, 
 
"Pengumuman Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga
mengiktiraf kedudukan pondan hampir tiga bulan lalu yang 
diterajui menterinya, Datuk Paduka Shahrizat Abdul Jalil,
mengundang pelbagai permintaan khususnya daripada 
pertubuhan wanita bukan kerajaan (NGO) untuk meminda dan 
menambah dasar berkaitan hak wanita. Laporan The Star tidak
lama dulu memetik, sekumpulan transeksual ataupun pondan,
memohon kementerian baru itu mengiktiraf mereka supaya 
diterima dari sudut perundangan dan masyarakat kerana 
menurut kajian ada 50,000 pondan di negara ini."

Petikan di atas adalah dari Berita Harian (Wanita & 
Keluarga), muka depan, Isnin 09-Apr-01.

iktiraf  Ar; mengiktiraf, mengiktirafkan  
1.(sanggup) menerima atau mengakui sesuatu sbg suatu 
   kebenaran atau kenyataan, menerima (menganggap) sbg 
   sah, mengakui;  Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan 
   sesebuah negara yg tidak berpelembagaan;  satu usul 
   mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas ke-
   bangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 
2. mengakui serta memberi atau menunjukkan penghargaan kpd,
   menerima dan menghargai;

Petikan di atas adalah dari KAMUS DEWAN, Cetakan keempat 
(Edisi Baru) 1993, mukasurat 445.

Masalah saya sekarang adalah...:

1. Saya terkejut dengar berita ni sebab pengiktirafan dah 
   berlaku 3 bulan yang lalu....kut kalau ada netters yang 
   tahu lebih awal lagi dari saya tolonglah bagitau dari 
   sumber mana.....kalau geng pondan ni hantar wakil jumpa
   Shahrizat minta pengiktirafan tu adalah saya dengar 
   dalam Berita TV3 dulu.

2. Kalaulah mengiktiraf kedudukan pondan bermaksud seperti 
   yang katakan oleh KAMUS DEWAN, ia juga bermakna 
   mengiktiraf cara hidup berserta segala keperluan lain 
   bagi mereka. Adakah ianya secara tidak langsung 
   bermaksud mengiktiraf hubungan sesama jenis 
   (homoseksual). Ini kerana kita tidak dapat memastikan 
   apakah benar kesemua 50,000 orang pondan ini adalah 
   'KHUNSA' seperti pandangan ulama Fiqh.
 
Di harap para netters dapat memberikan sedikit buah fikiran
untuk meredakan confuse saya tu....
 
Terima Kasih.


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke