Datuk Hassan ni nak mengampu ke?
 
I wonder...
>>>Anak Dr Mahathir mendapat semua itu (kejayaan dalam perniagaan) adalah atas kebolehannya sendiri.
Betul ke ni?
 
Satu persoalan, kalau anak-anak Mahathir ini ditakdirkan dilahirkan kedunia ini ber'bin kan dengan nama orang lain, tiada kena mengena dengan Mahathir, mampukah mereka-mereka mencapai kedudukan sepertimana yang mereka kecapi sekarang ini???
 
Persoalan diatas seringkali saya utarakan kepada kenalan-kenalan saya termasuk mereka-mereka yang pernah berkhidmat dengan anak-anak Mahathir sendiri (ada yang report direct kepada mereka)...
 
Jawapannya adalah sepertimana yang kita semua sudah maklum...
They simply don't have the capacity and the calibre...
 

Mokhzani tidak sepatutnya tunduk kepada tohmahan


KOTA BHARU: Pengunduran Datuk Mokhzani Mahathir dengan penjualan keseluruhan ekuitinya dalam Pantai Holdings Bhd dan Tongkah Holdings Bhd, secara tidak langsung mengurangkan pegangan Bumiputera dalam sektor perniagaan.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif KUB Bhd, Datuk Hassan Harun, berkata Mokhzani tidak sepatutnya tunduk kepada tuduhan tidak berasas pihak tidak bertanggungjawab mengaitkannya dengan bapanya, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Hassan berkata, adalah tidak adil pihak yang cemburu dengan kejayaan anak-anak Perdana Menteri dalam dunia perniagaan sehingga menaburkan pelbagai fitnah.

“Keputusan Mokhzani undur diri (daripada dunia korporat)... saya berasa tidak perlu sebab yakin dia berniaga dengan cara profesional. Anak Dr Mahathir mendapat semua itu (kejayaan dalam perniagaan) adalah atas kebolehannya sendiri.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20010428225015/Article/

Kirim email ke