LUKA
MASIH BASAH
Peristiwa 10 April 2001
mengenangkan saya sekali lagi pada peristiwa 12 Oktober 1998 di mana ayah di
tahan di bawah akta zalim, ISA.
Petang itu, saya dan sahabat rapat
pulang lewat kerana menghadiri kelas tuisyen Bahasa Arab. Kak Anfal dan kak
Zilal menjemput kami. Pintu kereta dibuka ibarat seorang anak kecil yang terlalu
gembira kerana di sambut oleh mama dan ayahnya pada hari pertama
persekolahannya.
"Mawah....erm..., Lal cakaplah.."
ayat itu terluah dari mulut kakak sulungku.
"Jalanlah dulu kak..." balas adiknya.
"Ayah kene tahan baru aje tadi..." kata kakak sambil tersenyum, seperti mengkhabarkan berita kemenangan.
"Haa?.... betul ke?" reaksi adik yang kebingungan.
"Yee... jangan nangis, ayah tak bagi nangis"
"Fuh....ok, I'm ok..."

Keluhan nafas yang nyata mengeluh
kerana kesakitan....ibarat hati yang ditoreh dan di koyakkan oleh seorang doktor
yang kebengangan kerana PISAUNYA TUMPUL dan bergerigi. Hati itu menjerit
kesakitan.....'sesiapa, tolonglah hilangkan rasa sakit ini', doktor memekakkan
telinganya, misi yang bersimpati, menuangkan CUKA keatas torehan itu. Aduh! Kau
dah gilakah misi? Aah...daripada kau kesakitan akibat torehan itu, baik kau
rasakan kekebasan cuka ini!
Saya sedar, perkara yang sama berulang tetapi kali ini saya mesti tabah..

Kalau ayah kata jangan nangis,
saya tak boleh nangis....saya bertahan. Saya mesti lebih tabah daripada dulu.
Pasti ada segala hikmah dan makna tersirat di sebaliknya. Sampai di rumah, mama
tenang hanya sibuk sedikit, abang melayan rakan-rakan ayah. Beberapa hari
selepas itu, mama terlalu sibuk, batuk lelah mamalah yang sayu kedengaran di
rumah. Namun, hati anak yang sudah mengerti erti kasih sayang seorang ibu,
perjuangan dan pengorbanan seorang ibu ini terkilan. Saya rasa seperti nak tutup
sahaja mata ini, tapi mata hati saya tak mengizinkannya, apa yang dapat saya
bantu mama hanyalah menolong karenah adik kecil berusia 2 tahun itu, itupun saya
tak berjaya melakukannya. Hanya doa yang mampu saya panjatkan kepada Allah,'Ya
Allah, tabahkan hati mama, berikanlah kekuatan yang Kau sahaja miliki kepada
mama agar mama dapat terus berjuang menyambung perjuangan ayah.... tabahkan juga
hati ayah... berikan beliau semangat dan pendirian yang kukuh serta teguh.
Bukakanlah hati ayah untuk mendengar rintihan suara anaknya,'ayah, ayah kene
kuat, semua orang menaruh harapan kat ayah'.Ya Allah, ku merayu.....'
Di sekolah, saya memainkan watak harian saya seperti biasa, seorang yang tak alpa mengukirkan senyuman sekurang-kurangnya pada 5 masa persekolahan. Rakan-rakan setakat ini memahami. Akal mula berfikir pengorbanan yang saya sumbangkan detik dan saat ini apabila guru berpesan bahawa ayah berjuang menentang kezaliman habis-habisan bukanlah bermakna yang ayah tidak mengenangkan risikonya yang turut akan di tanggung oleh anak-anaknya dan masa depan anak-anaknya, tetapi ayah lebih memikirkan masa depan anak-anak seluruh negara ini. Insya-Allah, di hari perhimpunan kelak, Allah akan menuntut dan membalas segala pengorbanan kami semua.
Hati saya terbuka untuk meredhai semua ini, tetapi hati saya mula beranjak dan fikiran saya mula bercelaru apabila artikel PENAHANAN 2 TAHUN itu bermain di mata saya macam adik saya ingin melihat satu aksi-aksi tertentu dalam cerita kartunnya berulang-ulang kali, rewind, rewind, rewind dan rewind.... Berulang kali saya mendengar ayat "you must prepare for the worst". Tapi, seolah-olah saraf auditori saya tidak berjaya menghantarkan maklumat itu kepada otak untuk dimaklumkan kepada hati untuk memahami dan melaksanakan semua itu. Saraf itu sudah rosak teruskah atau saraf itu ingin berehat seketika selepas penat mendengar, bekerja, menyampaikan maklumat?
Oleh itu saya meminta tolong kepada semua supaya bersama-sama mendoakan kami sekeluarga dan semua keluarga tahanan lain, dan amat mengharapkan agar kita semua bangkit bersama-sama menentang akta yang zalim ini, selagi akta ini belum dimansuhkan.Walaupun tahanan-tahanan ini sudah di bebaskan, kita akan tetap bangun dan terus bangkit menentangnya.

Marwah Saari - Tingkatan 2
Anak kelima Hj. Saari Hj.
Sungib